Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Alhamdulillah, alhamdulillah. Minggu ini sudah masuk 29 minggu usia kandungan saya. Semasa pemeriksaan kesihatan rutin semalam, jururawat dah suruh kira gerakan bayi 10 kali dalam masa 12 jam. Tapi, masalahnya saya masih keliru yang mana satu gerakan bayi yang perlu dikira? Bila saya tanya, jururawat kata yang rasa bergetar di ari-ari tu bukan, bayi mengeras tak kira, bayi menggeliat pun bukan. Hanya tendangan dan tumbukan saja.
Alahai anak, Mommy ni kelirulah. Sudahlah kalau ikut kiraan saya, dalam sejam dua saja dah cukup 10 kiraan tu sebab macam-macam rasa ada dari dalam perut ni. Tapi jururawat kata tidak pula. Kalau kiraan sebegitu dikatakan saya sudah hampir nak bersalin.
Baiklah, berbalik kita pada perkongsian hari ini. Kali ini saya hendak ajarkan kawan-kawan yang berminat dengan seni unik quilling ini cara-cara hendak buat Bunga Quilling Asas. Bagi yang terlepas, sila rujuk Tutorial Bentuk Asas Quilling 1 untuk cara-cara membuat bentuk coil longgar di bawah.
Bunga Quilling Asas
Langkah 1 : Gulung jalur kertas menjadi coil longgar dan letakkan di ukuran yang dikehendaki.
Ukuran hendaklah sama besar semuanya.
Langkah 2 : Bentukkan coil longgar menjadi bentuk air mata.
Rujuk Tutorial : Bentuk Asas Quilling 2 untuk cara-cara membuat bentuk air mata (tear drop)
Langkah 3 : Ambil sehelai lagi jalur kertas dan gulung menjadi coil ketat
(tight coil) macam ni.
Rujuk Tutorial : Bentuk Asas Quilling 1 untuk cara-cara membuat 'tight coil'
Langkah 4 : Sapukan gam di hujung bucu 'tear drop' tadi dan
cantumkan menjadi bentuk bunga begini.
Boleh jadiakn 5 atau 6 kelopak mengikut kesukaan anda.
Langkah 5 : Kemudian gamkan 'tight' coil tadi di atas tengah-tengah bunga.
Berkreativitilah dengan pelbagai warna sama ada campuran atau satu warna.
Hasilnya pasti menakjubkan.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini, setelah anda menguasai cara-cara membuat bentuk-bentuk asas quilling, anda boleh mencantumkan bentuk-bentuk tersebut menjadi pelbagai bentuk dan imej. Bukan saja bunga ini, malah anda boleh membentuk jambangan bunga lain, rumah dan juga binatang. Gajah juga boleh.
Aktiviti ini juga boleh dikongsikan dengan anak-anak bagi membina daya kreativiti mereka. Pasti menyeronokkan bukan.
Selamat Mencuba dan Berkreativiti.
Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah
*********************************
400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,
* Terbaru : Kelas Membuat E-Book
pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah ;)