Sunday 23 February 2014

Tutorial 4: Bentuk Asas Quilling 2

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah


Salam pagi Isnin. Apa khabar anda hari ini? Bagaimana cuaca di sana? Bumi Kuching pagi ini mendung-mendung menunggu masa disimbah hujan. Syukur Alhamdulillah, boleh juga sejuk sedikit suhu berbanding panasnya malam tadi. Pasang kipas maksima laju pun mak buyung ini masih berpeluh.

Perihal ibu hamil, memang mudah jadi pelupa. Maaf saya pinta, rupanya saya masih berhutang sambungan Tutorial Bentuk Asas Quilling. Insyaallah hari ini saya kongsikan di sini ya. Selamat Mencuba. 

Rujuk Tutorial 2 Bentuk Asas Quilling 1 untuk langkah-langkah awal.

Bentuk Air Mata (Tear Drop)
1. Semasa di Tutorial terdahulu, kita sudah belajar buat bentuk coil (bulat).
Untuk membuat bentuk Tear Drop, picit sisi bulatan coil begini. Tidak perlu risau jika terpicit sehingga ke lingkaran dalam coil. Picit saja.



 Bentuk Mata (Marquise/Eye)
2. Bermula dengan bentuk Tear Drop tadi, picit kedua-dua sisi bertetangan coil tadi sehingga menjadi bentuk begini. Guna kedua-dua belah tangan dan picit serentak untuk mendapatkan bentuk yang sekata.



 Bentuk Empat Segi (Square)

3. Untuk membuat bentuk segi empat, buat bentuk mata seperti di atas. Kemudian, dengan teknik yang sama, picit lagi kedua-dua sisi lain yang bertentangan serentak.



Bentuk Bulan Sabit (Half Moon)
4. Buat bentuk coil yang sedikit longgar mengikut ukuran yang dikehendaki. Kemudian picit coil seperti di dalam gambar. Teknik ini menggunakan 3 jari di mana ibu jari dan jari hantu memegang sisi kiri kanan coil dan jari telunjuk di tengah-tengah tolak bahagian tengah coil hingga menjadi bentuk bulan sabit.

Bentuk Bulan Sabit (Half Moon)



 Bentuk Hati Terbuka (Open Heart)
5. Biasanya saya menggunakan jalur kertas sepanjang kertas A4 (memanjang). Untuk bentuk ini, jalur kertas tadi di potong dua (separuh). Ambil sekeping jalur 1/2 A4 tadi dan lipat dua begini (sama panjang)

6. Dengan menggunakan alat quilling (alat khas quilling/jarum cucuk jerawat/hujung lidi satay/dawai klip kertas) gulung jalur kertas ke bahagian dalam lipatan. Tidak perlu gulung hingga habis, tinggalkan sedikit dalam 1 inci dari lipatan tengah.


7. Gulung sebelah lagi jalur kertas ke dalam dan jadilah bentuk hati begini.

Selamat Mencuba :)

Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah

*********************************

350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
 4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Wednesday 19 February 2014

Tips Makan Luar Bersama Anak.

Teks Pengenalan : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Panduan : Blog Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Anda teringin hendak makan di luar? Teringin makan di restoran namun trauma dengan anak-anak yang selalu meragam bila di rstoran. 

Wahh, ada jemputan majlis perkahwinan hujung minggu ini. Tapi susah hati takut nanti anak kecil meragam dan rosakkan majlis orang pula. Malulah nanti. Terpaksalah pergi berdua saja dan tinggalkan anak-anak di rumah bersama orang gaji atau neneknya. Itupun kalau ada orang gaji. Kalau tidak, terpaksalah suami pergi seorang diri atau reka saja alasan tidak dapat penuhi jemputan.

Saya pasti ramai ibu-bapa di luar sana hadapi masalah-masalah sebegini. Bagaimana cara untuk atasinya? Sampai bila kita hendak simpan keinginan hendak makan di restoran kegemaran kita walau sekali-sekala? Sampai bila hendak menolak undangan nanti di kata tidak bercampur orang pula?

Saya kongsikan artikel Tips Makan Luar Bersama Anak dari blog Puan Ashikin Hashim "Pendidikan Awal Kanak-Kanak" untuk perkongsian kita bersama. Dapatkan lebih banyak lagi tips dari artikel-artikel di blog beliau.

Tip Makan Luar Bersama Anak

Teks: Ashikin Hashim

*Artikel ini sangat sesuai diaplikasikan kepada anak yang berumur 3 hingga 7 tahun.

Makan di luar atau berjalan-jalan dengan anak pasti menjadi igauan ngeri bagi sebahagian ibubapa. Seorang ibu pernah berkongsi pengalamannya tentang bagaimana beliau mempunyai masalah yang besar jika membawa anaknya ke luar makan atau pergi ke rumah orang lain.

Banyak faktor yang menyebabkan anak tidak dapat bertahan lama atau 'buat perangai' di tempat orang atau di restoran. Antara faktor yang saya dapat kesan daripada puan ini adalah, anak beliau terlalu terdedah kepada gajet dan televisyen. Mengapa saya kata begitu?



Beliau mengakui bahawa anaknya banyak bermain permainan video dan menonton televisyen. Keputusan beliau untuk melengkapi kereta dengan TV supaya memudahkan perjalanan pulang ke kampung yang mengambil masa 12 jam, amat memeranjatkan saya. TV atau gajet bukan penyelesaian untuk mententeramkan anak dan memastikannya duduk diam.

Anak-anak tidak digalakkan menonton televisyen atau bermain gajet lebih dari 2 jam sehari. Jika 12 jam??? Gajet dan televisyen sifatnya adalah, segala visual yang keluar, bertukar dengan pantas iaitu dalam beberapa saat sahaja. Jadi mereka sudah terbiasa dengan suasana keadaan sekeliling yang berlaku dengan cepat. Kesannya mereka tidak boleh menunggu lama dan tidak sabar.

Jadi tidak hairanlah jika anak tidak boleh tunggu lama di restoran, rumah orang atau di majlis-majlis. Jom kita bantu anak kita agar mereka jadi lebih fokus dan belajar bersabar.

Sebenarnya fokus saya dalam artikel ini adalah bagaimana membawa anak ke restoran tanpa perlu berperang dengan anak yang mengamuk sementara menunggu makanan tiba. Saya pernah menyaksikan seorang ibu berperang dengan anaknya yang mahu main Ipad ibunya sedangkan ibu mahu menggunakannya. Gajet bukan penyelesaiannya!

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kehidupan anda yang bergelumang dengan kerja di pejabat mahupun di rumah membuatkananda kadang kala ingin makan dan bersantai di luar. Makan luar bersama anak kadangkala menjadi igauan ngeri bagi sesetengah ibu bapa. Makan malam anda terganggu dengan kerenah anak yang tidak dijangka. Anda tidak dapat menikmati makan malam dengan aman dan sempurna. Akhirnya anda biarkan sahaja makanan tidak terusik kerana tiada selera lagi!




a)      Restoran Pilihan. Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak-anak di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana sini dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai makan tepi jalan kerana ia sangat merbahaya.

b)      Mainan Dan Buku. Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekakan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

c)      Snek Ringan. Untuk mengelakkan menunggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar.

d)     Raikan. Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim.

e)  Haramkan gajet. Gajet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gajet hanya menjadikan ahli keluarga diam, dan kurang berkomunikasi.


**********************************************
400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Monday 17 February 2014

Karya Hebat Quilling Seluruh Dunia

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Sumber Imej : Google


Salam Sayang semua. Semoga semuanya sihat-sihat saja. Tapi, khabarnya sana-sini demam. Status kawan-kawan di FB juga banyak berkisar tentang demam selsema. Sama ada diri sendiri atau keluarga. Mungkin sedang musim sekarang ni. 

Encik Suami pun sudah 2 hari terkena selsema. Syukur belum ada tanda-tanda demam panasnya. Kesian pula tengok Encik Suami lari tidur di sofa ruang tamu. Takut-takut terjangkit pada saya dan baby katanya. Tak sampai hati pula melihatnya. Terharu, terima kasih Kanda.

Hari ini, saya nak kongsikan contoh-contoh karya hebat quilling dari pengamal kraf quilling ini di seluruh dunia. Merekalah di antara sumber inspirasi saya. Inilah gunanya internet. Macam-macam kita boleh dapat, terpulang pada kebijaksanaan kita untuk tapis dan manfaatkannya.

Saya juga sedang berusaha lebih gigih. Agar suatu hari nanti saya dapat juga hasilkan karya hebat seperti ini. Ramai yang bertanya bagaimana dan di mana saya belajar quilling ini? Inilah jawapannya. Dari internet saja. Belum ada guru yang formal. Nah, sudah saya katakan, macam-macam kita boleh belajar di internet ini. Dari sekecil-kecil ilmu hingga ke sebesar-besarnya. Yang penting mahu atau tidak saja.













Akhir sekali, Salam Sayang buat semua. Ingin menimba ilmu membina blog dan Fan Page FB seperti saya? Hubungi saya di komen di bawah atau emel saja di mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com

Selamat Belajar.
Mariatul Qiptiyah binti Md Sah

**************************************



400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Tuesday 11 February 2014

Apa Itu Quilling?


Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Gambar : Google


Tahukah kamu Quilling itu dalam bahasa mudahnya adalah kertas yang dipotong dalam bentuk jalur-jalur halus kemudiannya digulung-gulung, dipicit-picit dan dibentuk-bentuk?

Kemudian, ia disusun-susun dan akhirnya digam-gam di atas kertas atau permukaan lain hingga bergabung menjadi bentuk yang kamu suka.



Sebenarnya, quilling itu mudah saja dan menyeronokkan. Tak percaya? Cubalah sendiri.

:)

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah binti Md Sah

***************************
400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Monday 10 February 2014

Kad Ulangtahun Perkahwinan : Shukri dan Susmaiza


Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah



Alhamdulillah, disuruh-Nya saya bercuti dan berehat di rumah saja semalam kerana perut kejang. Sejak hari Ahad lepas, kekejangan perut datang. Setelah dikaji-kaji rupanya ia adalah perkara biasa ketika hamil. Bila kandungan bertambah besar, otot-otot dan rangka mengembang untuk menampungnya. Tambahan dengan kekurangan kalsium dan garam, kekejangan akan menyerang. Alhamdulillah ia tidak terlalu teruk dan kerap. " Baby sayang, kamu sedang seronok berlompat bintangkah di dalam tu? " 


Owh yer, saya memang kurang benar minum susu. Hendak diamalkan minum susu kotak, tidak digalakkan oleh jururawat kerana tinggi gulanya. Hendak minum susu tepung saya tidak lalu pula. Saya ada terjumpa produk susu kambing Wildan pula. Sedang dalam usaha mendapatkannya. Harap-harap saya serasi dengannya. Demi si kecil di dalam perut ini kugagahkan jua.


Alahai, jauh benar dari topik kita ini pula. Alhamdulillah, kerana terpaksa bercuti, Encik Suami suruh saya duduk diam saja. Jadi, sambil duduk-duduk tu, dapatlah saya siapkan tempahan kad dari teman sekuliah saya dulu. 

Kad Ucapan Ulangtahun Perkahwinan mereka yang ke 7 katanya. Wah, sudah 7 tahun? Terasa bagai baru setahun dua kami meninggalkan zaman pelajar universiti dulu. Diam tak diam sudah lebih 10 tahun rupanya.

Setinggi-tinggi tahniah buat Susmaiza dan suaminya Shukri. Didoakan semoga kekal rukun bahagia hingga ke syurga. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah.

Semasa hendak pos kad ini tadi, Encik Suami kata "Kawan Dinda ini dah sambut ulangtahun mereka ke 7. Kita baru nak sampai setahun". Insyaallah Kanda, Insyaallah kita akan sampai nanti. Usia tidak penting, yang penting bahagia. 

Salam Sayang 
Mariatul Qiptiyah

**************************

400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 3. Kelas belajar iklan mudah.my 4. Kelas penulisan kreatif 5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Friday 7 February 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Mariatul Qiptiyah

Teks : Mariatul Qipityah



Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Alhamdulillah Allah panjangkan lagi usia saya hingga ke hari ini, Ulangtahun Kelahiran Saya ke 33. Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas, usia semakin bertambah, yang lain juga perlu ditambah-tambah. Ibadah perlu disemak-semak semula, cukupkah buat bekalan dunia akhirat nanti? Ilmu dan usaha perlu dipertingkatkan lagi. Tidak kan terhenti hingga ke hayat nanti, Insyaallah. Pokoknya, segala usaha perlu diteruskan untuk bahagia dunia dan bahagia akhirat kami sekeluarga. Moga-moga dilimpahi rahmat dan hidayat serta rahmat-Nya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ini adalah Ulangtahun Kelahiran pertama saya sebagai seorang isteri. Syukur tak terhingga dengan menyandang gelaran ini, terasa hidup semakin bermakna dan lengkap. Psssttt, pagi-pagi lagi suami sudah masuk ke dapur masakkan Nasi Kerabu. Sedap jugakan. Sudah memang kegemaran Encik Suami, skill memasaknya lebih dari saya. Alhamdulillah.

Tambah-tambah bermakna Hari Ulangtahun Kelahiran saya ini apabila saya bakal menjadi ibu. Pagi-pagi lagi Si Kecil sudah menendang-nendang dari dalam, bagaikan mengucapkan selamat buat Mommynya ini. Pagi-pagi lagi sudah buat Mommy tersenyum ye sayang. 

Tahun ini juga, Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang pertama bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Walau tidak pernah bersua, terasa bagaikan berada dalam sebuah keluarga besar yang selalu ada untuk saya. Alhamdulillah, semenjak bersama keluarga besar ini, terasa ilmu semakin bertambah, semangat untuk berusaha semakin berganda. Alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki Allah beri.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Mariatul Qiptiyah. Lebih usaha lagi selepas ini !

***********************


400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5.Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Thursday 6 February 2014

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah : Tempah Tempat Anda Sekarang!

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah





Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah
Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?

                                 

Anda seorang ibu yang bekerja atau mahu bekerja di rumah?


                                      

Atau anda seorang bapa sepenuh masa yang mahu bina kerjaya di rumah?

Insyaallah kami ada caranya.

Kini anda tidak perlu risau lagi.
Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!


Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau pendaftaran segera!
Emel : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com
atau komen di bawah.

Daftar sekarang di BORANG TEMPAHAN ini  segera untuk menempah tempat anda sekarang.

******************************************
400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 3. Kelas belajar iklan mudah.my 4. Kelas penulisan kreatif 5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...