Rujukan : Logos Hope
Hari Pertama saya pergi dengan kawan pejabat, Yana. Saya berkata pada Yana " Kita belum dapat naik bercuti atas cruise, kita dapat naik kapal parking ini pun jadilah" |
Hanya satu tempat saja dalam Malaysia pada kali ini. Hanya di Kuching. Kali terakhir Kapal Logos Hope ini singgah di Malaysia pada 2011 iaitu di Port Klang, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Apa itu Kapal Logos Hope? Kapal ini merupakan sebuah kapal laut besar yang menempatkan Pesta Buku Terapung Terbesar di Dunia. Mengunjungi lebih 58 pelabuhan di 45 buah negara seluruh dunia dan membawa lebih 5000 tajuk buku. 400 orang krew kapalnya adalah sukarelawan dari negara-negara tersebut.
Logos Hope adalah organisasi sukarelawan yang membantu menyebarkan ilmu pengetahuan, bantuan dan harapan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan pelbagai peringkat golongan orang yang bermasalah di negara-negara yang disinggahinya. Dikatakan disebalik organisasi ini adalah sebuah organisasi sebaran ajaran sebuah agama yang kukuh dan bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ajaran agama mereka. Ada beberapa rakan yang kongsikan pandangan mereka bertegas untuk tidak jejakkan kaki ke kapal ini. Pada saya pula, lawatan saya ke kapal ini adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman, mengambil pengajaran dan iktibar dari mereka.
Saya terfikir, alangkah bagusnya sekiranya anak-anak muda kita mempunyai semangat dan dedikasi yang tinggi seperti belia-belia Logos Hope. Setiap kali belayar, berbulan-bulan lamanya kre-krew ini di atas kapal. Malahan makan tahun juga. Mereka juga sangat terlatih, profesional dan mesra. Sempat juga salah seorang dari mereka berkongsi cerita bagaimana susahnya sisi latihan keselamatan mereka. Mereka dilatih terjun dari kapal, berenang di lautan, mengendalikan 'live boat' terbalik dan sebagainya.Tidak sangka kecil-kecil belia wanita mereka cili padi.
Mari melawat Pesta Buku Terapung Yang Terbesar di Dunia ini bersama saya. :-
Saya tersilap memakai sandal bertumit tinggi ketika memanjat tangga ini. Aduhai.... |
Permulaannya, pelawat diberikan taklimat ringkas mengenai Pesta Buku ini. Ruangan ini adalah replika 'Live Boat' seperti di kapal Titatic cuma ia lebih besar sedikit. (Rasanya besar banyak) |
Sesi taklimat ringkas Logos Hope. Jangan risau, tiada pelawat yang perlu terjun ke laut. |
Wajah-wajah sukarelawan dari seluruh dunia. |
Ruangan pameran. Bahagian masakan adalah tumpuan saya. Malangnya sangat terhad buku kraf yang dibawa sedangkan itulah matlamat utama saya ke sini. |
Siap untuk berlayar :) |
Replika bilik tidur para krew kapal. |
Encik Suami sebagai Kapten Kapal. |
Hampir sama kan? |
Setiap kali sampai ke satu-satu tempat saya pasti mencari barangan kraf seperti ini. Poskad ini adalah hasil tangan wanita-wanita pedalaman atau kurang bernasib baik di Philipines.
Maklumat Lanjut boleh didapati di Laman Web Logos Hope. Anda juga boleh melihat jadual pelayaran kapal ini, mana tahu ia akan singgah di tempat anda.
Salam Sayang, Salam Ramadhan.
Mariatul Qiptiyah
|
Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah ;)