Monday, 1 September 2014

Bunga Tangan Fabrik

Share it Please



Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 
Alhamdulillah tamat sudah tempoh rehat panjang saya selepas melahirkan Cik Qaseh Sara. Insyaallah kita pacu laju-laju usaha demi untuk membebaskan diri dari hutang dan mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga. 


Tidak lupa Bismillahirrahmanirrahiim, niat mulakan hari ini untuk berusaha mencari rezeki halal dan ilmu seterusnya kongsikannya sebanyak mungkin. Masih belum dapat berkongsi rezeki harta, kita kongsi rezeki ilmu dahulu.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini iaitu Bunga Tangan Fabrik.

Bunga tangan amat sinonim dengan pengantin baru tidak kira sama ada pengantin Melayu atau Cina atau India. Malahan ianya amat berkait rapat dengan pengantin Barat.

Ingatkan anda rupa bunga tangan pengantin dulu-dulu?

Dahulu bunga tangannya kecil saja dan biasanya diberikan oleh Mak Andam untuk menambahkan seri pengantin. Bunga tangan ini akan diberikan kepada pengantin lelaki sebelum berarak. Pengantin lelaki kemudiannya akan berikan bunga tangan ini kepada pengantin perempuan bila sampai di hadapan pelamin,

sumber gambar : Google

Bunga tangan dulu-dulu ringkas dan kecil saja. Ada beberapa helai daun sireh dan sekuntuk dua bunga segar. Kini bunga tangan telah berevolusi menjadi pelbagai bentuk dan warna. Ia tidak lagi diberikan oleh Mak Andam tetapi banyak yang disediakan oleh bakal pengantin sendiri.

Pelbagai bentuk dan warna bunga tangan boleh idapati ketika ini, Ada yang dibuat daripada bunga segar, bunga plastik, riben, manik dan juga kertas. Ia bukan saja menambahkan seri pengantin malahan pengantin tampak tidak lengkap tanpa bunga tangan.

Insyaallah, insyaallah. Akan saya kongsikan bersama koleksi Bunga Tangan Fabrik saya untuk perkongsian ilmu dan jualan sedikit masa nanti. Sekiranya ada pertanyaan boleh ajukan terus ke emel saya atau runangan komen di bawah ini. 


Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah






*******************************************************

APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ? 
Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, kami sudah mula menerima pendaftaran pelajar kelas borong telekung solat, juga pelajar pertama dalam kelas ebook premium.
Bergabung dengan kami 600 blog, 22 kelas online 12 guru dan 2 trainer kewangan bertugas. Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut :  

1. Kelas asas blog dan penulisan. 
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes. 
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif. 
4. Kelas beriklan mudah.my. 
5. Kelas borong telekung solat. 
6. Kelas penulisan ebook pertama. 
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga. 
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari. 
9. Sewa ruang iklan. 
10. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline. 
12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline. 

 Untuk mendaftar hubungi Pengurus Online ABDR Mariatul Qiptiyah Md Sah. 

Blog Panduan Kraf Riben dan Kertas :http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/ 
Email mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com Sms/Whatsapp 016-5534828

4 comments:

  1. kalau semua pengantin boleh buat sendiri dah jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, sebab tu kita kongsi ilmu kraf ni kat blog ni. Tapi kan Kak Mona, kalau nak tempah kat saya pun boleh juga.. :)

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...