Thursday 20 March 2014

Tutorial : Bunga Quilling Asas

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah

Alhamdulillah, alhamdulillah. Minggu ini sudah masuk 29 minggu usia kandungan saya. Semasa pemeriksaan kesihatan rutin semalam, jururawat dah suruh kira gerakan bayi 10 kali dalam masa 12 jam. Tapi, masalahnya saya masih keliru yang mana satu gerakan bayi yang perlu dikira? Bila saya tanya, jururawat kata yang rasa bergetar di ari-ari tu bukan, bayi mengeras tak kira, bayi menggeliat pun bukan. Hanya tendangan dan tumbukan saja. 

Alahai anak, Mommy ni kelirulah. Sudahlah kalau ikut kiraan saya, dalam sejam dua saja dah cukup 10 kiraan tu sebab macam-macam rasa ada dari dalam perut ni. Tapi jururawat kata tidak pula. Kalau kiraan sebegitu dikatakan saya sudah hampir nak bersalin. 

Baiklah, berbalik kita pada perkongsian hari ini. Kali ini saya hendak ajarkan kawan-kawan yang berminat dengan seni unik quilling ini cara-cara hendak buat Bunga Quilling Asas. Bagi yang terlepas, sila rujuk Tutorial Bentuk Asas Quilling 1 untuk cara-cara membuat bentuk coil longgar di bawah.


Bunga Quilling Asas


Langkah 1 : Gulung jalur kertas menjadi coil longgar dan letakkan di ukuran yang dikehendaki. 
Ukuran hendaklah sama besar semuanya.



Langkah 2 : Bentukkan coil longgar menjadi bentuk air mata.
Rujuk Tutorial : Bentuk Asas Quilling 2 untuk cara-cara membuat bentuk air mata (tear drop)



Langkah 3 : Ambil sehelai lagi jalur kertas dan gulung menjadi coil ketat 
(tight coil) macam ni.
Rujuk Tutorial : Bentuk Asas Quilling 1 untuk cara-cara membuat 'tight coil'



Langkah 4 : Sapukan gam di hujung bucu 'tear drop' tadi dan 
cantumkan menjadi bentuk bunga begini.
Boleh jadiakn 5 atau 6 kelopak mengikut kesukaan anda.



Langkah 5 : Kemudian gamkan 'tight' coil tadi di atas tengah-tengah bunga. 
Berkreativitilah dengan pelbagai warna sama ada campuran atau satu warna. 
Hasilnya pasti menakjubkan.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini, setelah anda menguasai cara-cara membuat bentuk-bentuk asas quilling, anda boleh mencantumkan bentuk-bentuk tersebut menjadi pelbagai bentuk dan imej. Bukan saja bunga ini, malah anda boleh membentuk jambangan bunga lain, rumah dan juga binatang. Gajah juga boleh.

Aktiviti ini juga boleh dikongsikan dengan anak-anak bagi membina daya kreativiti mereka. Pasti menyeronokkan bukan.

Selamat Mencuba dan Berkreativiti.  

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah

*********************************

400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

* Terbaru : Kelas Membuat E-Book

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Sunday 16 March 2014

Perkongsian Blog : Kenapa Barang Handmade Lebih Mahal?

Teks Asal dan Rujukan : Blog Noraini Mohd. Ali



Hari ini, ramai crafter sambilan atau sepenuh masa mencurahkan idea bagi menghasilkan pelbagai jenis hasil tangan yang menarik. Seharusnya kita lebih menghargai hasil usaha mereka. Bukan mempertikaikan barang yang dijual mahal atau tidak padan dengan harga.
Persoalannya, kenapa barang handmade lebih mahal?

Barangan kraf seperti handbag,wallet, keychain, kraf felt dan pelbagai lagi hasil tangan merupakan seni yang tidak ternilai harganya. Tidak dinafikan, kita boleh dapatkan barangan kraf readymade yang dijual lebih murah dan lebih menarik dipasaran. Mengapa? Ini adalah kerana barang-barang ini di buat oleh mesin dan bukannya ketelitian manusia. Kos barangan juga di beli dalam kuantiti yang banyak dan mereka mendapat harga pukal berbanding dengan handmade crafter. Kadang-kadang produk tersebut telah dibelek, di baling berulang kali sebelum ianya menjadi milik anda. Barangan handmade tidak begitu, ia merupakan produk fresh from the  oven.Sangat limited. Setiap design adalah dengan permintaan customer itu sendiri, baik dari segi warna, bentuk, tulisan, gambar hiasan. Anda akan dilayan seperti tuan puteri. Sedaya upaya permintaan anda dipenuhi. Inilah bezanya mengapa handmade lebih mahal berbanding readymade.

Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu produk handmade juga agak lama. Oleh sebab itu, para crafter akan memaklumkan terlebih dahulu berapa lama masa yang diambil untuk produk siap. Hanya yang sabar sanggup menunggu. Ini adalah kerana setiap permintaan anda akan di teliti, dihalusi dan diperbaiki sebaiknya. Material yang digunakan akan dipastikan berkualiti.

Mahal tidaknya sesuatu barang itu sangat bergantung kepada kualiti, material yang digunakan, masa yang diambil untuk menyiapkan serta ketelitian yang sangat tinggi dari pembuat. Dan segala produk handmade dan bernilai seni amat sukar dibandingkan dengan wang. Sebagai contoh, lukisan yang berharga ribuan ringgit akan dikatakan teramat berharga bagi peminat lukisan yang memahami maksud disebalik lukisan tersebut. Namun akan menjadi sebaliknya bagi orang biasa serta menganggap lukisan itu hanyalah sekeping kertas yang dicalit dengan warna.

Apa yang membuat kan produk handmade bernilai tinggi adalah kerana Art Worknya yang sangat berseni. Tepuk dada tanya selera.


Lawati Blog Pn. Noraini Mohd. Ali untuk baca lebih banyak entri menarik.


*********************************

Ingin sertai Akademi Bekerja di Rumah seperti kami?
Ingin buat blog seperti kami?

400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. 

Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Wednesday 12 March 2014

Untuk Di Jual :Perincih Kertas Mini (Mini Paper Shredder) (SOLD OUT)

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah

Ada (available) : SOLD OUT
Harga : RM 25.00 + RM 10.00 (pos)

Alhamdulillah, sudah dapat stok Perincih Kertas Mini (Mini Paper Shredder). Dapatlah membantu kawan-kawan mana yang berhajat.

Bagi yang berminat, boleh isi borang di sini ya http://www.mariatulqiptiyah.blogspot.com/p/borang-tempahan.html dan mohon maklumkan pada saya. Insyaallah jika ada permintaan lagi saya akan cuba isi semula stok nanti. 

**********************************

400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas.

Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Thursday 6 March 2014

Kisah Wanita 14 Anak dan Berniaga

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Gambar : Google



Dalam pencarian saya mencari tukang urut dan penjaga semasa berpantang nanti, saya telah berkenalan lebih rapat dengan seorang pekerja pembersihan (cleaner) di pejabat saya. Saya panggil beliau Kak Nor. Semakin saya mengenali beliau semakin saya mengkagumi beliau.

Kak Nor baru berumur 37 tahun. Berasal dari Nilai, Negeri Sembilan dan sudah menetap di Sarawak dari kecil kerana diambil sebagai anak angkat oleh keluarga di Kuching ini. Beliau berkahwin pada usia 16 tahun iaitu usia normal untuk berkahwin bagi gadis-gadis di Sarawak.

Kagumnya saya bermula bila mengetahui beliau mempunyai 14 orang anak. 13 orang anak berada di bawah jagaan beliau manakala seorang anak lelakinya (lebih kurang 2 tahun) dizakatkan kepada sebuah keluarga yang tidak mempunyai anak. Saya tertarik dengan terma zakat anak di sini. Katanya bila anak lelakinya sudah ramai, kita zakatkan seorang buat keluarga yang masih belum mendapat rezeki zuriat. Mulianya hati Kak Nor.

Kak Nor membesar dan mendidik 13 orang anak-anaknya dengan baik sekali pada pandangan kami. Anak sulungnya berumur 22 tahun kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Pahang. Dengar-dengarnya ia adalah pencapaian yang luar biasa di kalangan orang kampung tempat Kak Nor tinggal.

Kak Nor bekerja sepenuh masa sebagai Pembersih Pejabat. Kak Nor juga merupakan Tukang Urut dan Penjaga ibu berpantang. Pernah saya katakan pada Encik Suami " Pengalaman Kak Nor memang tidak boleh disangkal lagi". Tersohornya kemahiran Kak Nor mengurut dan menjaga ibu mengandung dan berpantang hingga ke Semenanjung Malaysia. Baru tadi beliau berkongsi dengan saya akan dibawa ke Pahang bulan Jun nanti untuk mengurut dan menjaga ibu dan bayi di dalam pantang. Alhamdulillah, murah rezeki Kak Nor.

Owh, kekaguman saya tidak terhenti di situ. 

Kebetulan, kami akan pulang ke Kuala Lumpur sehari dua lagi. Bila sampai ke pengetahuan Kak Nor, terus dia minta tolong belikan keronsang di sana. Untuk berniaga katanya. Terbukalah cerita rupanya Kak Nor ini berniaga atau berdagang bermacam-macam benda. Bak kata orang, apa saja benda yang boleh didagangkan, akan didagangkannya demi untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak.

Ada orang hantar kain, diniaganya kain. Ada keronsang dijualnya keronsang. Kadang-kadang Kak Nor ke kampung nelayan memborong hasil laut, dibungkusnya sekilo sekilo, didagangnya dari rumah ke rumah. Semasa bulan Ramadhan, ada orang buat kuih dan hantar pada Kak Nor minta jualkan, berjajalah Kak Nor dari rumah ke rumah. Pendek kata apa saja yang boleh dijual, akan dijualnya sampai habis.

Siang Kak Nor bekerja membersihkan pejabat, malam selepas selesai uruskan anak-anak Kak Nor keluar berniaga pula hingga tengah malam. Jika ada permintaan mengurut dan menjaga sepenuh masa ibu berpantang, Kak Nor berhenti kerja sekejap sebagai Pembersih Pejabat. Untung majikannya memahami.

Allahuakbar! Tabahnya Kak Nor. Mengerah tenaga dan mengental semangat demi keluarga.

Itu belum lagi kisah Kak Nor ditipu orang, pelanggan tidak membayar ansuran dan sebagainya. Namun, Kak Nor tetap terus berusaha. Tetap juga terus bercerita sambil tersenyum. Tidak sedikit pun terpancar riak keresahan dan kesusahan terpancar di wajah Kak Nor. Kak Nor tetap tersenyum.

Berkongsi kisah Kak Nor membakar semangat saya untuk terus berusaha dan berusaha. Baru beberapa bulan belajar berniaga, tidak laku-laku JANGAN PUTUS ASA. Teruskan lagi usaha. Sudah jatuh bangun lagi, berlari semula.

Itulah Kisah Kak Nor yang mempunyai 14 orang anak. Kak Nor tidak pandai IT, tidak pandai internet. Kak Nor terpaksa gigih keluar berniaga dari rumah ke rumah, dari kampung ke kampung juga hingga ke pedalaman sana. Kita ini pula sudah celik IT, sudah boleh membaca blog sudah ada ramai kawan dan kenalan di Facebook tanpa perlu keluar rumah pun. Apa kita tunggu lagi? Tak tercabarkah kita dengan Kak Nor?

Fikir-fikirkanlah.

Salam Sayang...
Mariatul Qiptiyah

******************************************


400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. 

Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Saturday 1 March 2014

Perincih Kertas Mini (Mini Paper Shredder)

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah



Salam petang Ahad. Apa aktivti anda hari ini? Ada yang sudah mula bekerja dan ada yang masih bercuti. Semoga semuanya sedang menjalani hari masing-masing dengan tenang dan penuh barakah.

Insyaallah, hari ini saya ditemani suami dan adik akan penuh sehari berpuasa. Encik Suami mengaturkan saya Qada' puasa pada hari-hari cuti sahaja memandangkan keadaan saya yang semakin sarat. Pernah mencuba berpuasa di hari kerja, hasilnya saya diserang migrain dan keletihan yang amat. Jadi, berpuasa di hari-hari cuti akan menyaksikan saya disuruh berehat saja oleh Encik Suami. Alhamdulillah juga Encik Suami sudi puasa sunat bersama untuk teman dan sebagai sokongan moral buat Mak Buyungnya ini.

Owh ya, 'entry' saya hari ini mudah saja. Saya ingin kongsikan alatan yang saya gunakan untuk memotong kertas Quilling saya. Saya gunakan Perincih Kertas Mini seperti dalam gambar. Ianya hanya menggunakan manual tangan tanpa perlu kuasa eletrik atau bateri. Kecil comel saja, mudah untuk saya simpan atau letak di atas meja kerja saya. Hanya potong kertas yang ingin digunakan. 

Harganya tidak berapa mahal tapi agak sukar dicari. Saya telah mencari mini perincih ini sejak saya menetap di Pulau Pinang lagi. Saya sebarkan pencarian hingga ke Kuala Lumpur namun tidak berjumpa. Akhirnya saya jumpa mesin mini ini selepas saya berpindah di Kuching, Sarawak. Alhamdulillah, berjumpa hajat hati ini. 

Insyaallah jika ada sesiapa yang berhajat, saya boleh tolong belikan dan pos. Insyaallah jika ada stok lagi di pembekal. 

Jangan susah hati, tanpa mesin perincih ini anda masih boleh ber'quilling'. Boleh juga gunakan Mesin Perincih Eletrik yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma harganya agak mahal sedikit. Pastikan ukuran hasil kertas yang diracik menjadi seperti jalur-jalur kertas quilling. Tersilap beli, kertas yang diracik hancur berkecai menjadi bunga rampai pula.

Tiada mesin perincih? Boleh juga gunakan gunting dan pisau. Cuma kerjanya renyah sedikit. Apapun, bermacam cara boleh digunakan untuk menjayakan quilling ini. Jangan biarkan keterbatasan menghadkan kreativiti anda.

Selamat Mencuba :)

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah




350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 3. Kelas belajar iklan mudah.my 4. Kelas penulisan kreatif 5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...