Posts

Showing posts from July, 2014

Mesin Perincih Kertas Mini Untuk Dijual : Stok Baru

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya perolehi stok baru Mesin Perincih Kertas Mini ni. Selain daripada kekangan kesihatan semasa hamil tempoh hari, stok juga kehabisan di kedai pembekal. Alhamdulillah rezeki rakan-rakan yang bertanya dan berhajat, dapat juga akhirnya. 
Ini adalah ulangan Tawaran Terus dari FB Fan Page Panduan Kraf Riben dan Kertas.

Mesin Perincih Kertas Mini (Kecil )  RM 37.00 Bil. 5 unit : Sedia dijual (4) Sudah dijual (1)

Mesin Perincih Kertas Mini (Besar)
RM 55.00
Bil. 1 unit : Sedia dijual (1)
Stok adalah terhad. 

p/s : Selepas ini saya tidak dapat jamin stok ada lagi kerana pembekal akan tutup kedai bila-bila masa saja. Harapannya tukar pengurusan saja, janganlah tutup terus.
Selamat Berkreativiti Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah


******************************************************** 

APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ?
Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, kami sudah mula menerima pendaftaran pelajar kelas bor…

Ahli Keluarga Baru Kami ; Qaseh Ameerah Qaisara

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah Gambar : Koleksi peribadi dan Camora Art



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya doakan kalian semua baik-baik saja. Alhamdulillah, Alhamdulillah selesai sudah tempoh berpantang saya. Inilah sebabnya mengapa saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Diharapkan dikurniakan rezeki kesempatan dan idea untuk mengisi lebih perkongsian ilmu di blog ini kelak.
Cik Qaseh, beberapa jam selepas dilahirkan

Buat ketika ini, saya perkenalkan ahli keluarga kami yang baru, cahaya mata kami yang pertama iaitu Cik Qaseh  Ameerah  Qaisara. Cik Qaseh telah selamat dilahirkan pada jam 8.25 malam, 29 Mei 2014 yang lepas. Semoga kehadiran Cik Qaseh akan membawa kebahagian dan kegembiraan pada kami sekeluarga juga kepada rakan-rakan di sekeliling kami. Insyaallah.

Alhamdulillah, inilah jihad saya.


Papa yang gembira.  Terima kasih kerana sentiasa ada menemani walau semasa saya sedang berjuang.

Koleksi gambar dari air tangan Camora Art
Tiada yang lebih teruja daripada s…