Teks : Mariatul Qiptiyah
Saya mula berblog sejak tahun 2003 lagi. Ya, hampir 10 tahun lamanya. Dalam satu geng blogger yang saya sertai, ada beberapa ahli yang memanggil saya Otai geng kerana lamanya saya sudah menjadi blogger.
Pada masa itu, tujuan saya berblog hanyalah untuk berkongsi pengalaman, jurnal online dan mencari rakan-rakan baru dengan menyertai geng tersebut. Melalui geng itu, saya berkenalan dengan ramai orang, pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Blog-blog mereka juga ada pelbagai ragam. Ada blog yang rojak, ada blog jurnal online, blog makanan, blog percutian dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan pelbagai jenis ilmu dan pengetahuan yang kita boleh perolehi dari blog, asalkan kita bijak memilih.
Sehinggalah awal tahun 2013 ini, saya mula melihat perubahan hidup sepupu saya Khairunnisa Hamzah. Saya lihat dia begitu fokus dan bersemangat dalam status-statusnya di Facebook dan postingnya di blog. Tidak kurang juga diselitkan seruan-seruan untuk menyertai dan belajar membuat blog secara online.
Sebelum ini, saya memang sudah berfikir-fikir bagaimana saya hendak perolehi pendapatan daripada blog dan mempunyai bilangan pembaca yang ramai sepertimana blogger yang lain. Sekian lama saya berblog, selain bertemu rakan geng blogger saya hanya perolehi kepuasan dalam berkongsi pengalaman. Tidak lebih dari itu.
Setelah berbincang dengan suami, saya sertai Kelas Blog Online di bawah kelolaan Khairunnisa. Asalnya saya hanya ingin belajar menghasilkan blog yang lebih baik dari blog saya terdahulu dan mampu menjana wang daripadanya. Saya juga fikirkan dengan sedikit bayaran yuran yang saya bayar, pembelajaran saya akan terhenti bila pembelajaran kelas berakhir. Logiknya, bayar yuran untuk Kelas, habis kelas selesailah semuanya.
Rupanya tidak. Tidak saya sangka faedahnya jauh lebih panjang dari sekadar sebuah kelas. Sebaik saja bergraduasi dari kelas, saya telah menghasilkan sebuah blog yang jauh lebih baik dari dulu. Blog yang lebih kemas, fokus, dan mampu menjadi platform untuk saya memulakan satu perniagaan online. Selain itu, sebagai graduan kelas saya telah diserapkan ke dalam Facebook Penulis Bebas dan Usahawan Online. Kemudiannya diserapkan pula ke dalam Akademi Bekerja Di Rumah.
Sekelip mata saya telah berada di antara jaringan penulis blog dan usahawan online seramai 300 orang yang berada dari seluruh negara. Walau tidak pernah bersua muka, bagai sebuah keluarga besar, kami masing-masing saling membantu dalam meningkatkan mutu blog dan taraf hidup kami.
Dengan konsep saling berkongsi ilmu dan kepakaran, masing-masing berlumba-lumba untuk menyumbangkan sesuatu demi kejayaan dan keutuhan Akademi. Ada yang menyumbangkan kepakaran dalam membuat poster promosi kelas dan produk digital akademi, ada yang menyumbangkan idea kata-kata untuk pasaran, ada yang membantu memperbaiki dan menambah baik blog kawan-kawan. Apatah lagi bantuan dalam mempromosikan blog ahli-ahli akademi. Bagai tidak percaya, blog baru saya yang baru berusia beberapa bulan sudah mempunyai ribuan pembaca.
Dengan ukhwah dan semangat saling membantu ini, saya yakin dan terus bersemangat untuk terus berusaha memajukan diri saya sendiri. Saya pegang kata-kata saya kepada suami apabila saya mohon izin menyertai kelas ini dahulu :
" Ini adalah usaha saya untuk memajukan keluarga kita juga. Ini adalah permulaan dan persediaan saya untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa kelak. Doakan saya berjaya ya ".
Ini adalah usaha kecil saya. Anda bagaimana? Dengan sebuah langkah mula dan sedikit pelaburan, Insyaallah kita akan perolehi faedah berpanjangan. Akademi sudah menunggu, jaringan rakan dan potensi pelanggan sudah ada, rakan-rakan sudah bersedia membantu, guru-guru juga sudah tidak sabar mencurahkan ilmu. Tinggal kita saja membuat keputusannya. Pasangkan niat, tetapkan hati, buka langkah anda sekarang.
Sekian dahulu, salam sayang
Mariatul Qiptiyah.
*******************************************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,
pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah ;)