Teks : Mariatul Qiptiyah
Sumber rujukan : E-book 101 Idea Home-Based Bisnes
10 Idea Bisnes makanan
1. Menjual sarapan pagi
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.
Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.
Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.
Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.
Di atas adalah salah satu cetusan idea perniagaan dari rumah yang dimuatkan dalam E-book terbaru Puan Masayu iaitu 101 Idea Home-Based Bisnes. Kandungan E-book ini ringkas tetapi padat dan sarat dengan idea-idea yang saya kira boleh memberikan inspirasi kepada anda yang masih tercari-cari produk bagi memulakan perniagaan dari rumah tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.
Saya dihujani beberapa pertanyaan dari beberapa sahabat yang ingin belajar membuat blog menerusi Kelas Asas Blog seterusnya menyertai Akademi Bekerja di Rumah tetapi masih tidak mempunyai produk untuk di pasarkan. Ternyata E-book ini dapat memberikan idea buat mereka yang masih belum ada produk sendiri atau sesiapa yang sudah mempunyai produk-produk tersebut namun tidak sedar ia boleh dijadikan sebuah perniagaan.
Siapa yang patut memiliki E-book 101 Idea Home-Based Bisnes ini?
- Anda seorang suri rumah sepenuh masa yang sedang tercari-cari pendapatan sampingan daru rumah?
- Anda seorang bapa sepenuh masa dan ingin memperolehi pendapatan dan mengisi masa lapang?
- Anda seorang suri rumah yang bekerja dan ingin memulakan perniaagaan sampingan?
- Anda yang bercita-cita untuk berhenti kerja dengan majikan dan menjalankan perniagaan secara online?
- Anda mempunyi hobi dan ingin menukarkannya menjadi pendapatan?
Ya, andalah orangnya!
Rebutlah peluang keemasan ini. Dapatkan E-book ini segera dengan mengisi Borang Tempahan dan maklumkan pada saya. Hanya RM 50.00 sahaja. Dapatkannya segera.
Sedikit petikan lagi daru E-book 101 Idea Home-Based Bisnes :-
Bisnes kreatif
16. Kraftangan
Perkongsian pengalaman Mariah Qiptiyah menjadikan seni kraf tangan berasas riben dan kertas. Saya menyedari rupanya meminati Seni Kraf terutamanya berasaskan riben dan kertas. Semuanya bermula sejak 10 tahun yang lepas. Dengan membantu teman serumah membuat bunga telur dan menjahit labuci baju untuk majlis perkahwinannya sendiri, sedikit demi sedikit saya mula cuba membuat sendiri bunga telur untuk majlis perkahwinan adik dan sepupu-sepupu. Kadang-kadang ada juga mengambil tempahan dari kawan-kawan. Seronok juga rasanya.
2 tahun lepas, saya mula mengenali salah satu seni kertas dari internet iaitu Quilling. Sejak itu, membuat kad dan hiasan Quilling menjadi hobi saya. mengapa sekadar hobi? Kerana saya masih dalam kekangan masa bekerja di pejabat. Saya mengidamkan saya dapat mengembangkan hobi-hobi ini dengan lebih meluas seterusnya dapat membantu saya meningkatkan kualiti diri dan hidup kami sekeluarga. Dengan kraf, kita dapat mengekpresikan perasaan kita, mengembangkan daya kreativiti kita seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan kualiti hidup kita.
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/2013_06_01_archive.html
Nama Pemilik Perniagaan : Mariatul Qiptiyah Md Sah
Nama Perniagaan : Kraf Riben dan Kertas
Alamat Perniagaan : Kuching, Sarawak
Alamat Blog Perniagaan : http://mariatulqiptiyah.blogspot.com
Email : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Panduan-Kraf-Riben-dan-Kertas/594557030564388
Maklumat Tambahan :
Menerima tempahan kad ucapan Quilling,
Menerima tempahan produk-produk quilling,
Menerima Tempahan Bunga telur
Menerima Tempahan gubahan hantaran
Ya ini adalah petikan dari blog saya. Alhamdulillah, saya telah sampai ke tahap ini. Bermula daripada mencuba-cuba menjadi hobi mengisi masa lapang dan kini menjadi sebuah perniagaan. Sekiranya anda ingin menjadi seperti saya, apa tunggu lagi? Dapatkan E-book ini dan sertai Kelas Asas Online yang ditawarkan. Jangan bertunggu-tunggu, jika kita tak mula membuka langkah hari ini, selamanya kita hanya akan berdiri di tempat yang sama. Berusahalah!!!
Salam sayang,
Mariatul Qiptiyah
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah ;)