Posts

Showing posts from September, 2014

Bunga Tangan Fabrik

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.  Alhamdulillah tamat sudah tempoh rehat panjang saya selepas melahirkan Cik Qaseh Sara. Insyaallah kita pacu laju-laju usaha demi untuk membebaskan diri dari hutang dan mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga. 

Tidak lupa Bismillahirrahmanirrahiim, niat mulakan hari ini untuk berusaha mencari rezeki halal dan ilmu seterusnya kongsikannya sebanyak mungkin. Masih belum dapat berkongsi rezeki harta, kita kongsi rezeki ilmu dahulu.
Berbalik kepada tajuk kita hari ini iaitu Bunga Tangan Fabrik.
Bunga tangan amat sinonim dengan pengantin baru tidak kira sama ada pengantin Melayu atau Cina atau India. Malahan ianya amat berkait rapat dengan pengantin Barat.
Ingatkan anda rupa bunga tangan pengantin dulu-dulu?
Dahulu bunga tangannya kecil saja dan biasanya diberikan oleh Mak Andam untuk menambahkan seri pengantin. Bunga tangan ini akan diberikan kepada pengantin lelaki sebelum berarak. Pengantin lelaki kemudiannya akan berikan b…