Wednesday 18 December 2013

Tutorial : Riben Bebola (Upacara perasmian/potong riben)

Teks : Mariatul Qiptiyah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin kongsikan tutorial membuat riben bulat yang biasanya digunakan untuk hadiah atau upacara perasmian atau acara potong riben. Saya panggil ia Riben Bebola kerana ia berbentuk bulat setelah siap. 

Masih ingat lagi entry saya tentang Berjimat Dengan Kraf Riben Mudah? Salah satu dari kraf riben mudah yang saya maksudkan adalah Riben Bebola ini. Setelah anda mencubanya, bolehlah digunakan sebagai hiasan hadiah atau pengikat langsir di rumah. Cubalah, hadiah dan rumah anada lebih menarik dan ceria.


Tutorial Riben Bebola


1. Alat-alat diperlukan : Gunting, riben besar saiz 2inc dan riben kecil untuk ikat





2.  Mula-mula guntingkan riben kecil sepanjang kira-kira 2 jengkal.
 (tiada ukuran tepat diperlukan) Ketepikan.




3. Ambil riben besar dan gulung mengikut besar bebola riben yang diinginkan. 
Dalam tutorial ini, cuba saiz kira-kira sejengkal. 
Mula-mula lipat hujung riben sepanjang sejengkal.




4. Gulung riben seperti dalam gambar sehingga 15 kali pusingan. 
Potong hujung riben yang selebihnya.




5. Pegang dan lipat hujung gulungan riben seperti dalam gambar. 
Kemudian gunting  kedua belah sudut hujung riben. 
jangan sampai sudut bertemu dan riben terputus. 
Panjang potongan adalah kira-kira 1 inci atau 2 cm.



6. Potong hujung kedua belah riben seperti dalam gambar.




7. Dengan cermat, temukan hujung riben yang telah digunting tadi seperti ini. 
Jangan sampai gulungan riben terbuka. (Rujuk gambar di atas dan di bawah)






8. Ikat gulungan riben dengan riben kecil yang dipotong mula-mula tadi. 
Ikat ketat-ketat ditempat yang dipotong tadi. 




9. Kemudian tarik riben selapis demi selapis bermula dari bahagian dalam. 



10. Tarik dan keluarkan semua lapisan seperti dalam gambar. Tarik dan kembangkan sehingga menjadi bebola. Sekiranya kelopak nampak jarang dan tidak membentuk sebiji bola bulat, buat semula dan tambah bilangan gulungan. Jenis riben atau lebar riben atau besar bebola riben yang berlainan memerlukan bilangan gulungan yang berlainan. Bebola riben ini juga sesuai dibuat menggunakan riben plastik.

Selamat Mencuba!

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah


1 comment:

  1. Thanx a lot for this tutorial... Really helpful...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...