Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Sumber Google
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera semua. Semoga ceria-ceria saja hari ini walau di mana jua kalian berada.
Hari ini genap usia kandungan saya 12 minggu. Alhamdulillah, gembira tidak terkata dengan kurniaan Allah ini. Akhirnya, berpeluang juga saya dapat merasa nikmat saat-saat menjadi atau sedang menuju menjadi seorang ibu. Saya berkahwin agak lambat di kala usia mencecah 30-an. Jadi lewat juga saya dapat merasa detik-detik istimewa ini. Dengan pengalaman yang telah saya tempuhi, saya berharap sangat agar teman-teman yang masih belum berumahtangga atau masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata agar tidak berputus asa. Teruskanlah berharap, berdoa dan berusaha. Insyaallah rezeki itu akan tiba. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Sabar ye.
Owh yer, berbalik kepada topik saya hari ini, berkenaan Makna Tersendiri di sebalik Kad Ucapan Buatan Tangan. Anda pernah menerima kad ucapan buatan tangan sama ada dari kawan-kawan, atau pasangan atau anak-anak anda sendiri? Walau ada kadnya yang tidak kemas, tulisan comot-comot pula, atau kad dan coraknya senget pula, namun ia jauh lebih bererti daripada menerima kad ucapan bercetak yang dibeli di kedai-kedai kan?
Ini adalah kerana kad tersebut telah dibuat khas untuk anda. KHUSUS UNTUK ANDA. Setiap lekok, setiap guntingan, setiap warna dan huruf di atasnya semuanya untuk anda sahaja. Walaupun ianya amat ringkas namun maknanya besar sekali.
Jadi, tiada salahnya mulai hari ini anda membuat kad ucapan anda sendiri untuk diberi kepada sesiapa saja yang anda sayangi. Jika masih tiada masa atau buntu membuatnya, anda boleh menempahnya dari rakan-rakan yang pandai atau dari mereka yang mahir membuat kad-kad seumpama ini. Asalkan kad itu tetap saja dibuat khas untuk Si Penerima iaitu insan yang anda sayangi. Tentu saja ia dapat mengukir senyuman manis di bibir penerima.
Di sini saya kongsikan beberapa contoh gambar-gambar kad buatan tangan bagi mencetuskan inspirasi buat anda. Selamat mencuba!
Maria..sy nk tempah kad boleh?? Please2.. Hubungi sy.. Erni 010-4625318
ReplyDelete