Posts

Showing posts from April, 2014

Gedung Kraf Spotlight

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Rujukan : http://www.spotlight.com.my/




Assalamualaikum. Alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga kawan-kawan saya sihat-sihat sahaja hari ini. Hari ini saya nak kongsikan satu berita baik untuk para pengamal dan penggemar kraf. Baru-baru ini saya telah mendapat emel berkenaan kedatangan sebuah Gedung Kraf yang terkemuka akan dibuka di Malaysia.
Sebuah Gedung Kraf Antarabangsa bernama Spotlight akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Gedung ini adalah Gedung Kraf, Parti, Jahitan, Fabrik dan Perhiasan Dalam Rumah yang terbesar di New Zealand, Australia dan Asia. Pelbagai peralatan dan bahan-bahan kraf serta hiasan dalaman bakal dijual di sini. Saya berharap agar alat-alat kraf terutamanya Kraf Quilling akan mudah diperolehi di sini nanti. 
Dapat saya bayangkan bersinar-sinarnya mata saya nanti ketika berada dalam gedung ini. Tentu saja penggemar seni kraf seperti saya dapat menghabiskan masa berjam-jam di dalam gedung seumpama ini.
Gedung Spotlight ini akan…

APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ?

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah
APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ?


Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, kami sudah mula menerima pendaftaran pelajar kelas borong telekung solat, juga pelajar pertama dalam kelas ebook premium, juga sudah ada pendaftaran kelas offline urus akaun bisnes kecil yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 10.5.2015.


Bergabung dengan kami 600 blog, 22 kelas online 12 guru dan 2 trainer kewangan bertugas. Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut :


1. Kelas asas blog dan penulisan. 2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes. 3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif. 4. Kelas beriklan mudah.my. 5. Kelas borong telekung solat. 6. Kelas penulisan ebook pertama. 7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga. 8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari. 9. Sewa ruang iklan. 11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline. 12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline.

Untuk mendaftar hubungi Pengurus Online ABDR …

Untuk Dijual : Mini Perincih Kertas Kecil dan Besar

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah




Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Buat kaum wanita yang keluar bekerja di pejabat hari ini pastinya hebat bergaya dengan baju batik pelbagai warna dan fesyen. Tidak kurang hebatnya juga kaum Adam kerana inilah harinya mereka dapat bergaya lebih lari dari kebiasaan berbaju kemeja polos atau berjalur ringkas.
Hebatnya intro, jauh panggang dari api tajuk dengan intro baju batik ni. Sebelum pergi lebih jauh, mari kita lihat kembali apa yang hendak saya tunjukkan hari ini.


Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tidak sangka Mini Perincih Kertas (Mini Paper Shredder) mendapat sambutan hingga kehabisan stok. Malahan saya mendapat banyak pertanyaan dan permintaan pula untuk mesin mini. 
Dahulu saya juga seperti kawan-kawan pengamal kraf yang lain. Bersusah payah mencari mesin mini ini dari satu kedai ke kedai yang lain. Menjenguk dan mencari dari satu blog ke satu blog yang lain. Ada juga berjumpa namun sama ada sudah habis stok atau di laman blog luar negara. Bil…

Mengapa Kita Perlu Pilih Untuk Berniaga? : Kisah Sekumpulan Semut dan Seekor Keldai

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah Rujukan : Majalah Inspirasi Kejayaan (ik) Isu 14/2013


Kisah sekumpulan semut dan seekor keldai pembawa barang.
Pada suatu hari, seekor keldai sedang berehat kerana kepenatan membawa barang majikannya yang amat membebankannya. Bebannya hanya sebesar setengah daripada punggungnya. Keldai hanya mengikut saja perintah tuannya tanpa banyak karenah walaupun sudah terlalu letih.
Keldai berasa sangat letih kerana terpaksa berjalan jauh membawa beban itu ditambah pula hari yang begitu panas terik. Nafasnya termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.
Sedang ia berehat, lalu sekawan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan gembira sambil membawa makanan. Keldai itu mula tertarik dan pelik melihat gelagat sekawan semut itu.
Sebaik saja menghampiri keldai, ketua semut itu bertanya kepada keldai,
" Hai keldai, apa yang sedang kami lakukan di sini? "
" Saya sedang berehat wahai semut, " jawab keldai tersebut.
" Kenapa kamu kelihatan begitu p…