Teks : Mariatul Qiptiyah
Assalamualaikum. Salam pagi 12 Ramadhan semua. Apa khabar pagi ini? Bersahur apa tadi? Semalam petang jiran sebelah rumah hantar 4 jenis lauk. Macam-macam ada; rendang daging ada, ayam masak kicap ada, telur rebus goreng dan Rebung Masak Lemak ala Sarawak. Masakan rebung adalah antara kegemaran saya. Lebih-lebih lagi rebung yang segar dipetik terus dari rumpunnya.
Di Kuching ini, rebung buluh merupakan antara sajian utama mereka terutama ketika kenduri kendara dan majlis perkahwinan.. Boleh dikatakan rebung terdapat di mana-mana pasar dan pusat-pusat jualan hasil kampung. Owh yer, rebungnya rebung segar tau. Mungkin kerana rumpun-rumpuan buluh banyak terdapat di kawasan-kawasan kampung, hutan, dan belukar di Sarawak khususnya du Kuching ini.
Cukuplah dahulu pasal makanan ini kan. Hari ini saya nak kongsikan koleksi Quilling Haiwan-haiwan saya. Koleksi ini adalah antara percubaan awal ketika mula-mula berkenalan dengan quilling 2 tahun yang lepas. Rasanya sangat seronok bila percubaan kali pertama ini menjadi. Daripada percubaan ini, saya sudah berjaya hasilkan beberapa kad ucapan bertemakan haiwan kegemaran. Jika ada yang berminat, anda boleh memilih mana-mana haiwan dan warna kegemaran anda untuk diletakkan di atas kad ucapan, mini poster atau sebagai hiasan bilik anak-anak. Tentu bilik dan anak-anak bertambah ceria. :)
Koleksi Quilling Haiwan-haiwan Comel saya. |
Love Birds. |
Hello Mr. Crab. |
Anak Kura-kura yang comel. |
Cepat, buat tempahan anda segera sebelum haiwan-haiwan kegemaran anda ini lari. Heheheh.
Salam Sayang, Salam Ramadhan.
Mariatul Qiptiyah
Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"
Sedap baca blog awak ni Qiptiyah! :)
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga terus seronok membaca :)
DeleteAppreciate your blog poost
ReplyDelete