Teks : Mariatul Qiptiyah
Sedang saya khusyuk mencari-cari dan membaca ilmu pasal kehamilan dari internet, saya terjumpa dengan ini. Senarai Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam. Setelah membaca dan memahaminya, ia sangat-sangat membantu menyejukkan hati yang sedang gundah kerana mabuk hamil ni.
Terkadang terlepas juga keluhan dari mulut saya bila rasa tak tertahan dengan mual-mual dan muntah-muntah ini. Syukur Alhamdulillah Encik Suami sangat-sangat membantu baik dari segi kerja-kerja rumah dan sokongan moral.
Semua kerja rumah beliau yang siapkan. Saya antara isteri yang bertuah dapat suami yang suka dan pandai memasak. Malah dia jauh lebih pandai dari saya. :) Balik dari kerja dan sampai ke rumah saja saya hanya mampu berbaring dan rehat saja. Tambah-tambah pula ketika Encik Suami memasak saya terpaksa berkurung di dalam bilik kerana tidak tahan dengan bau masakan. Jadi, saya hanya perlu fikirkan dan risaukan kandungan dan mabuk saya saja, tanpa memikirkan kerja-kerja rumah yang lain.
Baiklah, semoga senarai kemuliaan di bawah dapat menyejukkan hati dan menguatkan semangat anda juga. Buat yang wanita, berbahagialah dengan kemuliaan yang dikurniaan buat kita. Buat yang lelaki, hiburkanlah hati isteri anda dengan kemuliaan-kemuliaan ini. Semoga hidup kita dilimpahi bahagia. Ameen.
KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Salam Sayang,Mariatul Qiptiyah
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino