Sambungan Kisah Saya 10 Tahun Yang Lepas...
Menjadi seorang wanita bekerjaya memang jadi satu kebanggaan. Apatah lagi masih bujang. Bangga dipuji pandai berdikari dan hidup sendiri. Apatah lagi kerja saya menuntut saya berpindah jauh dari kampung halaman di Selatan atau 'hometown' saya di Kuala Lumpurs. Selepas bertugas di Kuala Lumpur selama 2 tahun, saya diarahkan berpindah ke Johor Bahru. Lima tahun di sana diarahkan pula bertugas ke Pulau Mutiara. Berpindahlah saya lagi. Baru 2 tahun di Pulau Pinang, sekali lagi saya diarahkan berpindah cuma kali ini lebih jauh dari biasa. Dalam sejarah 110 penubuhan Jabatan saya bertugas, ini kali pertama pegawai jabatan ini diarahkan bertugas ke Sarawak dan Sabah. Ya, akhirnya saya di sini, di Bumi Kenyalang. Sememangnya setiap yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Syukur alhamdulillah di sini saya bertemu dengan jodoh saya.
Pengalaman bekerja dan berpindah ke tempat yang jauh dari keluarga dan kampung halaman banyak mengajar saya erti ikatan kekeluargaan dan bersaudara. Bila tinggal jauh dari keluarga dan kampung, banyak yang saya ketinggalan. Majlis-majlis kahwin sepupu dan anak buah, kenduri kendara, cuti-cuti emak saya dengan keluarga makcik-makcik yang lain. Seringkali juga bila saya telefon emak, emak sudah berada di kampung berkumpul dengan saudara mara, atau berada di tempat2 percutian dengan adik-adik. Saya rasa sedih. Rasanya saya banyak ketinggalan segala keseronokkan bila sering tiada dengan mereka.
Selain itu, saya juga sering jadi yang paling lewat sampai bila ada kecemasan. Sekali seorang pakcik saya meninggal, kemudiannya 2 orang sepupu saya pula yang kembali ke rahmatullah. Ketiga-tiga kalinya saya lambat sampai ke kampung. Jenazah sudah selamat dikebumikan baru saya hendak sampai. Tidak dapat saya menatap wajah mereka buat kali terakhir. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan yang diredhai Allah.
Kejadian-kejadian ini menyebabkan saya sering berfikir sendiri. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR KERANA PEKERJAAN INI. Di sebalik gaji dan kelebihan lain yang saya terima, ada yang lain pula terpaksa saya lepaskan. Jadi apa yang perlu saya lakukan agar perkara seperti ini tidak berterusan?
Saya mencuba bermacam-macam cara dan idea. Pelbagai perniagaan telah saya cuba. MLM, ejen insurans, berniaga terus, berniaga online pakaian kanak-kanak dan lain-lain. Hummm, nampaknya semuanya tidak menjadi lagi. Sehingga kini saya masih tercari-cari lagi jalan keluar saya. Saya tahu saya perlu buat sesuatu. Jauh di sudut hati saya tersimpan satu azam untuk berhenti kerja dan buat sesuatu yang membenarkan saya punya jadual waktu yang fleksibel untuk semua perkara. Namun, untuk merealisasikan impian berhenti kerja bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tambahan pula masih ada lagi hutang-hutang yang perlu di lunaskan.
Alhamdulillah setelah berumahtangga, perkara ini saya bawa berbincang dengan suami. 'Proposal awal' kata saya. Reaksi suami ternyata seiring dengan hati saya. Kami bersetuju saya akan menjadi surirumah sepenuh masa satu hari nanti. Namun kami perlu lakukan pelbagai persediaan baik dari segi mental dan fizikal. Baik dari segi kewangan, rohani dan restu kedua ibu bapa kami. Saya perlu yakinkan kedua belah keluarga tiada apa yang rugi malahan menguntungkan. Saya juga tidak mahu terlalu membebankan suami dengan hutang-hutang dan perbelanjaan saya.
Satu hari hati saya terbuka untuk respon kepada seruan sepupu saya Nisa Nuar atau Khairunnisa Hamzara untuk mendapatkan bantuan dan berkongsi pengalamannya berhenti kerja seterusnya menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya. Dari sifu saya yang comel dan ceria ini saya mula mengenali WAHM, SAHM dan SOHO. Darinya juga saya sedang mula mengikuti Kelas Asas Blog Online sebagai permulaan saya menjadikan cita-cita saya untuk menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Superb satu realiti. Awalnya saya fikir, apa salahnya saya mencubakan. Insyaallah, mana tahu inilah jalannya. Chaiyo Mariatul Qiptiyah!!! Jangan berhenti berharap dan berusaha!!!
Luv u kak long. Walau apa terjadi, hubungan kekeluargaan tak akan pernah putus. Dan bila utamakan perkara yang paling utama, insyaallah allah utamakan kita. semuanya akan jadi mudah saja. bersabarlah. sesungguhnya setiap yg berusaha ke arah sesuatu, allah akan sampaikan ia ke destinasinya itu....insyaallah
ReplyDeleteLuv u too Nisa. Thank you so much for this opportunity. Semoga usaha-usaha kita ni diberkati Allah dan berjaya menjejak bahagia di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteMemang hubungan kekeluargaan tu tidak akan putus tapi ia akan pudar kalau tidak dierat dan disuburkan. Jadilah mcm kak long yg dah tak kenal sepupu2 sendiri ni. Jumpa anak2 Cik Mah ke Mak Utih ker dah blur dah tak tahu nama diorg sapa. Huhuhuhu. Inilah jadinya bila selalu ketinggalan. Huhuhuhuh. Sedih :(
Mariatul Qiptiyah...kita dalam bot yag sama baragakali. Saya juga menuju destinasi yag sama. InsyaAllah. Moga Allah swt permudahkan nawaitu kita berdua. Amin.
ReplyDeleteNor Azura Abdullah...
ReplyDeleteInsyaallah. Sama-sama kita usaha ya. Chaiyo!!!. ;)
Wah Maria,ada plan mcm tu jugak tapi masih dlm proposal....
ReplyDeleteKak Ros : insyaaallah Kak Ros. Moga-moga jadi kenyataan.
Deletekelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino
Great post much appreciate the time you took to write this
ReplyDelete