Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Salam pagi Isnin. Apa khabar anda hari ini? Bagaimana cuaca di sana? Bumi Kuching pagi ini mendung-mendung menunggu masa disimbah hujan. Syukur Alhamdulillah, boleh juga sejuk sedikit suhu berbanding panasnya malam tadi. Pasang kipas maksima laju pun mak buyung ini masih berpeluh.
Perihal ibu hamil, memang mudah jadi pelupa. Maaf saya pinta, rupanya saya masih berhutang sambungan Tutorial Bentuk Asas Quilling. Insyaallah hari ini saya kongsikan di sini ya. Selamat Mencuba.
Rujuk Tutorial 2 Bentuk Asas Quilling 1 untuk langkah-langkah awal.
Bentuk Air Mata (Tear Drop)
1. Semasa di Tutorial terdahulu, kita sudah belajar buat bentuk coil (bulat).
Untuk membuat bentuk Tear Drop, picit sisi bulatan coil begini. Tidak perlu risau jika terpicit sehingga ke lingkaran dalam coil. Picit saja.
Bentuk Mata (Marquise/Eye)
2. Bermula dengan bentuk Tear Drop tadi, picit kedua-dua sisi bertetangan coil tadi sehingga menjadi bentuk begini. Guna kedua-dua belah tangan dan picit serentak untuk mendapatkan bentuk yang sekata.
Bentuk Empat Segi (Square)
3. Untuk membuat bentuk segi empat, buat bentuk mata seperti di atas. Kemudian, dengan teknik yang sama, picit lagi kedua-dua sisi lain yang bertentangan serentak.
Bentuk Bulan Sabit (Half Moon)
4. Buat bentuk coil yang sedikit longgar mengikut ukuran yang dikehendaki. Kemudian picit coil seperti di dalam gambar. Teknik ini menggunakan 3 jari di mana ibu jari dan jari hantu memegang sisi kiri kanan coil dan jari telunjuk di tengah-tengah tolak bahagian tengah coil hingga menjadi bentuk bulan sabit.
Bentuk Bulan Sabit (Half Moon)
Bentuk Hati Terbuka (Open Heart)
5. Biasanya saya menggunakan jalur kertas sepanjang kertas A4 (memanjang). Untuk bentuk ini, jalur kertas tadi di potong dua (separuh). Ambil sekeping jalur 1/2 A4 tadi dan lipat dua begini (sama panjang)
6. Dengan menggunakan alat quilling (alat khas quilling/jarum cucuk jerawat/hujung lidi satay/dawai klip kertas) gulung jalur kertas ke bahagian dalam lipatan. Tidak perlu gulung hingga habis, tinggalkan sedikit dalam 1 inci dari lipatan tengah.
7. Gulung sebelah lagi jalur kertas ke dalam dan jadilah bentuk hati begini.
Selamat Mencuba :)
Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah
*********************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,
pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
suka sgt2 teknik yg akak ajarkan ni..so cool n cute sgt...mcm comel je..mcm cantik jer...
ReplyDeleteDiyana : Hehehe, macam comel ekkk. Cubalah buat sendiri lebih cool.... :)
Delete