Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ini siap juga entry Tutorial Siri 2 : Bentuk Asas Quilling sebagai perkongsian rakan-rakan pembaca yang berminat untuk mencuba sendiri membuat Seni Quilling ini. Saya mendapat banyak permintaan untuk belajar quilling ini terutamanya ibu bapa yang ingin beraktiviti bersama anak-anak mereka dan cikgu-cikgu yang ingin selitkan pembelajaran seni quilling dalam Pembelajaran Seni dan aktiviti lain di sekolah. Tidak kurang juga cikgu-cikgu yang ingin membuat sendiri quilling untuk hiasan kelas mereka.
Dalam tutorial kali ini, saya terangkan cara-cara membuat bentuk-bentuk asas di dalam quilling. Daripada bentuk-bentuk ini kemudiannya disusun menjadi pelbagai bentuk lain seperti bunga, pokok, binatang dan lain-lain lagi.
Di atas adalah bentuk-bentuk asas dalam Seni Quilling. Tetapi semuanya bermula dengan 1 bentuk iaitu bulat/bentuk ubat nyamuk/'coil'.
1. Kertas-kertas A4 berwarna yang telah dipotong menggunakan mesin perincih (paper shradder). Jika tiada mesin, boleh juga potong kertas menggunakan gunting atau pisau secara menegak (A4 potret) dengan lebar setiap jalur sebanyak 3mm.
2. Letakkan hujung kertas di tool macam ni. Saya menggunakan jarum cucuk jerawat. Kalau tidak ada, boleh guna lidi satay yang dibelah hujungnya (rujuk Tutorial 1 ). Selain itu boleh juga guna hujung pensel tekan. Tidak ada juga? Boleh guna klip kertas, guna hujungnya tu.
3. Gulung kertas macam ni sampai habis satu jalur. Gulung ketat-ketat dan kemas lagi sekata sehingga menjadi satu 'coil'.
4.Langkah 2-4 adalah untuk buat tight coil jadi, bila sudah siap gulung terus gam hujungnya macam ni. Gam ni dah terlebih, kurangkan gam tu supaya jangan banyak sangat hingga comot. Cukup-cukup untuk lekatkan hujung kertas itu saja.
5. Untuk buat coil yang longgar macam ni, lepas gulung2 tu (langkah 2 dan 3), lepaskan coil hingga dapat saiz yang dikehendaki. Tak payah gam yer. Macam mana nak ukur saiz coil? Ha, tengok bawah...
6. Untuk coil tertutup yang longgar, lepas gulung2 tu, lepaskan coil dalam pembaris ukuran bulatan macam di gambar. Lepas tu gam hujung kertas.
Baiklah, ini saja dahulu untuk kali ini. Insyaallah saya akan buat Tutorial untuk langkah-langkah dan bentuk-bentuk yang lain. Buat sementara itu, biasa-biasakan dengan bentuk tight coil dan close coil yer. Sampai jumpa lagi.
Salam Sayang, Salam Kretiviti.
Mariatul Qiptiyah
Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita "Sharing is caring"
sis nak beli peralatan buat quilling kat mana?
ReplyDeleteSalam Sis, alat quilling yang mana? jarum untuk menggulung tu ke? Kalau yg proper besi ada belahan kecil tu (yg mmg khas untuk quilling tu) saya beli di kedai kraf di 1 Utama. Alat ni mmg susah sikit nak cari. Tapi kalau jarum tajam yg mcm dlm gambar di atas, itu jarum cucuk jerawat. Senang dapat di kedai-kedai aksesori kecantikan. Yang belakangnya ada dawai bulat.
DeleteSis..nk beli alat paper shradder tu kat mana
ReplyDeleteSalam. Sis Zaujah tinggal di mana? Kalau di Semenanjung saya dah cr banyak tempat tak jumpa. Skrg saya dah pindah dan stay di Kuching, jumpa paper shredder tu di sini. Kalau nak order, boleh order dgn saya. Tp buat masa terdekat ni stok habis. Sedang tunggu stok sampai, dah ada saya akan publish di blog. :)
DeleteBrp anggaran kos paper shradder ?
ReplyDeleteThanks
Saya ada jual paper shredder tu dgn harga RM37.00 termasuk pos
Delete