Thursday, 10 April 2014

Untuk Dijual : Mini Perincih Kertas Kecil dan Besar

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah





Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Buat kaum wanita yang keluar bekerja di pejabat hari ini pastinya hebat bergaya dengan baju batik pelbagai warna dan fesyen. Tidak kurang hebatnya juga kaum Adam kerana inilah harinya mereka dapat bergaya lebih lari dari kebiasaan berbaju kemeja polos atau berjalur ringkas.

Hebatnya intro, jauh panggang dari api tajuk dengan intro baju batik ni. Sebelum pergi lebih jauh, mari kita lihat kembali apa yang hendak saya tunjukkan hari ini.



Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tidak sangka Mini Perincih Kertas (Mini Paper Shredder) mendapat sambutan hingga kehabisan stok. Malahan saya mendapat banyak pertanyaan dan permintaan pula untuk mesin mini. 

Dahulu saya juga seperti kawan-kawan pengamal kraf yang lain. Bersusah payah mencari mesin mini ini dari satu kedai ke kedai yang lain. Menjenguk dan mencari dari satu blog ke satu blog yang lain. Ada juga berjumpa namun sama ada sudah habis stok atau di laman blog luar negara. Bila lihat sahaja perlu berurusan peringkat antarabangsa ini, terbantut niat untuk membelinya. Sama ada disebabkan kekangan bahasa atau prosedur pembeliannya yang rumit dan leceh bagi kita.

Alhamdulillah, kini saya sudah berjumpa dengan jalannya. Saya sudah berjumpa dengan bekalan stok mesin mini ini. Dapatlah saya membantu kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkannya.


Mini Perincih Kertas (kecil) / Mini Paper Hand Shredder (small)
Harga RM 35.00 (termasuk pos)
Stok : 2 unit sahaja

Istimewanya, kali ini saya berjaya dapatkan  Mini Perincih Kertas untuk kertas saiz A4 penuh. Tidak perlu lipat dua kertas seperti dulu lagi. Kerja-kerja merincih dan memotong kertas untuk dibuat quilling pastinya lebih mudah dan menyeronokkan dengan mesin-mesin mini ini. Tidak perlu menggunting atau memotong menggunakan pisau lagi.


Mini Perincih Kertas (Besar)/ Mini Paper Hand Shredder (Big)
RM 55.00 (termasuk pos)
stok : 2 unit sahaja



Hendak tahu kegunaan lain Mesin Mini ini?

Tada!!!! Kawan-kawan kenal kuih/ kerepek yang sedap ini? Kalau dimakan sambil-sambil menonton TV, pastinya tidak sedar sudah luak sebalang.



Ya, saya juga ternganga kehairanan bila Cik Adik Cashier tu bercerita ada yang beli mesin perincih kertas (Mini Paper Shredder) ini untuk buat kuih gunting ini. Siapa sangka mesin mini ini serbaguna rupanya. Bukan saja boleh merincih kertas, malah boleh merincih tepung doh membuat kuih. 

Jadi saya buka tempahan ini kepada pembuat-pembuat kuih atau kerepek gunting ini untuk mencuba. Pastinya kerja-kerja menggunting doh mencadi lebih senang dan cepat. Malahan, kita boleh dapat jalur-jalur kerepek yang cantik dan sekata.

Hummm, agaknya apa lagi kegunaan mesin perincih mini ini ya?

Bagi yang berminat, anda boleh menghantar tempahan anda dengan mengisi Borang Tempahan. Sebelum itu mohon semak dengan saya sama ada stok masih ada atau tidak ya. Tempah Sekarang dengan klik icon di bawah.


Salam Sayang,
Happy Quilling :)

********************************

2 comments:

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...