Thursday 31 October 2013

Bunga Telur Pink Polkadot

Teks : Mariatul Qiptiyah

Assalamualaikum semua.

Semoga hari ini ceria-ceria dan sihat-sihat belaka. 



Esok, genap 10 minggu usia kandungan saya. Hampir 5 minggu jugalah saya sudah mengalami mabuk-mabuk dan alahan yang saya kira sudah tak tertanggung rasanya. Setiap hari hampir 5-6 kali saya muntah-muntah. Bau makanan dimasak juga tak tertahan. Encik Suami kata saya dah jadi Bionic Woman sebab sampaikan jiran memasak pun saya boleh tangkap baunya sedangkan En. Suami tak bau apa. Kalau ikut kata Nabi s.a.w, kalau jiran terbau masakan kita, hendaklah kita bagi sedikit jiran tu merasa. Jatuh kesian pula saya kat jiran-jiran saya tu kan. 

Kembali kepada tajuk saya hari ini, ingin saya kongsikan di antara Bunga Telur yang saya gubah sendiri untuk Majlis Perkahwinan saya April 2013 yang lepas. Benarlah kata orang, jika kita dapat membuat semua persiapan sendiri, dengan tangan sendiri memang amat puas hati berbanding membeli yang dah siap. Sebenarnya membuat bunga telur ini tidaklah serumit mana. Apa yang diperlukan adalah kesabaran, ketelitian dan sedikit kreativiti. Seterusnya kita bina pula PASSION tu. Dengan 'passion' Insyaallah apa yang diusahakan akan menjadi.

Bunga telur Polkadot ini ringkas saja saya buat. Mungkin kerana saiznya yang agak besar iaitu besar sedikit dari tapak tangan (tapak tangan bulat di tengah tidak termasuk jari) dan warnanya yang mencuri perhatian para tetamu dan saudara mara. masing-masing berebut hendak cop yang menarik perhatian mereka. Dengan ditambah sedikit riben warna senada, cukup memeriahkan jambangan Bunga Pahar saya. Puas rasanya bila Mak tersenyum gembira melihat jambangan Bunga-Bunga Pahar menghiasi pelamin dan ruang tamu. Gembira hati Bonda, gembiralah hati saya.


Oleh kerana ada lebihan bunga telur, Pahar tambahan
 dapat dibuat dengan campuran 2 jenis bunga. 
Cantik juga gubahan adik saya ini.


Boleh hubungi saya terus di emel mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com untuk pertanyaan atau isi borang tempahan untuk tempahan Bunga Telur seperti di atas. Semoga hasil tangan saya dapat memeriahkan Hari Bahagia anda.

Salam Sayang, Salam Kreatif

Mariatul Qiptiyah

**************

Ingin bina blog sendiri seperti ini? Tidak tahu cara-caranya? Atau ingin menambah ilmu pengetahuan untuk membina blog peribadi yang lebih kemas, elegant dan mampu menarik traffic pembaca? Hubungi saya di mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com untuk maklumat lanjut berkenaan Belajar Asas Blog atau  Kelas Asas Blog. Kelas tanpa masa ditetapkan, kelas dijalankan mengikut fleksibeliti masa anda sendiri. 








Sunday 27 October 2013

Hasil Kraf Kertas

Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Google Image


Ramai yang masih tertanya-tanya apa yang boleh dihasilkan dengan Kraf Kertas. Ramai juga yang masih menganggap Kraf Kertas hanya terhad kepada penghasilan kad-kad ucapan dan Origami sahaja. Hari ini saya ingin kongsikan pelbagai produk cantik yang dapat dihasilkan dari kertas.

Saya kira kita amat bertuah berada di era maju teknologi maklumat. Pelbagai maklumat dari serata dunia dapat diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Merujuk kepada Kraf Kertas, mari kita sama-sama mencuci mata dengan gambar-gambar yang saya perolehi dari layar internet. Inilah caranya saya menfaatkan internet dengan menimba ilmu-ilmu yang berkaitan dan mencari ilham-ilham untuk produk-produk yang bakal dihasilkan.

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana produk kertas di bawah atau di mana-mana sumber internet, dan anda merasakan ianya remeh atau anda tiada masa dan bahan-bahan untuk hasilkannya, Insyaallah saya boleh cuba usaha menghasilkannya.  Hubungi saya di ruangan komen di bawah atau emel terus di mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Diharapkan gambar-gambar di bawah dapat memberi ilham dan menceriakan hari anda!!! :)

Ini adalah pom-pom kertas. Boleh digunakan untuk Pom-pom girl ketika 
temasya sukan atau di majlis-majlis harijadi anak-anak


Seolah bunga mawar yang sebenar kan? Jangan terkejut, ianya dihasilkan dr kertas!


Bunga Poppy Gergasi. Boleh digunakan menghiasi ruangan di rumah atau Parti Taman anda. 
Apa salahnya jadikan ia hiasan dan tarikan di kedai-kedai anda? 

Lagi ilham Bunga Kertas Gergasi yang sangat menarik dan elegan. 


Kelainan yang anda boleh ciptakan bagi memeriahkan Hari Bermakna anda. 
Pasti mencuri perhatian tetamu.

Lampu gantung atau Lanterns yang diperbuat dari beg-beg kertas berwarna-warni 
ini pasti membangkitkan mood ceria dan romantik di persekitaran parti taman anda 
atau boleh dijadikan hiasan harian. 


Majlis makan malam atau Jamuan-jamuan anda pasti lebih meriah 
dengan gantungan Bunga Pom-Pom. Ianya mudah dihasilkan serta
 menjimatkan kos. Cantik bukan. 

Buat sendiri kotak cenderamata anda. Anda boleh pilih warna-warna dan
 corak kesukaan anda sesuai dengan tema majlis anda sendiri. 
Tentu lebih seronok dapat hasilkannya sendiri kan?


Salam Sayang Salam Ceria.

Mariatul Qiptiyah

Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
 "Sharing is caring"

Sunday 20 October 2013

Bunga Tangan Perkahwinan

Teks : Mariatul Qiptiyah

Bunga tangan adalah sejambak bunga yang dipegang oleh Pengantin Perempuan ketika Majlis Perkahwinan mereka. Dahulu bunga tangan ini disediakan oleh Mak Andam. Biasanya ia dibuat daripada bunga segar dan daun sireh. Kini pelbagai jenis dan bentuk bunga tangan baru menjadi pilihan pengantin-pegantin.

Bunga tangan ini saya hasilkan daripada cantuman bunga-bunga Peony kain yang saya buat sendiri. Tema Majlis Perkahwinan kami adalah Honey Suckle. Jadi warna-warna ini menjadi kombinasi pilihan saya.



Berminat untuk dapatkan bunga tangan seumpama ini bagi hari bermakna anda? Atau anda punya bunga-bunga dan warna pilihan anda sendiri? Hubungi saya di ruangan komen atau email di mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.


Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita "Sharing is caring"

Thursday 10 October 2013

Bunga Telur Manik

Teks : Mariatul Qiptiyah

Assalamualaikum. Siapa yang tidak kenal bunga telur? Bunga telur amat sinonim dengan Majlis Perkahwinan namun sekarang bunga telur telah digunakan secara meluas dalam majlis-majlis lain seperti Majlis Khatam Al-Quran, Cukur Jambul, Berkhatan dan Maulidur Rasul. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis bunga telur yang cantik-cantik menjadi hiasan pelamin dan buah tangan buat tetamu. 

Hari ini saya kongsikan bunga telur yang saya hasilkan sendiri sempena Majlis Perkahwinan saya April yang lalu. Asalnya ia tidak ada dalam perancangan awal namun, bila emak saya suarakan kesukaannya pada bunga telur jenis ini, gigihlah saya usahakan juga. Alhamdulillah, emak tersenyum puas bila bunga-bunga telur ini tersergam indah menghiasi Hari Istimewa kami sekeluarga.

Bunga telur manik mutiara merah dan putih. Ianya nampak 'simple' tapi anggun kerana maniknya. Ternyata pemilihan manik-manik yang sesuai menjadi keutamaan.

Masih belum lengkap dengan kantung telur yang diperbuat dari kain net merah dan putih.

Sekiranya anda berminat untuk menempah bunga telur seperti ini atau ada pertanyaan, boleh hubungi saya di mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com atau tinggalkan pesanan di Borang Tempahan atau ruangan komen. Jangan lepaskan peluang yer. 



Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita 
 "Sharing is caring"

Monday 7 October 2013

Impian Tinggal di Rumah Sepenuh Masa

Teks : Mariatul Qiptiyah


sumber : Google Image

Assalamualaikum, semoga semuanya sihat-sihat belaka. Apa cerita 2-3 hari ini? Ada berita gembira? Yang terima berita duka harap bersabar dengan ujian Allah ini yer.

Alhamdulillah, hari ini sudah lebih kurang 2 minggu kami suami isteri terima berita gembira. 2 minggu yang lepas saya telah disahkan hamil 4 minggu. Minggu ini sudah 6 minggu. Syukur alhamdulillah. Tidak terkata bahagianya bila melihat kegembiraan di wajah Encik Suami ketika itu. Tergiang2 juga nada gembira kedua ibu kami bila kami khabarkan berita gembira ini. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami mohon dikurniakan cahaya mata untuk menggembirakan hati ibu bapa kami. Terutamanya mak ayah saya yang saya lihat begitu teringin menimang cucu. 

Dengan berita ini, dalam hati saya sudah mencongak-congak, berangan-angan yang impian saya untuk jadi Ibu dan Suri Rumah sepenuh masa hampir tercapai. Setelah berbincang dengan Encik Suami, dia hanya memberi jawapan "Tengoklah, nanti Kanda buat solat istikharah dulu". Gulp...terdiam juga saya mendengar jawapannya. Saya faham dengan keadaan kewangan dan perbelanjaan kami yang baru beberapa bulan berumahtangga ini, banyak yang masih belum stabil. Adakah impian saya untuk Bekerja Merangkap Ibu Sepenuh Masa Di Rumah akan tercapai? Mohon didoakan yer sahabat-sahabat dan pembaca sekalian. 

Ingin benar saya menjaga bakal anak-anak kami dengan tangan saya sendiri. Risau sungguh hati bila asyik terbaca dan terdengar berita-berita buruk berkenaan pusat-pusat jagaan dan pengasuh-pengasuh hingga membawa kematian kanak-kanak jagaannya. Mohon dijauhkanlah. Nauzubillah.....

Ameen...

Mariatul Qiptiyah

Tuesday 1 October 2013

Kad Ucapan Pengantin Baru

Teks : Mariatul Qiptiyah


Assalamualaikum.

Lama juga rasanya saya tidak mengemaskini blog ini. Ada ketika terasa rindu juga. Kalau diikutkan rasa dan malas, mungkin akan terbbiar terus tak berusik. Syukur Alhamdulillah ada Sifu Khairunnisa dan kawan-kawan seperjuangan yang tidak henti memberi semangat sesama kami untuk terus menulis. Segan pula bila blog diam tidak dikemaskinikan. 

Owh yer, Selamat Pengantin Baru buat mereka yang baru melangsungkan perkahwinan. Zaman sekarang ini tidak macam dahulu. Sekarang bila-bila masa saja Majlis Perkahwinan boleh dijalankan. Tidak perlu menunggu cuti sekolah yang panjang. 

Tetamu selalunya akan hadir membawa hadiah buat pengantin dan ada juga yang memberikan duit bece'an buat ibu bapa pengantin. Bece'an adalah perkataan jawa yang bermaksud duit hadiah yang diberikan kepada tuan rumah. Atau nama lainnya Salam Keruk. Bagi yang lebih kreatif, ada yang mengirimkan kad ucapan istimewa buatan tangan teruatamnya untuk sahabat karib, adik beradik atau rakan sepejabat. Jika anda inginkan kelainan, boleh sahaja kirimkan kad ucapan quilling istimewa seperti ini. 

Kad ucapan Pengantin baru buat teman-teman sepejabat.

Tentu Si Pengantin Baru teruja menerima kad ucapan istimewa ini.
Ianya cantik diletakkan di atas meja untuk hiasan.

Mariatul Qiptiyah



Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...