Posts

Showing posts from November, 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah




Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, inilah Logo Akademi Bekerja di Rumah yang baru. Sepertimana logo barunya yang amat menarik, Akademi ini juga tidak kurang hebatnya. Saya merupakan salah seorang daripada 200 penulis blog yang bergabung dalam Akademi secara online ini. kami terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada isteri/ibu yang berkerjaya seperti saya atau isteri/ibu yang menyimpan azam untuk menjadi WAHM sepenuh masa atau mereka yang telah berjaya menjadi WAHM dan mempunyai SOHO mereka sendiri. 

Selain daripada itu, setiap ahli akademi ini mempunyai pelbagai kemahiran dan fokus blog yang tersendiri. Dengan hubungan (atas talian) yang terjalin di antara setiap ahli, kami dapat bertukar-tukar fikiran, berkongsi ilmu dan memperkasakan perniagaan kami hanya di hujung jari. Mudah dan seronok bukan.


Akademi Bekerja Di Rumah ditubuhkan hasil pembelajaran membina platform perniagaan/ perkhidmatan/ perkongsian ilmu melalui Blog sebagai salah satu cara memb…

Pakej Kelas Asas Blog Bulan November

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Mari-mari! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang dari Ahli Akademi Berniaga dari Rumah. Bagaimana caranya? Sertai Kelas Asas Blog dengan rebut tawaran hebat Pakej Kelas Asas Blog Bulan November ini.


PAKEJ KELAS ASAS BLOG BULAN NOVEMBER
Harga pakej sebenar RM155 (ebook) + RM130 (yuran kelas)= RM 285
Untuk November kita bagi RM200 sahaja




Apa yang dapat untuk kelas:

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu   aliran trafik ke blog.Ramai yang mahu bermula tetapi tida…

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam : Pengubat hati bakal bonda yang sedang mabuk

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah

Sedang saya khusyuk mencari-cari dan membaca ilmu pasal kehamilan dari internet, saya terjumpa dengan ini. Senarai Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam. Setelah membaca dan memahaminya, ia sangat-sangat membantu menyejukkan hati yang sedang gundah kerana mabuk hamil ni. 
Terkadang terlepas juga keluhan dari mulut saya bila rasa tak tertahan dengan mual-mual dan muntah-muntah ini. Syukur Alhamdulillah Encik Suami sangat-sangat membantu baik dari segi kerja-kerja rumah dan sokongan moral. 
Semua kerja rumah beliau yang  siapkan. Saya antara isteri yang bertuah dapat suami yang suka dan pandai memasak. Malah dia jauh lebih pandai dari saya. :) Balik dari kerja dan sampai ke rumah saja saya hanya mampu berbaring dan rehat saja. Tambah-tambah pula ketika Encik Suami memasak saya terpaksa berkurung di dalam bilik kerana tidak tahan dengan bau masakan. Jadi, saya hanya perlu fikirkan dan risaukan kandungan dan mabuk saya saja, tanpa memikirkan kerja-kerja rumah yang la…

Kad Ucapan Buatan Tangan : Punya Makna Tersendiri

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera semua. Semoga ceria-ceria saja hari ini walau di mana jua kalian berada.  Hari ini genap usia kandungan saya 12 minggu. Alhamdulillah, gembira tidak terkata dengan kurniaan Allah ini. Akhirnya, berpeluang juga saya dapat merasa nikmat saat-saat menjadi atau sedang menuju menjadi seorang ibu. Saya berkahwin agak lambat di kala usia mencecah 30-an. Jadi lewat juga saya dapat merasa detik-detik istimewa ini. Dengan pengalaman yang telah saya tempuhi, saya berharap sangat agar teman-teman yang masih belum berumahtangga atau masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata agar tidak berputus asa. Teruskanlah berharap, berdoa dan berusaha. Insyaallah rezeki itu akan tiba. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Sabar ye.
Owh yer, berbalik kepada topik saya hari ini, berkenaan Makna Tersendiri di sebalik Kad Ucapan Buatan Tangan. Anda pernah menerima kad ucapan buatan tangan sama ada dari kawan-kawan, atau pasan…

Morning Sickness Dan Saya

Image
Teks : Mariatul Qiptiyah

Pernah saya tanya, mengapa ianya dipanggil Morning Sickness sedangkan sakit mabuknya datang pagi, petang, siang dan malam? Seorang kawan beritahu ianya dipanggil Morning Sickness sebab melambangkan sakit mabuk di awal kehamilan. Jadi Morning di sini bermaksud awal. 
Hampir semua ibu-ibu hamil mengalami sakit mabuk ini terutamanya di awal kehamilan. Ada juga yang terpaksa menghadapi sakit mabuk ini sehingga melahirkan. Nauzubillahiminzaliq. 
Sudah beberapa kali saya melawat klinik memohon MC. Tiada ubat mana yang diberikan hanya ubat buang angin dan losyen kulit kerana satu badan alami ruam2 yg tidak kurang hebatnya. Hanya rehat sajalah yang doktor nasihatkan. Bak kata seorang doktor yang saya temui, beliau ada tema tersendiri untuk ibu-ibu hamil ini iaitu " Untuk Ibu Hamil, sekiranya ada apa-apapun, selagi boleh bertahanlah di situ". Maksudnya, selagi boleh, tak kira sakit apapun, atau tidak larat bagaimanapun, BERTAHANLAH!
Dalam keadaan ni, mulalah…