Sunday 5 January 2014

Tutorial : Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Kertas

Teks : Mariatul Qiptiyah

Suami sudah bertanya-tanya bila kami nak mula buat bunga telur untuk Majlis Kesyukuran @ Cukur Jambul baby nanti. Alahai tak sabarnya dia. Katanya biarlah mula awal, tidaklah terkejar-kejar nanti. Bila dah tahu buat bunga telur sendiri ni, memang amat jarang sekali saya membeli bunga telur siap di kedai. Terutamanya untuk Majlis Perkahwinan dan Pertunangan saya sendiri, Majlis Perkahwinan adik perempuan saya hampir 3 tahun lepas dan hadiah untuk perkahwinan sepupu-sepupu. Terasa sangat puas hati bila hasil tangan sendiri terhias indah di sisi pelamin.

Alang-alang saya nak mencari-cari warna bunga yang sesuai, ada baik juga saya sedia dan kongsikan cara-cara membuat bunga yang mudah ini. Sememangnya bunga ini selalu menjadi pilihan saya dalam membuat bunga telur kerana ia mudah dan cepat menyiapkannya. Saya panggilnya Bunga Kekwa @ Chrysantemum Kertas.  Selamat Mencuba :)

Tutorial : Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Kertas

1. Bahan-bahan : 2 helai kertas crepe lain warna, dawai bunga saiz 30 dan gunting.
Saya lebih suka gunakan kertas crepe jenama ini kerana kertasnya lebih tebal dan kukuh.


2. Tanpa buka helaian crepe, potong crepe sepanjang 10cm.


3. Kemudian buka dan bentangkan kedua kertas crepe begini.


4. Lipat dua kertas crepe seperti dalam gambar.


5. Lipat dua lagi kertas crepe tadi dan gunting setiap lipatan di hujungnya.


6. Kita akan dapat 4 helaian bagi setiap warna seperti dalam gambar. 
Ambil 3 helai untuk setiap warna.


7. Susun kertas crepe tadi secara bertindih dan berselang-seli warna.


8. Potong dua seutas dawai bunga dan ketepikan.


 
9. Lipat kertas crepe yang sudah disusun secara lipat kipas atau 
selang-seli depan belakang selebar lebih kurang 1cm - 1.3cm.


10. Lipat secara lipat kipas hingga habis. Ikat lipatan kertas crepe 
dengan salah satu 1 dawai yang dipotong dua tadi. Ikat di tengah-tengah lipatan. 


11. Potong hujung lipatan kertas bentuk separa bulat atau 3 segi.


12. Jika dikembangkan ia akan jadi bentuk begini.


13. Buka helaian kertas crepe satu persatu seperti ini. 
Buka perlahan-lahan agar kertas tidak terkoyak.


14. Buka dan kembangkan setiap lapis kertas seperti ini.


15. Buka dan kembangkan helaian kertas kedua belah lipatan hingga habis. 
Siaplah sekuntum bunga kekwa. Anda boleh cuba dengan kertas bunga 1 warna sahaja jika suka.


Nampaknya saya dah dapat idea untuk bunga telur Majlis Cukur Jambul anak kami nanti. Pasti ia bertambah cantik dan berseri setelah ditambah riben dan manik-manik. Selamat Mencuba :)

Salam Sayang, Mariatul Qiptiyah

**********************************************
357 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,

komen atau emel untuk keterangan lanjut.

2 comments:

  1. wah,,,cantik la...nk try buat la..tq sharing

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak sertai kelas no 2 dan no 5 whatsapp saya 0127487236

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...