Wednesday 29 January 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan : Peserta Lelaki Terawal

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah
Ulasan tentang : Blog Bijak Quran & Tajwid 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini sudah 29 Januari 2014. Bulan pertama tahun 2014 ini sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang sudah mengorak langkah pertama bagi mencapai cita-cita dan azam tahun ini. Bagi yang belum, masih belum terlambat lagi kawan-kawan. Tapi jangan pula tunggu hingga ke saat-saat akhir dan akhinya menggigit jari melihat kejayaan kawan-kawan lain. Jangan pula nanti terdetik dalam hati

" Kalaulah aku mula dulu macam dia tentu aku pun dah berjaya macam dia. 
Ntah-ntah lebih lagi " 

Ha, Jangan, Jangan, Jangan! Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia dikebas orang. Apa yang dikebas orang tu? Kejayaanlah.

Sebelum ini pelbagai soalan yang saya terima berkenaan Kelas Asas Blog dan Penulisan serta Akademi Bekerja di Rumah. Tidak ketinggalan, soalan-soalan itu juga ada yang datang dari kawan-kawan lelaki yang dalam hatinya mula tertarik ingin menyertai namun ada ragu-ragu. Ragu-ragunya kerana selama ini ramai menyangkakan Akademi Bekerja Di Rumah dan Kelas-kelasnya hanya khusus untuk Suri Rumah/Para Isteri/Wanita sahaja. 

Owh Tidak! Tidak! Tidak!

Keahlian Akademi dan Kelas-kelasnya terbuka untuk semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, jantina dan di mana juga anda berada. Ahli Akademi berada di seluruh Malaysia. Saya sendiri sedang bekerja dan tinggal di Kuching, Sarawak. Rakan Akademi kami juga ada yang berada di luar negara. Kami juga punya latar belakang yang berbeza. Kami isteri/ibu sepenuh masa atau bekerja. Ada di antara kami yang masih muda remaja dan masih belum berkahwin. Ada di antara kami juga adalah nenek-nenek super yang tidak betah hanya berdiam diri di rumah saja. 

Istimewanya hari ini, Akademi kami menerima kehadiran ahli Lelaki. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan Guru beliau merangkap Pengasas Akademi ini iaitu Puan Masayu Ahmad. Beliau yang saya maksudkan adalah pemilik blog Bijak Quran & Tajwid iaitu Encik Firdaos Mohd. Rawi. Ahlan Wasahlan diucapkan kepada beliau. Semoga keberanian dan usaha beliau menjadi contoh kepada kaum Adam yang lain.

Dalam ulasannya, beliau menyatakan bertuahnya beliau diterima menjadi anak murid Kak Masayu yang mana 95% daripadanya adalah kaum wanita. Beliau juga menyatakan betapa pentingkan blog ditubuhkan untuk penjenamaan diri seterusnya pentingnya kelas ini diteruskan untuk terus membantu para suri rumah di luar sana meningkatkan taraf hidup dan keluarga. 

Saya tambah sedikit, bukan hanya suri rumah tetapi ia juga dapat membantu para bapa-bapa sepenuh masa dan mereka yang masih tercari-cari alternatif selain bekerja makan gaji di pejabat.

Ikuti ulasan Saudara Firdaos  Mohd Rawi di blog beliau di entry Ulasan Kelas Blog Puan Masayu Ahmad 
(http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-blog-puan-masayu-ahmad.html)

Salam Sayang

Mariatul Qiptiyah binti Md Sah


**************************

360 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...