Tuesday 29 April 2014

Gedung Kraf Spotlight

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Rujukan : http://www.spotlight.com.my/




Assalamualaikum. Alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga kawan-kawan saya sihat-sihat sahaja hari ini. Hari ini saya nak kongsikan satu berita baik untuk para pengamal dan penggemar kraf. Baru-baru ini saya telah mendapat emel berkenaan kedatangan sebuah Gedung Kraf yang terkemuka akan dibuka di Malaysia.

Sebuah Gedung Kraf Antarabangsa bernama Spotlight akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Gedung ini adalah Gedung Kraf, Parti, Jahitan, Fabrik dan Perhiasan Dalam Rumah yang terbesar di New Zealand, Australia dan Asia. Pelbagai peralatan dan bahan-bahan kraf serta hiasan dalaman bakal dijual di sini. Saya berharap agar alat-alat kraf terutamanya Kraf Quilling akan mudah diperolehi di sini nanti. 

Dapat saya bayangkan bersinar-sinarnya mata saya nanti ketika berada dalam gedung ini. Tentu saja penggemar seni kraf seperti saya dapat menghabiskan masa berjam-jam di dalam gedung seumpama ini.

Gedung Spotlight ini akan dibuka pada Julai 2014 nanti di Ampang Point. Alamat penuhnya seperti di bawah ini :

Ampang Point Shopping Centre
2nd Floor
Jalan Mamanda 3
Ampang, Selangor, MY 68000

Anda boleh rujuk peta lokasinya di bawah ini :


Jom dapatkan gambaran awal Gedung Spotlight dalam video di bawah ini :


 




Apa kata anda daftar menjadi ahli E Club Spotlight dengan klik pautan gambar di bawah untuk mendapatkan maklumat-maklumat awal berjenaan gedung yang menarik ini. 


Saya hanya berkongsi maklumat dan keterujaan ini kerana saya rasa gedung ini amat menarik. Tambahan pula, saya sendiri sedia maklum susahnya untuk penggemar-penggemar seni kraf bagi mendapatkan peralatan dan bahan-bahan kraf teruatamnya kraf yang masih belum terlalu meluas di Malaysia. Semoga pengetahuan saya yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan yang menggemari seni kraf seperti saya. Saya juga doakan dengan adanya gedung kraf Spotlight ini dapatlah kita memajukan lagi diri dan minat kita dalam bidang kraf ini.

Salam Sayang untuk semua.

Mariatul Qiptiyah binti Md Sah


********************************************************

 APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ?

Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, kami sudah mula menerima pendaftaran pelajar kelas borong telekung solat, juga pelajar pertama dalam kelas ebook premium, juga sudah ada pendaftaran kelas offline urus akaun bisnes kecil yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 10.5.2015.

Bergabung dengan kami 600 blog, 22 kelas online 12 guru dan 2 trainer kewangan bertugas. Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas borong telekung solat.
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga.
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari.
9. Sewa ruang iklan.
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline.
12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline.

Untuk mendaftar hubungi :

Pengurus Online ABDR Mariatul Qiptiyah Md Sah.
Blog Panduan Kraf Riben dan Kertas : http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/
Email mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com
Sms/Whatsapp 016-5534828

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...