Friday, 3 January 2014

Semangat Untuk Terus Menulis

Share it Please


Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Google

Seperti air laut yang ada pasang surutnya, mood menulis blog juga begitu. Ada ketika jika dibiarkan terlalu lama, idea menulis blog jadi tumpul dan gelap. Mulalah rasa bertangguh-tangguh dan malas menjengah apatah lagi menulis blog itu muncul.

Saya juga tidak terlepas dari pasang surut mood menulis tu. Pernah satu ketika hingga berbulan blog (blog lama) tinggal tak dikemaskini hingga bersawang. Teruk bukan. Agaknya sebab itulah pengunjung pun naik bosan untuk datang singgah membaca lagi. 

Ingin saya kongsikan dua (2) cerita pembaca blog saya untuk kekalkan semangat saya dan untuk pemberi semangat kepada kawan-kawan penulis untuk terus menulis. 

Cerita 1

Baru-baru ini saya terima satu komen dari seorang pembaca yang tidak saya sangka. Kakak ini rupanya pembaca setia dari blog lama saya. Ini komennya :-

"Assalam...akak mula follow blog awk dr kuingin terbang ke awan. Impressed sgt dgn diet atkin awak. Akak pun follow. Alhamdullillah, berjaya buang berat badan. Terima kasih atas info yg diberikan. Keep on writing. U have no idea on the positive effects it has on others"

Cerita 2.

Blog saya terdahulu (www.kuinginterbangkeawan.blogspot.com) adalah blog rojak. Saya menulis apa saja yang saya suka dan terlintas di kepala. Masa itu, saya baru mengenal dunia blogging. Hampir setiap hari saya akan kemaskini entry di blog. Ada saja yang hendak di ceritakan. Perasan macam ramai sungguh pembaca yang menunggu-nunggu entry dari saya. Kelakar bukan.

Namun hakikat yang saya nampak bukan begitu. Saya nampak tidak ramai pengunjung ke blog saya dulu. Komen pun amat sedikit. Jika ada satu komen pun yang muncul gembiranya bukan kepalang kerana ia menandakan ada orang membaca dan memberi perhatian pada entry dan blog saya.

Satu hari, saya terima komen dari seorang pembaca mengatakan beliau baru terjumpa blog saya. Beliau mengatakan penulisan saya sungguh seronok dibaca hinggakan beliau mencetak semua entry saya dari entry pertama hingga yang terkini pada masa itu. Tidak silap saya masa itu saya sudah berblog hampir 3 tahun dan beratus entry yang telah saya keluarkan. Terkesima saya sebentar. Tebal manalah cetakan blog saya tu yer? 




Dari cerita-cerita saya di atas, saya belajar dan terus bersemangat untuk terus menulis. Tiada komen di blog kita tak semestinya tiada pembaca. Kurang bilangan pengunjung juga tidak bermakna tiada yang membaca langsung. Kita juga tidak dapat menjangkakan sejauh mana penulisan blog kita memberi kesan kepada orang di luar sana. Yang penting kita kena pastikan arah blog kita sentiasa positif agak ia memberi impak yang baik walau tanpa kita sedari.

Berapa ramai di antara kita yang terus saja menekan papan kekunci bertanya pada Si Google jika timbul kemusykilan? Sayalah di antaranya. Antara jawapan-jawapan pilihan saya tentunya di blog-blog penulis yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri. Tidak kisah apa jua topik. Dari masakan, tempat makan, membeli belah, kehamilan, percutian dan 1001 macam lagi kisah dan pengalaman. Jadi, teruskan usaha agar blog kita menjadi salah satu blog yang mampu memberikan jawapan dan ilmu kepada pembaca.

Buat diri saya sendiri dan kawan-kawan penulis semua....TERUSKANLAH MENULIS! Bak kata Sifu dan guru-guru Akademi Bekerja Di Rumah semua, pasangkan niat, tetapkan hati menulis blog untuk berkongsi ilmu dengan pembaca di luar sana. 

Ilmu yang bermanfaat adalah harta yang kekal bila kita pergi kelak. Insyaallah

Salam Sayang, 
Mariatul Qiptiyah Md Sah

**************************************************

350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas.
 Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

 1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
 4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

4 comments:

  1. Terima kasih Puan Maria atas kata-kata semangat yang diberikan. Ikhlaskan hati InshaAllah. Niat untuk sebarkan ilmu yang bermanfaat. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayrul Hidayah Mansor... sama-sama. Insyaallah, sebab tu saya selalu sebut-sebutkan dengan diri sendiri niat ikhlas untuk kongsi ilmu. Risau juga takut-takut terlari niat ikhlas tu. :)

      Delete
  2. =).alhamdulillah.. bila kita bersama dalam kelompok jemaah yang positif..keep up da good work

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, begitulah Sis Kizeewatty...Insyaallah moga berpanjangan usaha2 dan silaturrahim

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...