Wednesday, 11 December 2013

Berjimat Dengan Kraf Riben Mudah

Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Google

Sejak mula bekerja, saya suka melibatkan diri dengan pengurusan majlis-majlis rasmi atau keramaian seperti majlis perasmian, majlis perpisahan dan pelbagai majlis lain yang dianjurkan oleh jabatan. Saya amat suka meneliti dan terlibat dengan penyedian-penyediaan rencam seperti atucara perasmian itu sendiri, hiasan pentas dan dewan, penyediaan cenderamata atau penyediaan hadiah-hadiah cabutan bertuah. Setelah diamati, rupanya saya tertarik minat dengan sesuatu yang diolah dan digubah daripada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang cantik dan menarik.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman ini, beberapa kali juga hati saya merasa terkilan. Ini kerana, sesuatu perkara yang saya kira amat mudah dan mampu dibuat sendiri telah diserahkan kepada konsultan atau ejen sehingga dikenakan bayaran yang mahal. Contohnya acara memotong riben dihiasi 'confetti' dan alunan muzik dikenakan bayaran hingga ribuan ringgit. Alangkah ruginya kata hati saya kerana saya kira modalnya amat sikit dan mampu dibuat sendiri sekiranya kita pandai.

Saya belajar membuat riben bulat yang digunakan dalam acara potong riben daripada seorang konsultan lelaki yang diberi kontrak menyiapkan simbolik perasmian satu majlis jabatan. Saya ralit meneliti tangannya pantas menggulung riben tanpa dia sedari. Apabila pulang ke rumah, saya mencuba pula sendiri berdasarkan pemerhatian saya tadi. ternyata ianya memang tidak sesusah yang disangka. Sejak itu, saya banyak mengaplikasikan kraf mudah ini dalam kehidupan harian saya.

Sejak itu, saya sering berkongsi idea ini dengan kawan-kawan dan keluarga. Saya mengajak mereka mencuba dan menggunakan kraf riben yang mudah bagi menjimatkan perbelanjaan dan menceriakan satu-satu keadaan atau ruang. Saya kongsikan beberapa idea kraf riben mudah yang kita boleh gunakan sehari-hari. Selamat Mencuba !!!

  
1. Riben sebagai langsir.







 2. Riben sebagai hiasan menggantung gambar




3. Riben digunakan sebagai pengikat langsir. Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh mengikat riben sahaja di langsir tanpa hiasan tambahan lain. 








4. Riben sebagai hiasan/tirai bilik atau parti jamuan harijadi.





5. Riben di dalam upacara perasmian jabatan atau butik. 





6. Sangat comel kan? Saya pasti ibu-ibu akan seronok bereksperimentasi dengan riben berwarna-warni dan dijadikan sebagai hiasan rambut si gadis kecil.






7. Riben sebagai hiasan di Hari Perkahwinan. Mudah saja, realisasikan iamginasi anda. Indah bukan?






 8. Riben sebagai pengikat kotak hadiah. Walau sekecil mana atau seringkas mana hadiah yang ingin diberikan, pasti akan lebih cantik jika diikatkan dengan riben comel seperti ini. Ikatkan sekotak coklat yang anda beli di 7 Eleven dengan riben dan hadiahkan kepada Si Dia. Pasti ia tampak lebih indah dan bermakna berbanding hanya memberikan sekotak coklat kosong begitu saja. 




Bermacam-macam lagi idea yang boleh digunakan dengan kraf riben yang mudah. Ikatkan rambut anak gadis anda dengan riben pink, pasti dia akan tampak manis sekali. Ikatkan riben pilihan hati di pasu lama anda yang tampak kusam. nah, ia tambah cantik bukan? Buatlah sendiri hiasan jamuan harijadi anak anda, pasti lebih murah dan memuaskan hati kerana ia adalah hasil air tangan anda sendiri berbanding membayar orang lain membuatnya.

Selamat Mencuba dan Bereksperimentasi :)

4 comments:

  1. Replies
    1. Boleh juga. Samada gantung riben warna pilihan di sekeliling lampu atau berkreatif cipta tenda lampu anda sendiri. Selamat Mencuba!

      Delete
  2. Assalam...akak mula follow blog awk dr kuingin terbang ke awan. Impressed sgt dgn diet atkin awak. Akak pun follow. Alhamdullillah, bjaya buang berat badan. Terima kasih atas info yg diberikan. Keel on writing. U have no idea on the positive effects it has on others.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Rozana. Wahh, tak sangka ada yg minat membaca penulisan saya ni. Alhamdulillah, tahniah buat Kak Rozana berjaya turun berat. Gembira mendengarnya (ops, baca).
      Buat masa ni saya tak Atkins lg kerana sedang pregnant, Tp kalau ada apa2 nanti akak boleh tanya, insyaallah saya cuba bantu.

      Terima kasih kak, Insyaallah dgn niat untuk berkongsi ilmu saya yg tak seberapa ini saya akan teruas menulis. Terima kasih sekali lagi kak Rozana :)

      Delete

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...