Saturday, 1 March 2014

Perincih Kertas Mini (Mini Paper Shredder)

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah



Salam petang Ahad. Apa aktivti anda hari ini? Ada yang sudah mula bekerja dan ada yang masih bercuti. Semoga semuanya sedang menjalani hari masing-masing dengan tenang dan penuh barakah.

Insyaallah, hari ini saya ditemani suami dan adik akan penuh sehari berpuasa. Encik Suami mengaturkan saya Qada' puasa pada hari-hari cuti sahaja memandangkan keadaan saya yang semakin sarat. Pernah mencuba berpuasa di hari kerja, hasilnya saya diserang migrain dan keletihan yang amat. Jadi, berpuasa di hari-hari cuti akan menyaksikan saya disuruh berehat saja oleh Encik Suami. Alhamdulillah juga Encik Suami sudi puasa sunat bersama untuk teman dan sebagai sokongan moral buat Mak Buyungnya ini.

Owh ya, 'entry' saya hari ini mudah saja. Saya ingin kongsikan alatan yang saya gunakan untuk memotong kertas Quilling saya. Saya gunakan Perincih Kertas Mini seperti dalam gambar. Ianya hanya menggunakan manual tangan tanpa perlu kuasa eletrik atau bateri. Kecil comel saja, mudah untuk saya simpan atau letak di atas meja kerja saya. Hanya potong kertas yang ingin digunakan. 

Harganya tidak berapa mahal tapi agak sukar dicari. Saya telah mencari mini perincih ini sejak saya menetap di Pulau Pinang lagi. Saya sebarkan pencarian hingga ke Kuala Lumpur namun tidak berjumpa. Akhirnya saya jumpa mesin mini ini selepas saya berpindah di Kuching, Sarawak. Alhamdulillah, berjumpa hajat hati ini. 

Insyaallah jika ada sesiapa yang berhajat, saya boleh tolong belikan dan pos. Insyaallah jika ada stok lagi di pembekal. 

Jangan susah hati, tanpa mesin perincih ini anda masih boleh ber'quilling'. Boleh juga gunakan Mesin Perincih Eletrik yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma harganya agak mahal sedikit. Pastikan ukuran hasil kertas yang diracik menjadi seperti jalur-jalur kertas quilling. Tersilap beli, kertas yang diracik hancur berkecai menjadi bunga rampai pula.

Tiada mesin perincih? Boleh juga gunakan gunting dan pisau. Cuma kerjanya renyah sedikit. Apapun, bermacam cara boleh digunakan untuk menjayakan quilling ini. Jangan biarkan keterbatasan menghadkan kreativiti anda.

Selamat Mencuba :)

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah




350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 3. Kelas belajar iklan mudah.my 4. Kelas penulisan kreatif 5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

6 comments:

  1. Menarik, beli kat mana? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elih...kedai alat tulis Think n Motion tu. Tak salah begitulah namanya

      Delete
  2. ada stok lg tk..brp rm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Alhamdulillah kebetulan ada tinggal lagi 1 yang kecil dan 1 yang besar. Kecil harganya RM35.00 dan besar harganya RM55.00

      Delete
  3. Ada lagi tak akak?

    ReplyDelete
  4. salam sis ade lg hand shredder tu..tq

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...