Tuesday 16 July 2013

Bentuk Asas Quilling

Teks : Mariatul Qiptiyah




Assalamualaikum.

Hai hai hai! Apa khabar di Ramadhan ke 8 ini? Makin bersemangat atau sudah mula menghitung hari tibanya Hari Raya Aidilfitri. Ehhh, nanti dulu. Biarlah Ramadhan ini berlama-lamaan lagi. Inilah peluang kita mengaut sebanyak mungkin pahala. Teringat dahulu semasa bersekolah asrama, Ustaz kata kalau orang perempuan sedang uzur tidak dapat kumpul pahala dengan solat dan mengaji, pergilah tolong-tolong cuci toilet asrama, sapu-sapu sampah, kemas-kemas dorm. Itupun amal jariah, itu pun dapat pahala juga. Jadi seminggu dalam uzur tidaklah kosong terbiar sia-sia. Inikan pula kita kaum ibu yang sudah bergelar isteri. Semuanya ibadah, semuanya pahala asalkan ikhlas kerana Allah. Memandang wajah suami dengan kasih sayang pun dapat pahala. Apatah lagi menjaga makan pakainya, menghiburkan hatinya, mengemas rumah untuknya dan pelbagai lagi. Subhanallah!!!. Mudahnya kalau kita tahu caranya. Jadi, jangan rasa terbeban dengan Ramadhan. Kita mampu mengubah Ramadhan menjadi bulan mengutip pahala dengan seronok.

Panjang pula ceritanya. Berbalik kepada tajuk Bentuk Asas Quilling. Seperti yang saya terangkan dalam entry Apa Itu Quilling?, quilling adalah seni yang menggunakan jalur kertas yang digulung dan kemudiannya dibentuk menjadi bentuk-bentuk asas seterusnya dicantum-cantumkan menjadi pelbagai corak. Gambar di atas adalah bentuk-bentuk asas di dalam quilling. Menarik bukan? Nantikan entry saya seterusnya menerangkan apa yang boleh dihasilkan dengan bentuk-bentuk asas quiliing ini.

Salam sayang, Salam Ramadhan.

Mariatul Qiptiyah




Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"

6 comments:

  1. Assalamualaikum Qiptiyah, cantikknya kraf awakk! memang terangkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam NurulHusna..Alhamdulillah, terima kasih. Sampai terangkat gitu :)

      Delete
  2. Replies
    1. Syukur alhamdulillah. Boleh, insyaallah. tutorial akan diusahakan sedikit masa lagi :)

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...