Tuesday 26 November 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Mariatul Qiptiyah




Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Ya, inilah Logo Akademi Bekerja di Rumah yang baru. Sepertimana logo barunya yang amat menarik, Akademi ini juga tidak kurang hebatnya. Saya merupakan salah seorang daripada 200 penulis blog yang bergabung dalam Akademi secara online ini. kami terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada isteri/ibu yang berkerjaya seperti saya atau isteri/ibu yang menyimpan azam untuk menjadi WAHM sepenuh masa atau mereka yang telah berjaya menjadi WAHM dan mempunyai SOHO mereka sendiri. 

Selain daripada itu, setiap ahli akademi ini mempunyai pelbagai kemahiran dan fokus blog yang tersendiri. Dengan hubungan (atas talian) yang terjalin di antara setiap ahli, kami dapat bertukar-tukar fikiran, berkongsi ilmu dan memperkasakan perniagaan kami hanya di hujung jari. Mudah dan seronok bukan.


Akademi Bekerja Di Rumah ditubuhkan hasil pembelajaran membina platform perniagaan/ perkhidmatan/ perkongsian ilmu melalui Blog sebagai salah satu cara membina jaringan network dengan penulis online dan usahawan yang lain serta pembaca yang seterusnya menjadi pelanggan.


Akademi ini menawarkan Kelas Asas Blog di mana 10 Guru Online sedang bertugas dibantu oleh Pembantu Kelas Asas Blog seperti saya. Setelah peserta tamat dan bergraduasi dari Kelas Asas Blog ini, peserta diserap terus ke dalam Akademi Bekerja Di Rumah secara automatik dan bergabung dengan 200 blogger yang lain dan bilangan ini bertambah dari masa ke semasa. 





Anda punya niat dan keazaman seperti kami di Akademi Bekerja di Rumah? Mulakan langkah pertama anda dengan menyertai Kelas Asas Blog ini. Usaha, keazaman, doa dan tawakkal Insyaallah impian kita akan tercapai.

Sila hubungi saya di emel mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com atau tinggalkan komen anda di entri ini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Selamat Berjaya!

Terima kasih.

Pakej Kelas Asas Blog Bulan November

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Mari-mari! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang dari Ahli Akademi Berniaga dari Rumah. Bagaimana caranya? Sertai Kelas Asas Blog dengan rebut tawaran hebat Pakej Kelas Asas Blog Bulan November ini.


PAKEJ KELAS ASAS BLOG BULAN NOVEMBER
Harga pakej sebenar RM155 (ebook) + RM130 (yuran kelas)= RM 285
Untuk November kita bagi RM200 sahaja




Apa yang dapat untuk kelas:

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.


  1. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  2. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  3. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  4. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  5. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu   aliran trafik ke blog.
  6. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  7. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  8. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.




Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

  1. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
  2. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
  3. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di   akademi bekerja di rumah.
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
  5. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan   permintaan demi permintaan.
  6. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
  7. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
  8. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari 





BAGAIMANA KELAS DIJALANKAN?

  • Kelas adalah secara online 100%!
  • Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
  • Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti
  • Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir
  • dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca 
  • Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online
  • Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
  • Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai
  • Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog
  • Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.




Baca pandangan (review) Kelas Asas Blog di :- Review Kelas Asas Blog

 atau 

di Blog Guru Online Kelas Asas Blog Khairunnisa Hamzahara di :- Testimoni Kelas

Untuk masuk kelas boleh daftar di sini: Borang Tempahan 




Thursday 21 November 2013

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam : Pengubat hati bakal bonda yang sedang mabuk

Teks : Mariatul Qiptiyah


Sedang saya khusyuk mencari-cari dan membaca ilmu pasal kehamilan dari internet, saya terjumpa dengan ini. Senarai Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam. Setelah membaca dan memahaminya, ia sangat-sangat membantu menyejukkan hati yang sedang gundah kerana mabuk hamil ni. 

Terkadang terlepas juga keluhan dari mulut saya bila rasa tak tertahan dengan mual-mual dan muntah-muntah ini. Syukur Alhamdulillah Encik Suami sangat-sangat membantu baik dari segi kerja-kerja rumah dan sokongan moral. 

Semua kerja rumah beliau yang  siapkan. Saya antara isteri yang bertuah dapat suami yang suka dan pandai memasak. Malah dia jauh lebih pandai dari saya. :) Balik dari kerja dan sampai ke rumah saja saya hanya mampu berbaring dan rehat saja. Tambah-tambah pula ketika Encik Suami memasak saya terpaksa berkurung di dalam bilik kerana tidak tahan dengan bau masakan. Jadi, saya hanya perlu fikirkan dan risaukan kandungan dan mabuk saya saja, tanpa memikirkan kerja-kerja rumah yang lain. 

Baiklah, semoga senarai kemuliaan di bawah dapat menyejukkan hati dan menguatkan semangat anda juga. Buat yang wanita, berbahagialah dengan kemuliaan yang dikurniaan buat kita. Buat yang lelaki, hiburkanlah hati isteri anda dengan kemuliaan-kemuliaan ini. Semoga hidup kita dilimpahi bahagia. Ameen.


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah

Thursday 14 November 2013

Kad Ucapan Buatan Tangan : Punya Makna Tersendiri

Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Sumber Google


Assalamualaikum.

Salam Sejahtera semua. Semoga ceria-ceria saja hari ini walau di mana jua kalian berada. 
Hari ini genap usia kandungan saya 12 minggu. Alhamdulillah, gembira tidak terkata dengan kurniaan Allah ini. Akhirnya, berpeluang juga saya dapat merasa nikmat saat-saat menjadi atau sedang menuju menjadi seorang ibu. Saya berkahwin agak lambat di kala usia mencecah 30-an. Jadi lewat juga saya dapat merasa detik-detik istimewa ini. Dengan pengalaman yang telah saya tempuhi, saya berharap sangat agar teman-teman yang masih belum berumahtangga atau masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata agar tidak berputus asa. Teruskanlah berharap, berdoa dan berusaha. Insyaallah rezeki itu akan tiba. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Sabar ye.

Owh yer, berbalik kepada topik saya hari ini, berkenaan Makna Tersendiri di sebalik Kad Ucapan Buatan Tangan. Anda pernah menerima kad ucapan buatan tangan sama ada dari kawan-kawan, atau pasangan atau anak-anak anda sendiri? Walau ada kadnya yang tidak kemas, tulisan comot-comot pula, atau kad dan coraknya senget pula, namun ia jauh lebih bererti daripada menerima kad ucapan bercetak yang dibeli di kedai-kedai kan? 

Ini adalah kerana kad tersebut telah dibuat khas untuk anda. KHUSUS UNTUK ANDA. Setiap lekok, setiap guntingan, setiap warna dan huruf di atasnya semuanya untuk anda sahaja. Walaupun ianya amat ringkas namun maknanya besar sekali.

Jadi, tiada salahnya mulai hari ini anda membuat kad ucapan anda sendiri untuk diberi kepada sesiapa saja yang anda sayangi. Jika masih tiada masa atau buntu membuatnya, anda boleh menempahnya dari rakan-rakan yang pandai atau dari mereka yang mahir membuat kad-kad seumpama ini. Asalkan kad itu tetap saja dibuat khas untuk Si Penerima iaitu insan yang anda sayangi. Tentu saja ia dapat mengukir senyuman manis di bibir penerima.

Di sini saya kongsikan beberapa contoh gambar-gambar kad buatan tangan bagi mencetuskan inspirasi buat anda. Selamat mencuba!






Wednesday 13 November 2013

Morning Sickness Dan Saya

Teks : Mariatul Qiptiyah


Pernah saya tanya, mengapa ianya dipanggil Morning Sickness sedangkan sakit mabuknya datang pagi, petang, siang dan malam? Seorang kawan beritahu ianya dipanggil Morning Sickness sebab melambangkan sakit mabuk di awal kehamilan. Jadi Morning di sini bermaksud awal. 

Hampir semua ibu-ibu hamil mengalami sakit mabuk ini terutamanya di awal kehamilan. Ada juga yang terpaksa menghadapi sakit mabuk ini sehingga melahirkan. Nauzubillahiminzaliq. 

Sudah beberapa kali saya melawat klinik memohon MC. Tiada ubat mana yang diberikan hanya ubat buang angin dan losyen kulit kerana satu badan alami ruam2 yg tidak kurang hebatnya. Hanya rehat sajalah yang doktor nasihatkan. Bak kata seorang doktor yang saya temui, beliau ada tema tersendiri untuk ibu-ibu hamil ini iaitu " Untuk Ibu Hamil, sekiranya ada apa-apapun, selagi boleh bertahanlah di situ". Maksudnya, selagi boleh, tak kira sakit apapun, atau tidak larat bagaimanapun, BERTAHANLAH!

Dalam keadaan ni, mulalah hati ini berkata-kata sendiri, alangkah mudahnya sekiranya saya sudah menjadi suri rumah atau WAHM sepenuh masa. Serba salah juga terpaksa mengambil cuti sakit kerap kalinya. Stress pun bertambah kerana bos sudah berbunyi. Terbayangkan wajah bos pun sudah stress jadinya. 

Sabarlah saya hendaknya. Seorang rakan sekerja kata " Tidak thrill lah mengandung tak morning sickness " 
Alahai, thrill tu thrill juga. Doa saya moga morning sickness ni segera berlalu. Doakan saya dan kandungan sihat sejahtera ya. Terima kasih semua.

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...