Wednesday 1 January 2014

Tutorial : Kotak Kertas Mudah

Teks : Mariatul Qiptiyah



Assalamualaikum. Apa khabar hari ini? Bagaimana cuaca di tempat anda? Kami du Kuching ini masih berjaga-jaga terutama untuk esok hari. Dijangka air pasang besar esok (Jumaat 3/1/2014). Jika hujan berterusan  dan lebat ia memungkinkan banjir di sesetangah kawasan terutama berdekatan dengan tebing sungai. Risau juga sebab rumah kami tidak jauh dari tebing Sungai Sarawak. Tidak sampai 1 km jaraknya. 




Suami sudah menjadi pemerhati setia air sungai. Mungkin sudah kebiasaannya di kampungnya. Di Pasir Mas, rumah mak mertua memang bersebelahan dengan sungai besar. Syukur sudah ada tembok batu di bina di sepanjang tebing sungai bersebelahan rumah. Tidaklah air sungai melimpah hingga menyebabkan banjir.

Dalam dingin pagi ini, saya ingin kongsikan Tutorial membuat Kotak Kertas yang mudah. Sejak saya pandai membuat kotak kertas ini, saya sedar banyak juga kegunaannya. Boleh dibuat tempat simpanan barang-barang kecil seperti butang, klip kertas dan lain-lain. Juga amat sesuai dibuat kotak hadiah tetamu majlis perkahwinan atau majlis harijadi.

Ianya amat mudah dibuat. Hanya perlukan kertas A4 mengikut pilihan warna dan gunting. Saya ini suka memudahkan kerja, tidak gemar menggunakan ukuran rigid pembaris kecuali jika perlu. Jom kita cuba.

Tutorial : Kotak Kertas Mudah   

1. Bahan-bahan : 2 helai kertas A4 (lebih baik jika 120g/tebal) dan gunting


2. Lipat kertas A4 pertama begini. 
Lipat menjadi segi tiga yang paling besar boleh dibuat dengan kertas A4. 


3. Potong lebihan di bahagian bawah lipatan itu tadi. 
Jika dibuka, segi tiga ini akan menjadi empat segi sama


4. Lipat 2 segi tiga tadi menjadi segi tiga yang lebih kecil dan buka semula.


5. Lipat seperti dalam gambar. Bucu-bucu bertemu titik tengah kertas.


6. Lipat lagi di keempat-empat bucu menjadi seperti di gambar.


7. Kemudian lipat sisi seperti di atas.


8. Lipat kedua belah sisi dan pastikan kedua sisi bertemu di tengah kertas.


9. Kemudian lipat sisi atas dan bawah begini menjadikan bentuk segi empat sama. 
Pastikan sisi bertemu di tengah. Kemaskan lipatan dengan tekan kuat 
di setiap lipatan bagi mendapatkan garisan yang nyata.


10. Buka semua lipatan dan bentangkan kertas seperti ini. 
Potong hanya di garisan putus-putus. 
(Maaf gambar tidak berapa terang)


11. Kertas anda akan menjadi seperti ini setelah dipotong.


12. Lipat sisi yang berbentuk segi tiga besar mengikut garisan lipatan.


13. Lipat kedua-dua belah seperti ini.


14. Kemudian lipat masuk sisi selebihnya seperti dalam gambar.


15. Lipat kedua-dua sisi dan kemaskan kotak. Kotak anda sudah siap.


16. Untuk membuat kotak bertutup, ambil kertas A4 yang lain dan lipat kecil sedikit daripada lipatan di Gambar 2 atas tadi. Kemudian ikut langkah-langkah sama membuat kotak hingga selesai. 


17. Hasilnya, kotak  merah (kedua) yang lebih kecil sedikit dari kotak pertama tadi. 


18. Kotak yang lebih kecil boleh dimuatkan ke dalam kotak pertama yang lebih besar.


19. Kotak-kotak kecil dihasilkan dari lebihan kertas A4 yang dipotong tadi. 
Comelkan


20. Kotak yang dihias dengan riben sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.


21. Kotak ini sesuai diisi dengan gula-gula, kek comel kerongsang dan sebagainya.

Selamat Mencuba. 
Salam Sayang, Mariatul Qiptiyah Md Sah


****************************************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho,

Pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah ;)

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...