Monday, 22 July 2013

Tutorial 1 : Peralatan asas Quilling

Teks : Mariatul Qiptiyah


Assalamualaikum, Salam mesra salam ceria pagi 14 Ramadhan. Pejam celik pejam celik sudah hampir separuh purnama kita menjalani ibadah puasa. Terasa macam baru seminggu saja mula berpuasa. Sekarang ini saya rasa masa begitu cepat berlalu tanpa kita sedari. Bila direnung-renungkan semula, ada ketikanya kita asyik berehat-rehat dan terleka hingga ditinggalkan dek masa. Orang lain sudah maju ke hadapan, sudah merasa kenikmatan berjaya hasil usaha mereka dari awal. Sedangkan kita pula asyik berangan-angan dan berkalau-kalau saja. Ibarat pungguk rindukan bulan.

Sebut pasal bulan, Masyaallah...Indah sungguh bulan malam tadi. Walaupun belum betul-betul penuh mengambang, bulatannya sudah cantik, cahayanya berseri-seri. Asyik sungguh merenung keindahan ciptaan Allah itu. Panjang umur malam ini dapatlah kita menatap keindahan alam itu lagi. Insyaallah.

Hari ini saya hendak memperkenalkan anda dengan peralatan yang biasa saya gunakan untuk membuat quilling. Peralatannya mudah saja. Mudah didapati di mana-mana kedai alat tulis dan kedai-kedai kecantikan. Ehhh, kedai kecantikan? Ya, jangan terperanjat. Jom kita tengok.

Ini adalah peralatan asas membuat quilling. Mengikut sususan dari kiri ke kanan : Gunting,
jarum menggulung, gam, pisau, pembaris seni (bulat) pembaris dan kertas.
Ini adalah alat khas quilling. Ianya boleh didapati di kedai-kedai kraf seperti di One Utama.
Harganya tidak murah kerana ia diimport dari luar negara. Namun, amat sedikit kedai kraf
yang boleh didapati di Malaysia ini. Selalunya penggemar quilling akan pesan dari internet
Hujung alat ini ada besi yang dibelah dua. Belahan besi itu hanya muat untuk sehelai kertas.
Kertas diselitkan di besi dan digulung menjadi 'coil'

Kenal ini apa? Setelah 'try and error' pelbagai peralatan, saya selesa menggulung 'coil' menggunakan alat ini. Ya, jarum yang digunakan mencucuk jerawat. Jangan risau, jarum ini saya beli khas dari kedai bukannya diguna semula.
Inilah alat yang dibeli dari kedai alat kecantikan.

Bagi mereka yang baru hendak mencuba-cuba membuat quilling, cara ini boleh digunakan.
Caranya, ambil setangkai lidi buluh pencucuk satay, belah hujungnya sedikit seperti
dalam gambar menggunakan pusau yang betul-betul tajam.
Jika pisau tidak tajam atau tebal, hujung buluh akan pecah. 

Baiklah, sampai di sini dahulu Tutorial Siri 1. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara-cara membuat quilling, bolehlah mencari alata-alat seperti yang saya sarankan. Saya akan ajar cara-cara asas quilling di tutorial yang akan datang. Jangan lupa sediakan dahulu peralatannya ya.

Salam Sayang, Salam Ramadhan.

Mariatul Qiptiyah

Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
 "Sharing is caring"


11 comments:

  1. wah, tak sabar nak belajar Quiling la, cikgu :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Heheheh, ya. Jomlah join. kalau berminat boleh sediakan alat2nya dulu. nanti tutorial 2 menyusul. Ada juga rakan2 saya (cikgu) yang belajar, nak buat dlm kelas dgn anak-anak murid kata mereka

      Delete
  3. Assalamualaikum pn Mariah...1st tahniah dan sgt kagum dgn kemahiran dan bakat yg ada pada diri anda. 2nd.bertambah kagum sbb sanggup berkongsi ilmu...sharing is caring..3rd.bolehkah kl saya copy gambar dlm blog ni untuk xtvt dng student n anak... tqvm.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Pn. Nzalina.
    1st...terima kasih sgt2. Alahai segan pula saya Pn. puji begitu. Sekadar minat dan mencuba2 lagi.
    2nd... Terima kasih sekali lagi..Alhamdulillah dan Insyaallah akan saya terus kongsikan ilmu yg sedikit ini. Yup..Sharing is caring :)
    3rd....Kalau untuk aktiviti dgn student dan anak2, silakan ,silakan. Semoga memberi manfaat kepada mereka dan ibu merangkap guru (Pn. Nzalina lah tu) :). Insyaallah akan saya usahakan entry berkenaan cara2 untuk buat aktiviti ini dengan kanak-kanak.

    Sharing is Caring.
    Happy Crafting :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..nk tnye..gune krtas ape ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafizah Nur...waalaikumussalam... Saya guna pelbagai jenis kertas. Ada kertas A4 100g pelbagai warna, ada kertas manila, ada kertas pembalut hadiah, ada sugar paper. Saya mencuba pelbagai kertas untuk cari keserasian yg terbaik. Cubalah :)

      Delete
    2. okey..thnk you akak.. :)

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...