Nota : P. Ramlee The Musical di persembahkan di Borneo Convention Centre pada 10 September 2013
Assalamualaikum...
Saya kira ramai yang berminat dengan Seni Teater terutamanya yang saya kelaskan sebagai Persembahan Berkelas Tinggi seperti Puteri Gunung Ledang, Natrah dan P. Ramlee The Musical. Persembahan-persembahan seperti ini biasanya dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ada apa dengan cerita teater ini? Begini, sebaik saja keluar dari hutan belantara di Kepulauan Borneo (ada macam filem Indiana Jones tak?) dan pulang ke Kuching, kami ternampak iklan berkenaan persembahan
P. Ramlee The Musical ini. Kami fikir ini adalah sesuatu yang jika boleh jangan dilepaskan. Ini adalah persembahan yang julung-julung kalinya diadakan di Bumi Kenyalang (pada pengetahuan saya). Iklannya kelihatan menarik, barisannya pelakonnya menarik, tiket percumanya lebih-lebih lagi menarik. Antara barisan pelakon utamanya adalah Tony Eusoff (P. Ramlee), Tiara Jacquelina (Norizan), Elly Mazlein (Saloma), Nadia Aqilah (Junaidah) dan Azrul Zaidi (Sukardi iaitu sahabat baik P. Ramlee)?
Teater ini memgisahkan perjalanan hidup P. Ramlee bermula dengan penyebabnya berhijrah ke Singapura meninggalkan Pulau Pinang dan cinta hatinya Azizah. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Junaidah, anak seorang pelawak yang ditemuinya di Malay Film Production. Walaubagaimanapun Junaidah pergi meninggalkannya kerana tidak tahan cemburu akan kepopularan suaminya. Di saat ini hadir Norizan yang berkorban hidup sebagai suri di istana dengan memilih berdamping di samping P. Ramlee. Ternyata Norizan seorang yang pandai menguruskan suaminya terutama perjalanan kerjaya P. Ramlee. Bintang P. Ramlee semakin bergemerlapan dengan Norizan di sisinya. Terlalu sibuk dengan kerja hingga tidak pedulikan isterinya menyebabkan Norizan curang dan penyebab perpisahan mereka. Akhirnya babak "When Remy Met Sally" adalah saat-saat berputiknya cinta antara P. Ramlee dan Saloma yang akhirnya menyatukan mereka hingga ke akhir hayat P. Ramlee. Akhirnya adalah kisah saat-saat namanya mulai pudar dan dilupakan.

Owh di sini adalah saat-saat saya kehilangan idea untuk menaip. Jadi kita lihat saja gambar-gambar yang sempat saya ambil ya.
P. Ramlee The Musical..Yahoooo!!! |
Sudah nak mula. Teruja! |
Erk, kecilnya! Kenapa nampak kepala saja? P. Ramlee tu pun nampak tinggi sebab dia berada di atas pentas babak 'Pesta Bukit Mertajam'. Jika tidak memang nampak kepala saja. Sungguh kecewa. |
Penggunaan 'props' memang sangat mengkagumkan. Penonton bersorak kagum apabila kepala keretapi ini meluncur masuk ke 'pentas'. |
Hari sudah lewat malam. Kami mahu pulang. 13 Sept. 2013 nanti kami datang lagi untuk P. Ramlee The Tribute Concert oleh Idris Sardi. Semoga ia boleh mengubat kekecewaan malam ini. |
Sampai sini saja dahulu ya. Salam Sayang...
Mariatul Qiptiyah.
Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino