Friday, 31 January 2014

Kad Harijadi Quilling : Merah Jambu

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah


Kembali kepada asas. Inilah jadinya bila sudah lama tidak ber'quilling'. Hampir tumpul minda ini jadinya. Puas dibelek-belek contoh yang ada. Puas dicuba-cuba segala macam cara. Tak juga jadi-jadi hasil quilling yang canggih. Akhirnya, kembali kepada bentuk-bentuk asas quilling sajalah jawabnya.



Ya, kad ucapan harijadi di atas dihasilkan dari gabungan bentuk-bentuk asas quilling. Bentuk-bentuknya mudah saja. Apa yang diperlukan hanya percubaan berkreatif dengan susunan dan pilihan warna. Alhamdulillah, berkat dorongan suami, siap juga kad ucapan harijadi penuh kasih sayang buat anak saudara yang jauh di Pulau Mutiara.


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Ke Dua (2) Nur Alia Farahiya binti Zulhilmi. Semoga membesar jadi puteri kesayangan semua, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. :)

P/S : Insyaallah kad yang tidak seberapa ini akan dikirimkan minggu depan ya. Ceria-ceria selalu :) 




Nota : Tempahan kad ucapan quilling dibuka sekarang. 

******************************************
360 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

 1. Kelas asas blog dan penulisan
 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
 4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Wednesday, 29 January 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan : Peserta Lelaki Terawal

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Ulasan tentang : Blog Bijak Quran & Tajwid 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini sudah 29 Januari 2014. Bulan pertama tahun 2014 ini sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang sudah mengorak langkah pertama bagi mencapai cita-cita dan azam tahun ini. Bagi yang belum, masih belum terlambat lagi kawan-kawan. Tapi jangan pula tunggu hingga ke saat-saat akhir dan akhinya menggigit jari melihat kejayaan kawan-kawan lain. Jangan pula nanti terdetik dalam hati

" Kalaulah aku mula dulu macam dia tentu aku pun dah berjaya macam dia. 
Ntah-ntah lebih lagi " 

Ha, Jangan, Jangan, Jangan! Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia dikebas orang. Apa yang dikebas orang tu? Kejayaanlah.

Sebelum ini pelbagai soalan yang saya terima berkenaan Kelas Asas Blog dan Penulisan serta Akademi Bekerja di Rumah. Tidak ketinggalan, soalan-soalan itu juga ada yang datang dari kawan-kawan lelaki yang dalam hatinya mula tertarik ingin menyertai namun ada ragu-ragu. Ragu-ragunya kerana selama ini ramai menyangkakan Akademi Bekerja Di Rumah dan Kelas-kelasnya hanya khusus untuk Suri Rumah/Para Isteri/Wanita sahaja. 

Owh Tidak! Tidak! Tidak!

Keahlian Akademi dan Kelas-kelasnya terbuka untuk semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, jantina dan di mana juga anda berada. Ahli Akademi berada di seluruh Malaysia. Saya sendiri sedang bekerja dan tinggal di Kuching, Sarawak. Rakan Akademi kami juga ada yang berada di luar negara. Kami juga punya latar belakang yang berbeza. Kami isteri/ibu sepenuh masa atau bekerja. Ada di antara kami yang masih muda remaja dan masih belum berkahwin. Ada di antara kami juga adalah nenek-nenek super yang tidak betah hanya berdiam diri di rumah saja. 

Istimewanya hari ini, Akademi kami menerima kehadiran ahli Lelaki. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan Guru beliau merangkap Pengasas Akademi ini iaitu Puan Masayu Ahmad. Beliau yang saya maksudkan adalah pemilik blog Bijak Quran & Tajwid iaitu Encik Firdaos Mohd. Rawi. Ahlan Wasahlan diucapkan kepada beliau. Semoga keberanian dan usaha beliau menjadi contoh kepada kaum Adam yang lain.

Dalam ulasannya, beliau menyatakan bertuahnya beliau diterima menjadi anak murid Kak Masayu yang mana 95% daripadanya adalah kaum wanita. Beliau juga menyatakan betapa pentingkan blog ditubuhkan untuk penjenamaan diri seterusnya pentingnya kelas ini diteruskan untuk terus membantu para suri rumah di luar sana meningkatkan taraf hidup dan keluarga. 

Saya tambah sedikit, bukan hanya suri rumah tetapi ia juga dapat membantu para bapa-bapa sepenuh masa dan mereka yang masih tercari-cari alternatif selain bekerja makan gaji di pejabat.

Ikuti ulasan Saudara Firdaos  Mohd Rawi di blog beliau di entry Ulasan Kelas Blog Puan Masayu Ahmad 
(http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-blog-puan-masayu-ahmad.html)

Salam Sayang

Mariatul Qiptiyah binti Md Sah


**************************

360 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Wednesday, 22 January 2014

Minggu Risiko di Dewan Perbankan

Teks : Mariatul Qiptiyah 
Teks Asal : Monalita Mansor 
Gambar : Google




Asalnya saya ingin memuatkan video yang memaparkan adegan-adegan rompakan di ATM. Namun bila saya menonton untuk memilih video yang paling sesuai, saya jadi tidak sanggup untuk memaparkan aksi-aksi yang ganas tersebut. Ada juga video memaparkan bagaimana sekumpulan pencuri menjalankan modus operandi mereka mencuri atau merompak di dalam sebuah pasaraya yang sibuk. Rupanya, Si Mangsa telah diperhatikan sedari awal ketika mengeluarkan duit dari kaunter bank lagi. 

Bahaya bukan? Siapa tahu rupanya kita diperhatikan mata-mata jahat yang mencari-cari peluang mencuri dan merompak. 

Puan Monalita Mansor dalam entry terkini beliau Minggu Risiko di Dewan Perbankan, berkongsi nasihat-nasihat berguna untuk kita mengelakkan kejadian-kejadian seperti ini berlaku ke atas kita. Semoga tips-tips yang sangat berguna ini dapat membantu kita melindungi keselamatan diri, keluarga, sahabat dan harta kita kelak. 



Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman saya.  Minggu-minggu akhir menjelang hari perayaan tidak kisahlah Chinese New Year, Deepavali, Aidil Fitri dan Adha adalah minggu yang sibuk buat kaunter perbankan. Terutama untuk tiga perayaan utama iaitu kerana terdapatnya perkhidmatan menukar wang baru untuk pemberian ang pow dan hong pow. (paket merah dan paket hijau)


Begitu juga dengan servis lainnya. Penghantaran wang ke luar negara, pembayaran gaji dan bonus secara tunai di kaunter, pengeluaran wang dalam jumlah yang besar akan berlaku serentak pada minggu-minggu ini. Maka, anda pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan kaunter akan merasa sedikit terganggu seperti masa menunggu yang lebih panjang juga kehadiran pelanggan yang meningkat di ruang legar bank.

Nasihat saya;

1. Liarkan mata anda - ada di antara pelanggan yang ramai itu adalah penjenayah yang akan menanti saat dan ketika kelalaian kita.

2. Jika membuat transaksi gaji tunai - bawa teman atau pakai pakaian yang mempunyai poket yang banyak (military trousers).. Elakkan membawa beg tangan berjenama saiz besar atau kecil. Sebaiknya elakkan transaksi tunai. Elakkan memakai tumit tinggi - memang anda akan menjadi perhatian tapi melambatkan anda untuk bertindak seandainya berlaku sesuatu. - Bergaya boleh, biar kena pada tempatnya. 






3. Jika transaksi anda banyak, jangan tinggalkan kaunter. Juruwang berisiko untuk membuat kesilapan disebabkan tekanan emosi apabila minda mereka melihat pelanggan yang ramai. Maka, bantu juruwang tersebut dengan mengira dan menyemak menggunakan panca indera mata anda. (Tak perlulah tolong kira sekali. Kalau nak tolong kira, masuk ke kaunter...mereka lagi suka)

4. Elakkan provokasi pada petugas kaunter.  Kalau ada pelanggan yang merungut tentang servis kaunter, tak perlu anda menjadi tukang tambah kuah. Tekanan akan menimbulkan kecelaruan emosi, baik kepada pelanggan mahupun petugas. 

5. Kalau boleh menggunakan servis online, gunakan servis online untuk urusan pindahan wang, pembayaran gaji (bagi syarikat) dan keluarkan wang pada jumlah yang diperlukan sahaja kerana selain CCTV, jin, ada juga syaitan berupa manusia yang memerhatikan anda. 

Kesimpulannya, ketika musim perayaan begini, kaunter bank adalah tempat yang paling berisiko kerana kemungkin insiden berlakunya rompakan sangat tinggi selain di dalam kedai emas dan kedai pengurup wang. 





**************************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

 pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Thursday, 9 January 2014

Nikmati Kehidupan Anda

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Sebuah hasil garapan indah dari penulis yang terkenal dimana buku nukilan beliau yang bertajuk "Nikmati Kehidupan Anda" atau "Enjoy Your Life" ini telah dialih ke beberapa jenis bahasa di dunia. 
Dr. Muhammad Al-Arifi merupakan seorang Imam di Masjid King Fadh Academy (sumber: wikipedia). Buku ini merupakan hasil kajian beliau selama 20 tahun dan ia merupakan koleksi hebat tentang peristiwa-peristiwa daripada kehidupan Rasulullah S.A.W, kisah sejarah Islam dan anekdot yang mengujakan pemikiran berdasarkan pengalaman penulis.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi mutiara-mutiara kata yang terdapat dalam buku ini untuk dihayati dan dijadikan pedoman. InshaAllah.

P.O.W #1

"Kejayaan bukanlah dengan mengetahui apa yang orang lain suka, ia adalah untuk memperoleh dan melatih kemahiran yang membantu seseorang mendapat kasih sayang mereka"

P.O.W #2

"Apabila anda memanjat gunung, lihatlah ke puncaknya dan bukan batu-batu disekeliling anda. Pastikan di mana kaki anda memijak semasa anda memanjat, dan janganlah melompat jika anda tersilap pijak"

P.O.W #3

" Seorang wira adalah seorang yang melakukan lebih dari keupayaannya untuk memperbaiki kemahirannya, sehingga berupaya untuk memperbaiki, dan mungkin juga mengubah, kemahiran orang lain"

P.O.W #4

" Jangan sesekali mendapatkan kekayaan dan hilang orang sekeliling, kerana mendapatkan atau memikat orang sekeliling ialah cara untuk mendapat kekayaan.


Berikut di atas adalah perkongsian hasil bacaan buku oleh Kayrul hidayah Binti Mansur, salah seorang rakan sekelas saya di Kelas Asas Blog. Selain daripada perkongsian ilmu sebegini, beliau memfokuskan Kesihatan Pekerjaan dan Pekerjaan Bandar di blog beliau. Blog yang berguna bagi mereka yang tercari-cari maklumat lanjut berkenaan penyakit biasa yang menyerang orang ramai juga langkah pencegahannya. 

Baca lebih lanjut di Blog Kesihatan Pekerjaan dan Pekerjaan Bandar (http://kayrulhidayahmansor.blogspot.com/)


**************************************************************************************************


350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Monday, 6 January 2014

Promo Ebook Panduan Kediaman Pertamaku

Teks : Mariatul Qiptiyah
Rujukan : Blog Ebook Kediaman Pertamaku


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Hari ini lahirlah Ebook terbaru dari Guru Online saya Puan Khairunnisa Hamzah. Walaupun beliau lebih muda dari saya, tanpa segan saya katakan beliau adalah seorang sepupu yang amat saya kagumi, yang menghambat semangat saya untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Fan Pages seterusnya terus bertapak di Akademi Bekerja Di Rumah.

Berlatarbelakangkan Diploma Senibina dan Ijazah Sarjana Senibina, dengan pengalaman memegang jawatan di Jabatan Kerja Raya dan menjayakan projek-projek mega beliau berteguh hati melaksanakan impian murninya menjadi Suri Rumah dan Bekerja Di Rumah sepenuh masa. Sejak itu, beliau mula mendalami ilmu-ilmu blogging dari pengasas Akademi iaitu Puan Masayu seterusnya layak untuk bergelas Guru Online. 

Bermula dengan menulis di blog, entry-entrynya menjadi tarikan editor-editor majalah untuk dimuatkan dalam majalah mereka seperti Majalah Impiana dan Mingguan Wanita. Beliau juga mendapat liputan dalam Rancangan Safiyya TV9. 

Namun usaha menulis dan perkongsian ilmunya tidak berhenti di situ. Berkat usaha dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakannya, lahirlah Ebook Kediaman Pertamaku oleh Puan Nisa. Ia amat sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari jalan dan cara untuk memiliki kediaman sendiri terutama kediaman pertama. Ia merupakan panduan dalam memiliki, membina dan mendiami kediaman pertama anda.

Antara kandungan menarik Ebook ini ialah :

BAB 1: PENGENALAN TENTANG KEDIAMAN
BAB 2: CARA MEMILIKI KEDIAMAN (BELI)
BAB 3: CARA MEMBINA KEDIAMAN (BINA)
BAB 4: IDEA DAN CARA MENGUBAH SUAI KEDIAMAN (RENOVATE)
BAB 5: IDEA SUSUNATUR RUANG
BAB 6: IDEA HIASAN DAN AKSESORI
BAB 7: IDEA PILIHAN WARNA
BAB 8: PERSIAPAN MENYAMBUT TETAMU & MENGADAKAN JAMUAN
BAB 9: PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN KEDIAMAN

BONUS: KEDIAMAN YANG MENJANA PENDAPATAN

Dapatkan juga 50 Tips Membeli Rumah dalam Ebook ini.

HARGA RM 50.00 SAHAJA



Dapatkan segera Ebook Panduan Kediaman Pertamaku dengan mengisi BORANG TEMPAHAN
Semoga Ebook ini dapat memberikan manfaat untuk anda. 

Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah

**********************************************************
Ebook ini lahir daripada Akademi Bekerja Di Rumah. Ingin menghasilkan Ebook anda sendiri seperti ini? Kami mengalu-alukan kemasukan anda ke Akademi Bekerja Di Rumah bila-bila masa saja.

350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

Pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Sunday, 5 January 2014

Tutorial : Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Kertas

Teks : Mariatul Qiptiyah

Suami sudah bertanya-tanya bila kami nak mula buat bunga telur untuk Majlis Kesyukuran @ Cukur Jambul baby nanti. Alahai tak sabarnya dia. Katanya biarlah mula awal, tidaklah terkejar-kejar nanti. Bila dah tahu buat bunga telur sendiri ni, memang amat jarang sekali saya membeli bunga telur siap di kedai. Terutamanya untuk Majlis Perkahwinan dan Pertunangan saya sendiri, Majlis Perkahwinan adik perempuan saya hampir 3 tahun lepas dan hadiah untuk perkahwinan sepupu-sepupu. Terasa sangat puas hati bila hasil tangan sendiri terhias indah di sisi pelamin.

Alang-alang saya nak mencari-cari warna bunga yang sesuai, ada baik juga saya sedia dan kongsikan cara-cara membuat bunga yang mudah ini. Sememangnya bunga ini selalu menjadi pilihan saya dalam membuat bunga telur kerana ia mudah dan cepat menyiapkannya. Saya panggilnya Bunga Kekwa @ Chrysantemum Kertas.  Selamat Mencuba :)

Tutorial : Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Kertas

1. Bahan-bahan : 2 helai kertas crepe lain warna, dawai bunga saiz 30 dan gunting.
Saya lebih suka gunakan kertas crepe jenama ini kerana kertasnya lebih tebal dan kukuh.


2. Tanpa buka helaian crepe, potong crepe sepanjang 10cm.


3. Kemudian buka dan bentangkan kedua kertas crepe begini.


4. Lipat dua kertas crepe seperti dalam gambar.


5. Lipat dua lagi kertas crepe tadi dan gunting setiap lipatan di hujungnya.


6. Kita akan dapat 4 helaian bagi setiap warna seperti dalam gambar. 
Ambil 3 helai untuk setiap warna.


7. Susun kertas crepe tadi secara bertindih dan berselang-seli warna.


8. Potong dua seutas dawai bunga dan ketepikan.


 
9. Lipat kertas crepe yang sudah disusun secara lipat kipas atau 
selang-seli depan belakang selebar lebih kurang 1cm - 1.3cm.


10. Lipat secara lipat kipas hingga habis. Ikat lipatan kertas crepe 
dengan salah satu 1 dawai yang dipotong dua tadi. Ikat di tengah-tengah lipatan. 


11. Potong hujung lipatan kertas bentuk separa bulat atau 3 segi.


12. Jika dikembangkan ia akan jadi bentuk begini.


13. Buka helaian kertas crepe satu persatu seperti ini. 
Buka perlahan-lahan agar kertas tidak terkoyak.


14. Buka dan kembangkan setiap lapis kertas seperti ini.


15. Buka dan kembangkan helaian kertas kedua belah lipatan hingga habis. 
Siaplah sekuntum bunga kekwa. Anda boleh cuba dengan kertas bunga 1 warna sahaja jika suka.


Nampaknya saya dah dapat idea untuk bunga telur Majlis Cukur Jambul anak kami nanti. Pasti ia bertambah cantik dan berseri setelah ditambah riben dan manik-manik. Selamat Mencuba :)

Salam Sayang, Mariatul Qiptiyah

**********************************************
357 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,

komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Friday, 3 January 2014

Semangat Untuk Terus Menulis



Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Google

Seperti air laut yang ada pasang surutnya, mood menulis blog juga begitu. Ada ketika jika dibiarkan terlalu lama, idea menulis blog jadi tumpul dan gelap. Mulalah rasa bertangguh-tangguh dan malas menjengah apatah lagi menulis blog itu muncul.

Saya juga tidak terlepas dari pasang surut mood menulis tu. Pernah satu ketika hingga berbulan blog (blog lama) tinggal tak dikemaskini hingga bersawang. Teruk bukan. Agaknya sebab itulah pengunjung pun naik bosan untuk datang singgah membaca lagi. 

Ingin saya kongsikan dua (2) cerita pembaca blog saya untuk kekalkan semangat saya dan untuk pemberi semangat kepada kawan-kawan penulis untuk terus menulis. 

Cerita 1

Baru-baru ini saya terima satu komen dari seorang pembaca yang tidak saya sangka. Kakak ini rupanya pembaca setia dari blog lama saya. Ini komennya :-

"Assalam...akak mula follow blog awk dr kuingin terbang ke awan. Impressed sgt dgn diet atkin awak. Akak pun follow. Alhamdullillah, berjaya buang berat badan. Terima kasih atas info yg diberikan. Keep on writing. U have no idea on the positive effects it has on others"

Cerita 2.

Blog saya terdahulu (www.kuinginterbangkeawan.blogspot.com) adalah blog rojak. Saya menulis apa saja yang saya suka dan terlintas di kepala. Masa itu, saya baru mengenal dunia blogging. Hampir setiap hari saya akan kemaskini entry di blog. Ada saja yang hendak di ceritakan. Perasan macam ramai sungguh pembaca yang menunggu-nunggu entry dari saya. Kelakar bukan.

Namun hakikat yang saya nampak bukan begitu. Saya nampak tidak ramai pengunjung ke blog saya dulu. Komen pun amat sedikit. Jika ada satu komen pun yang muncul gembiranya bukan kepalang kerana ia menandakan ada orang membaca dan memberi perhatian pada entry dan blog saya.

Satu hari, saya terima komen dari seorang pembaca mengatakan beliau baru terjumpa blog saya. Beliau mengatakan penulisan saya sungguh seronok dibaca hinggakan beliau mencetak semua entry saya dari entry pertama hingga yang terkini pada masa itu. Tidak silap saya masa itu saya sudah berblog hampir 3 tahun dan beratus entry yang telah saya keluarkan. Terkesima saya sebentar. Tebal manalah cetakan blog saya tu yer? 




Dari cerita-cerita saya di atas, saya belajar dan terus bersemangat untuk terus menulis. Tiada komen di blog kita tak semestinya tiada pembaca. Kurang bilangan pengunjung juga tidak bermakna tiada yang membaca langsung. Kita juga tidak dapat menjangkakan sejauh mana penulisan blog kita memberi kesan kepada orang di luar sana. Yang penting kita kena pastikan arah blog kita sentiasa positif agak ia memberi impak yang baik walau tanpa kita sedari.

Berapa ramai di antara kita yang terus saja menekan papan kekunci bertanya pada Si Google jika timbul kemusykilan? Sayalah di antaranya. Antara jawapan-jawapan pilihan saya tentunya di blog-blog penulis yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri. Tidak kisah apa jua topik. Dari masakan, tempat makan, membeli belah, kehamilan, percutian dan 1001 macam lagi kisah dan pengalaman. Jadi, teruskan usaha agar blog kita menjadi salah satu blog yang mampu memberikan jawapan dan ilmu kepada pembaca.

Buat diri saya sendiri dan kawan-kawan penulis semua....TERUSKANLAH MENULIS! Bak kata Sifu dan guru-guru Akademi Bekerja Di Rumah semua, pasangkan niat, tetapkan hati menulis blog untuk berkongsi ilmu dengan pembaca di luar sana. 

Ilmu yang bermanfaat adalah harta yang kekal bila kita pergi kelak. Insyaallah

Salam Sayang, 
Mariatul Qiptiyah Md Sah

**************************************************

350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas.
 Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

 1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
 4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]

Wednesday, 1 January 2014

Tutorial : Kotak Kertas Mudah

Teks : Mariatul Qiptiyah



Assalamualaikum. Apa khabar hari ini? Bagaimana cuaca di tempat anda? Kami du Kuching ini masih berjaga-jaga terutama untuk esok hari. Dijangka air pasang besar esok (Jumaat 3/1/2014). Jika hujan berterusan  dan lebat ia memungkinkan banjir di sesetangah kawasan terutama berdekatan dengan tebing sungai. Risau juga sebab rumah kami tidak jauh dari tebing Sungai Sarawak. Tidak sampai 1 km jaraknya. 




Suami sudah menjadi pemerhati setia air sungai. Mungkin sudah kebiasaannya di kampungnya. Di Pasir Mas, rumah mak mertua memang bersebelahan dengan sungai besar. Syukur sudah ada tembok batu di bina di sepanjang tebing sungai bersebelahan rumah. Tidaklah air sungai melimpah hingga menyebabkan banjir.

Dalam dingin pagi ini, saya ingin kongsikan Tutorial membuat Kotak Kertas yang mudah. Sejak saya pandai membuat kotak kertas ini, saya sedar banyak juga kegunaannya. Boleh dibuat tempat simpanan barang-barang kecil seperti butang, klip kertas dan lain-lain. Juga amat sesuai dibuat kotak hadiah tetamu majlis perkahwinan atau majlis harijadi.

Ianya amat mudah dibuat. Hanya perlukan kertas A4 mengikut pilihan warna dan gunting. Saya ini suka memudahkan kerja, tidak gemar menggunakan ukuran rigid pembaris kecuali jika perlu. Jom kita cuba.

Tutorial : Kotak Kertas Mudah   

1. Bahan-bahan : 2 helai kertas A4 (lebih baik jika 120g/tebal) dan gunting


2. Lipat kertas A4 pertama begini. 
Lipat menjadi segi tiga yang paling besar boleh dibuat dengan kertas A4. 


3. Potong lebihan di bahagian bawah lipatan itu tadi. 
Jika dibuka, segi tiga ini akan menjadi empat segi sama


4. Lipat 2 segi tiga tadi menjadi segi tiga yang lebih kecil dan buka semula.


5. Lipat seperti dalam gambar. Bucu-bucu bertemu titik tengah kertas.


6. Lipat lagi di keempat-empat bucu menjadi seperti di gambar.


7. Kemudian lipat sisi seperti di atas.


8. Lipat kedua belah sisi dan pastikan kedua sisi bertemu di tengah kertas.


9. Kemudian lipat sisi atas dan bawah begini menjadikan bentuk segi empat sama. 
Pastikan sisi bertemu di tengah. Kemaskan lipatan dengan tekan kuat 
di setiap lipatan bagi mendapatkan garisan yang nyata.


10. Buka semua lipatan dan bentangkan kertas seperti ini. 
Potong hanya di garisan putus-putus. 
(Maaf gambar tidak berapa terang)


11. Kertas anda akan menjadi seperti ini setelah dipotong.


12. Lipat sisi yang berbentuk segi tiga besar mengikut garisan lipatan.


13. Lipat kedua-dua belah seperti ini.


14. Kemudian lipat masuk sisi selebihnya seperti dalam gambar.


15. Lipat kedua-dua sisi dan kemaskan kotak. Kotak anda sudah siap.


16. Untuk membuat kotak bertutup, ambil kertas A4 yang lain dan lipat kecil sedikit daripada lipatan di Gambar 2 atas tadi. Kemudian ikut langkah-langkah sama membuat kotak hingga selesai. 


17. Hasilnya, kotak  merah (kedua) yang lebih kecil sedikit dari kotak pertama tadi. 


18. Kotak yang lebih kecil boleh dimuatkan ke dalam kotak pertama yang lebih besar.


19. Kotak-kotak kecil dihasilkan dari lebihan kertas A4 yang dipotong tadi. 
Comelkan


20. Kotak yang dihias dengan riben sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.


21. Kotak ini sesuai diisi dengan gula-gula, kek comel kerongsang dan sebagainya.

Selamat Mencuba. 
Salam Sayang, Mariatul Qiptiyah Md Sah


****************************************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

Pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...