Wednesday 26 November 2014

Buku Tamu Quilling (Quilling Guest Book)

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah



Alhamdulillah, alhamdulillah. Berjaya siapkan Buku Tamu Quilling ini untuk bakal pengantin baru, Qahhar dan Soraya. Insyaallah bakal pengantin ini akan melangsungkan pernikahannya pertengahan bulan Disember nanti. Bakal bertambahlah menantu mak saya nanti. Owh ya, Qahhar atau nama sebenanrnya Ahmad Abdul Qahhar adalah adik lelaki saya dan Soraya adalah bakal adik ipar saya.


Didoakan semoga semua urusan dan perjalanan majlis di dua belah pihak berjalan dengan lancar dan baik-baik saja.




Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.




Semoga dilimpahi rahmat dan hidayah, diberkati Allah, dilimpahi dengan rezeki yang berkat dan kasih sayang Allah hingga akhirnya. Semoga hidup rukun damai keduanya.


Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah

Nota : 

-Tempahan untuk Buku Tamu Quilling Buatan Tangan DIBUKA SEKARANG.
-Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya DUA (2) bulan sebelum tarikh majlis.
-Tempahan boleh dibuat dengan hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di no. 016 5534828 atau emel mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com




***************************************************************
APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ? 

Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, Bergabung dengan kami hampir 1000 blog, 22 kelas online 12 guru dan 2 trainer kewangan bertugas. 

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut : 

1. Kelas asas blog dan penulisan. 
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes. 
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif. 
4. Kelas beriklan mudah.my. 
5. Kelas borong telekung solat. 
6. Kelas penulisan ebook pertama. 
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga. 
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari. 
9. Sewa ruang iklan. 
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline. 
12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline. 

Untuk mendaftar hubungi Pengurus Online ABDR Mariatul Qiptiyah Md Sah. 
Blog Panduan Kraf Riben dan Kertas :http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/
Email mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com Sms/Whatsapp 016-5534828
FB : Maria Qiptiyah atau Panduan Kraf Riben dan Kertas

Sunday 23 November 2014

Buku Tamu Perkahwinan ( Wedding Guest Book)

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah





Buku Tamu di majlis perkahwinan memang sudah lama diamalkan di kalangan pengantin di seluruh dunia. Di Malaysia, awal-awal dahulu Buku Tamu ini lebih terkenal di kalangan pengantin kaum Cina atau majlis perkahwinan yang diadakan di hotel-hotel. Namun, budaya buku tamu ini sudah mula menjadi pilihan pengantin-pengantin Melayu termasuk yang meraikan majlis perkahwinan di rumah. 



Selain daripada foto-foto, buku tamu berfungsi merakam kenangan-kenangan indah majlis perkahwinan kita dalam bentuk kata-kata. Melaluinya, tetamu berpeluang menyampaikan ucapan mereka sendiri kepada pengantin dan ia lebih bersifat peribadi. Selain itu, ia menjadi satu cara menyatakan kehadiran tetamu ke satu-satu majlis. Ini adalah kerana, dalam kesibukan dan kekalutan majlis, mungkin pengantin atau tuan rumah tidak perasan akan kehadiran seseorang tetamu. Malahan, ada tetamu yang segan atau tidak berkesempatan untuk datang dekat kepada pengantin.





Kesimpulannya, buku tamu boleh menjadi wadah perantara di antara tetamu-tetamu ini dengan pengantin itu sendiri.

Ianya tidak susah. Apa yang diperlukan hanya sebiji buku, pen dan meja untuk menulis. Terpulang kepada pengantin dan tuan rumah untuk menghias meja dan sudut tamu ini menjadi lebih cantik dan menarik.





Terdapat pelbagai jenis buku tamu boleh dipilih dan disediakan. Sama ada dihasilkan sendiri, membeli buku tamu siap di kedai-kedai buku atau menempah buku tamu buatan tangan untuk sentuhan lebih istimewa. 




Untuk bakal pengantin, apa kata anda cuba sediakan buku tamu di majlis perkahwinan anda kelak. Insyaallah, saya jamin ia akan menjadi satu kenangan indah untuk anda berdua nanti. Jangan bimbang, sebiji buku boleh digunakan untuk majlis kedua belah pihak. Malahan saya juga meminta sahabat dan tetamu saya di jamuan ketiga kami iaitu jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan dan jiran yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami.

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah


******************************************************** 

 APA SEBENARNYA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ? 

Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya, Bergabung dengan kami hampir 1000 blog, 22 kelas online 12 guru dan 2 trainer kewangan bertugas. 

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut : 

1. Kelas asas blog dan penulisan. 
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes. 
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif. 
4. Kelas beriklan mudah.my. 
5. Kelas borong telekung solat. 
6. Kelas penulisan ebook pertama. 
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga. 
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari. 
9. Sewa ruang iklan. 
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline. 
12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline. 

Untuk mendaftar hubungi Pengurus Online ABDR Mariatul Qiptiyah Md Sah. 
Blog Panduan Kraf Riben dan Kertas :http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/
Email mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com Sms/Whatsapp 016-5534828
FB : Maria Qiptiyah atau Panduan Kraf Riben dan Kertas

Monday 10 November 2014

Kad Ucapan Quilling Bergambar : Selamat Hari Jadi Ibu

Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah





Untuk Ibu, kita sanggup buat apa saja. Apatah lagi di hari istimewanya. Hari Ulangtahun Kelahiran Ibu. Namun, sebagai manusia biasa ada juga batasannya. Hendak menghadirkan diri meraikan hari jadi ibu di sisi, jarak dan kekangan kerja membataskan.Tapi, ia tetap tidak menjadi halangan untuk meraikan. 




Ibu tidak mengharapkan wang ringgit dan harta benda dari anak-anak. Cukup secebis ingatan sudah amat menggembirakan. Nampak seakan tiada apa malah ada yang menganggap ianya hanya sekadar sekeping kad dan sepotong ayat. Tambahan ada yang sedikit lokek untuk mengeluarkan duit untuk kad istimewa seperti ini kerana jujur saya katakan kad-kad ucapan buatan tangan seperti ini bukan seringgit dua kerana banyak masa, tumpuan dan ketelitian perlu dicurahkan ke atas sekeping kad ini. Namun, apalah ertinya nilai wang itu jika nak dibandingkan dengan senyuman gembira seorang ibu. 





Alhamdulillah, dapat juga saya menyiapkan tempahan kad dari Cik Ain walaupun permintaannya dalam tempoh masa yang agak singkat. Tapi, demi untuk membantunya meraikan hari jadi ibunya, saya gigihkan jua. Kad bergambar ini adalah yang pertama saya hasilkan seumpamanya. Semoga Cik Ain berpuas hati dan Ibunya gembira menerima kad istimewa ingatan dari anaknya.

Terima kasih banyak buat Cik Ain kerana mempercayai saya bagi menghasilkan kad istimewa ini. 

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Ibu Cik Ain. Semoga dilimpahi Rahmat dan Keberkatan hingga ke Syurga.





Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah

Blog @ FB : Panduan Kraf Riben dan Kertas 
Email mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com 
Sms/Whatsapp 016-5534828

Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...