Wednesday, 19 February 2014

Tips Makan Luar Bersama Anak.

Teks Pengenalan : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Panduan : Blog Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Anda teringin hendak makan di luar? Teringin makan di restoran namun trauma dengan anak-anak yang selalu meragam bila di rstoran. 

Wahh, ada jemputan majlis perkahwinan hujung minggu ini. Tapi susah hati takut nanti anak kecil meragam dan rosakkan majlis orang pula. Malulah nanti. Terpaksalah pergi berdua saja dan tinggalkan anak-anak di rumah bersama orang gaji atau neneknya. Itupun kalau ada orang gaji. Kalau tidak, terpaksalah suami pergi seorang diri atau reka saja alasan tidak dapat penuhi jemputan.

Saya pasti ramai ibu-bapa di luar sana hadapi masalah-masalah sebegini. Bagaimana cara untuk atasinya? Sampai bila kita hendak simpan keinginan hendak makan di restoran kegemaran kita walau sekali-sekala? Sampai bila hendak menolak undangan nanti di kata tidak bercampur orang pula?

Saya kongsikan artikel Tips Makan Luar Bersama Anak dari blog Puan Ashikin Hashim "Pendidikan Awal Kanak-Kanak" untuk perkongsian kita bersama. Dapatkan lebih banyak lagi tips dari artikel-artikel di blog beliau.

Tip Makan Luar Bersama Anak

Teks: Ashikin Hashim

*Artikel ini sangat sesuai diaplikasikan kepada anak yang berumur 3 hingga 7 tahun.

Makan di luar atau berjalan-jalan dengan anak pasti menjadi igauan ngeri bagi sebahagian ibubapa. Seorang ibu pernah berkongsi pengalamannya tentang bagaimana beliau mempunyai masalah yang besar jika membawa anaknya ke luar makan atau pergi ke rumah orang lain.

Banyak faktor yang menyebabkan anak tidak dapat bertahan lama atau 'buat perangai' di tempat orang atau di restoran. Antara faktor yang saya dapat kesan daripada puan ini adalah, anak beliau terlalu terdedah kepada gajet dan televisyen. Mengapa saya kata begitu?



Beliau mengakui bahawa anaknya banyak bermain permainan video dan menonton televisyen. Keputusan beliau untuk melengkapi kereta dengan TV supaya memudahkan perjalanan pulang ke kampung yang mengambil masa 12 jam, amat memeranjatkan saya. TV atau gajet bukan penyelesaian untuk mententeramkan anak dan memastikannya duduk diam.

Anak-anak tidak digalakkan menonton televisyen atau bermain gajet lebih dari 2 jam sehari. Jika 12 jam??? Gajet dan televisyen sifatnya adalah, segala visual yang keluar, bertukar dengan pantas iaitu dalam beberapa saat sahaja. Jadi mereka sudah terbiasa dengan suasana keadaan sekeliling yang berlaku dengan cepat. Kesannya mereka tidak boleh menunggu lama dan tidak sabar.

Jadi tidak hairanlah jika anak tidak boleh tunggu lama di restoran, rumah orang atau di majlis-majlis. Jom kita bantu anak kita agar mereka jadi lebih fokus dan belajar bersabar.

Sebenarnya fokus saya dalam artikel ini adalah bagaimana membawa anak ke restoran tanpa perlu berperang dengan anak yang mengamuk sementara menunggu makanan tiba. Saya pernah menyaksikan seorang ibu berperang dengan anaknya yang mahu main Ipad ibunya sedangkan ibu mahu menggunakannya. Gajet bukan penyelesaiannya!

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kehidupan anda yang bergelumang dengan kerja di pejabat mahupun di rumah membuatkananda kadang kala ingin makan dan bersantai di luar. Makan luar bersama anak kadangkala menjadi igauan ngeri bagi sesetengah ibu bapa. Makan malam anda terganggu dengan kerenah anak yang tidak dijangka. Anda tidak dapat menikmati makan malam dengan aman dan sempurna. Akhirnya anda biarkan sahaja makanan tidak terusik kerana tiada selera lagi!




a)      Restoran Pilihan. Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak-anak di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana sini dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai makan tepi jalan kerana ia sangat merbahaya.

b)      Mainan Dan Buku. Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekakan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

c)      Snek Ringan. Untuk mengelakkan menunggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar.

d)     Raikan. Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim.

e)  Haramkan gajet. Gajet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gajet hanya menjadikan ahli keluarga diam, dan kurang berkomunikasi.


**********************************************
400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...