Wednesday, 17 July 2013

Perkongsian Tazkirah Ramadhan

Teks : Mariatul Qiptiyah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru saja selesai hadiri majlis tazkirah Ramadhan di pejabat ini. Tahun ini masuk tahun ke dua pihak jabatan mengadakan sesi tazkirah Ramadhan untuk semua kakitangan. Tazkirah diberikan oleh Ustaz-ustaz jemputan dari masjid-masjid sekitar Kuching. Alhamdulillah, seronok sangat dapat hadir majlis-majlis ilmu macam ni dan tambah-tambah seronok saya tidak mengantuk malahan mudah untuk mendengar dan faham isi kandungan tazkirah tu. Bila kita tanamkan minat dalam diri, Alhamdulillah menjadi.

Bukan apa, saya ini dahulunya pantang kalau dengar sebarang ucapan awam ini. Baik ceramah, tazkirah ataupun ucapan-ucapan memang tidak lepas dari rasa mengantuk malahan tertidur.Malu pun ada, terasa rugi pun ada. Alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih.

Dalam tazkirah Ramadhan hari ini, saya dapat beberapa ilmu baru. Suka saya nak kongsikan di sini moga-moga jadi ilmu yang bermanfaat. Insyaallah kan.

1. Ustaz tu dahulunya rabun. Sekarang beliau sudah tidak bercermin mata. Tipsnya, bila pergi ke Mekah untuk umrah atau haji, tatap Baitullah itu sepuas-puasnya, sedalam-dalamnya. Lagi, amalkan minum jus lobak merah setiap hari.

2. Petua untuk Ibu-ibu yang punya anak lambat jodoh. Caranya pada malam-malam hari, Ibu duduk@berdiri mengadap pintu atau tingkap yang terbuka atau tertutup. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 1000x, azan, doa selepas azan, BERDOA mohon anak dipertemukan jodoh, kemudian baca Surah Al-Kauthar sebanyak-banyaknya.

3. Ada 5 jenis pahala kehadiran Solat Jumaat.
a. Saf yang hadir pertama awal pahala menyamai nilai seekor unta (RM8,000.00)


b. Saf yang hadir kedua awal menyamai nilai seekor lembu (RM3,500)


c. Saf yang hadir ketiga awal menyamai nilai seekor kambing (RM800.00)


d. Saf yang hadir keempat awal menyamai nilai seekor ayam (RM20)


e. Saf yang hadir selepasnya (geng tangga masjid ni) menyamai nilai sebiji telur ayam.


Hasil bacaan di internet ada yang menyatakan turutan awal itu seperti berikut :-

a. 8.00-9.00 pagi
b. 9.00-10.00 pagi
c. 10.00-11.00 pagi
d. 11.00-12.00 tengahari
e. 12.00 tengahari - azan pertama.

4. Pahala solat berjemaah di masjid bukan saja 70 (pahala solat di bulan Ramadhan) x 27 (pahala solat berjemaah). Malahan didarabkan lagi dengan jumlah jemaah pula. Kalau di Masjidil Haram ada 1-2 juta jemaah. Subhanallah, banyaknya pahala.

5. Qada' Puasa Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan anak :-

a. Jika Ibu Mengandung tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan dirinya sendiri Ibu wajib Qada' puasa sahaja.
b. Jika Ibu Mengandung tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan, Ibu wajib Qada' puasa dan bayar fidyah.
c. Sekiranya Ibu Menyusukan anak tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan dirinya, ibu wajid Qada' puasa sahaja.
d. Dan sekiranya Ibu Menyusukan anak tidak berpuasa kerana bimbangkan keduanya, wajib ibu itu Qada' puasa dan bayar fidyah.

Semoga perkongsiam ilmu ini dapat beri manfaat pada kita.
Semoga terus seronok dan semangat beribadah di Ramadhan ini.
Salam Sayang, Salam Ramadhan.
Happy Fasting :)




Siapa sangka berkreativiti dapat menjana bahagia dan gembira dalam hidup kita
"Sharing is caring"

2 comments:

  1. p/s: Jangan lupa catit di mana-mana ye yang kita perlu ganti puasa berapa hari. huu.. dan catit juga berapa hari yang sudah diganti. :)

    Masa raya nanti, sama-sama kita qadha' puasa. kalau kita kena qadha' puasa sampai 7 hari. Walau kita niat qadha', pahala puasa 6 pun masih dapat juga. Janji kita niat qadha' puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh..insyaallah. Terima kasih ingatkan. Setakat ni belum lg batal puasa. Kebetulan suami baru sebut ajak puasa 6 bersama tahun ni. Bolehlah qada' puasa sekali.

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...