Thursday 26 December 2013

Pengalaman : Permulaan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Mariatul Qiptiyah




Saya mula berblog sejak tahun 2003 lagi. Ya, hampir 10 tahun lamanya. Dalam satu geng blogger yang saya sertai, ada beberapa ahli yang memanggil saya Otai geng kerana lamanya saya sudah menjadi blogger. 

Pada masa itu, tujuan saya berblog hanyalah untuk berkongsi pengalaman, jurnal online dan mencari rakan-rakan baru dengan menyertai geng tersebut. Melalui geng itu, saya berkenalan dengan ramai orang, pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Blog-blog mereka juga ada pelbagai ragam. Ada blog yang rojak, ada blog jurnal online, blog makanan, blog percutian dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan pelbagai jenis ilmu dan pengetahuan yang kita boleh perolehi dari blog, asalkan kita bijak memilih.

Sehinggalah awal tahun 2013 ini, saya mula melihat perubahan hidup sepupu saya Khairunnisa Hamzah. Saya lihat dia begitu fokus dan bersemangat dalam status-statusnya di Facebook dan postingnya di blog. Tidak kurang juga diselitkan seruan-seruan untuk menyertai dan belajar membuat blog secara online. 

Sebelum ini, saya memang sudah berfikir-fikir bagaimana saya hendak perolehi pendapatan daripada blog dan mempunyai bilangan pembaca yang ramai sepertimana blogger yang lain. Sekian lama saya berblog, selain bertemu rakan geng blogger saya hanya perolehi kepuasan dalam berkongsi pengalaman. Tidak lebih dari itu.

Setelah berbincang dengan suami, saya sertai Kelas Blog Online di bawah kelolaan Khairunnisa. Asalnya saya hanya ingin belajar menghasilkan blog yang lebih baik dari blog saya terdahulu dan mampu menjana wang daripadanya. Saya juga fikirkan dengan sedikit bayaran yuran yang saya bayar, pembelajaran saya akan terhenti bila pembelajaran kelas berakhir. Logiknya, bayar yuran untuk Kelas, habis kelas selesailah semuanya.

Rupanya tidak. Tidak saya sangka faedahnya jauh lebih panjang dari sekadar sebuah kelas. Sebaik saja bergraduasi dari kelas, saya telah menghasilkan sebuah blog yang jauh lebih baik dari dulu. Blog yang lebih kemas, fokus, dan mampu menjadi platform untuk saya memulakan satu perniagaan online. Selain itu, sebagai graduan kelas saya telah diserapkan ke dalam Facebook Penulis Bebas dan Usahawan Online. Kemudiannya diserapkan pula ke dalam Akademi Bekerja Di Rumah.

Sekelip mata saya telah berada di antara jaringan penulis blog dan usahawan online seramai 300 orang yang berada dari seluruh negara. Walau tidak pernah bersua muka, bagai sebuah keluarga besar, kami masing-masing saling membantu dalam meningkatkan mutu blog dan taraf hidup kami.

Dengan konsep saling berkongsi ilmu dan kepakaran, masing-masing berlumba-lumba untuk menyumbangkan sesuatu demi kejayaan dan keutuhan Akademi.  Ada yang menyumbangkan kepakaran dalam membuat poster promosi kelas dan produk digital akademi, ada yang menyumbangkan idea kata-kata untuk pasaran, ada yang membantu memperbaiki dan menambah baik blog kawan-kawan. Apatah lagi bantuan dalam mempromosikan blog ahli-ahli akademi. Bagai tidak percaya, blog baru saya yang baru berusia beberapa bulan sudah mempunyai ribuan pembaca. 

Dengan ukhwah dan semangat saling membantu ini,  saya yakin dan terus bersemangat untuk terus berusaha memajukan diri saya sendiri. Saya pegang kata-kata saya kepada suami apabila saya mohon izin menyertai kelas ini dahulu :

" Ini adalah usaha saya untuk memajukan keluarga kita juga. Ini adalah permulaan dan persediaan saya untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa kelak. Doakan saya berjaya ya ".

Ini adalah usaha kecil saya. Anda bagaimana? Dengan sebuah langkah mula dan sedikit pelaburan, Insyaallah kita akan perolehi faedah berpanjangan. Akademi sudah menunggu, jaringan rakan dan potensi pelanggan sudah ada, rakan-rakan sudah bersedia membantu, guru-guru juga sudah tidak sabar mencurahkan ilmu. Tinggal kita saja membuat keputusannya. Pasangkan niat, tetapkan hati, buka langkah anda sekarang.

Sekian dahulu, salam sayang

Mariatul Qiptiyah.

*******************************************************

350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut 

1. Kelas asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif 
5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, 

pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.

Wednesday 25 December 2013

Suri Rumah Sepenuh Masa dan Kreativiti

Teks : Mariatul Qiptiyah 
Gambar : Google



Assalamualaikum 
Salam Sejahtera.

Salam kedinginan pagi ini. Hampir sepanjang masa Bumi Kuching ini disimbahi hujan walaupun hanya gerimis. Alhamdulillah, hujan nikmat dari Allah. Janganlah kita mengeluh takut-takut mendustakan nikmat Allah pula.

Apa yang saya ingin kongsikan hari ini, berkenaan suri rumah sepenuh masa yang tidak mempunyai pendapatan sampingan. Tidaklah saya hendak merendah-rendahkan golongan ini. Tinggi hormatnya saya pada mereka kerana tabah dan kuat menghadapi karenah keluarga sepenuh masa dan tinggal di rumah saja. Berbanding dengan kami suri rumah separuh masa ini, ada juga waktu untuk keluar bekerja dan bertemu kawan-kawan.

Awal perkahwinan lebih kurang beberapa bulan yang lepas, saya telah suarakan hasrat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kepada suami dan keluarga. Reaksi emak dan mama mertua telah saya duga. Rugi kata mereka, sudah belajar dan bekerja bergaji tinggi hendak berhenti pula. Jika duduk rumah saja siapa hendak bagi duit? Mereka memberi contoh beberapa orang yang mereka kenal, menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa buat apa-apa untuk dapatkan pendapatan sampingan. Hanya harapkan suami bekerja menanggung semua.

Masa itu, saya sudah ada jawapan saya sendiri. Pada mereka saya terangkan, Insyaallah saya tidak akan duduk rumah saja-saja. Akan saya usahakan berniaga kecil-kecilan dengan kemahiran dan minat saya yang tak seberapa ini. Saya boleh membuat bunga telur, hantaran dan quilling dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, reda sedikit gusar dan pertanyaan mereka.

Memang ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sebegini, bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa pendapatan. Ada juga yang pernah luahkan pada saya, cemburu melihat saya punya duit gaji sendiri berbanding dia yang hanya harapkan suami memberi. Maaf, saya tak kata suri rumah sepenuh masa sebegini hanya duduk bergoyang kaki saja di rumah. Saya maklum banyaknya kerja-kerja di rumah itu, malah tidak dapat pula berehat-rehat mencuri masa menghadapi karenah anak-anak.

Saya rasa, apa yang diperlukan adalah sedikit KREATIVITI. Kreatif dalam menjana pendapatan sampingan tanpa perlu keluar rumah. Setiap orang pasti ada hobi dan minatnya tersendiri. Dari terbiar dan terkubur begitu saja, lebih baik dimanfaatkan dan mendatangkan hasil. Tidak kurang juga suri rumah ini terdiri dari golongan yang terpelajar. Gunakanlah ilmu di dada untuk menjana wang tambahan. Kita boleh mengajar mengaji, buka kelas tusyen atau ambil upah menaip atau menterjemahkan buku atau artikel.

Saya kira zaman sekarang setiap rumah mempunyai talian internet. Nah, gunakan talian ini sebagai hubungan anda dengan dunia luar dan jana pendapatan melaluinya. Masing-masing juga sudah ada tablet atau telefon pintar serta punya kemudahan internet. Apa lagi, gunakan sebaiknya. Ada berjuta-juta ilmu yang boleh diperolehi dari internet. Tinggal sedikit usaha kita saja untuk dapatkannya. Saya sendiri belajar sedikit-demi sedikit tentang kraf riben dan kertas melalui internet. Kita boleh gunakan medium ini untuk penuhkan ilmu di dada, asah kemahiran dan seterusnya jana wang anda sendiri dari rumah. Mudah bukan?

Sibuk di rumah bukan alasan. Semua itu memerlukan kemahiran dan kreativiti kita untuk menyusun jadual kerja di rumah. Di Akademi Bekerja Di Rumah tidak kurang bilangannya suri rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa tidak kita? Tidak tahu caranya, usaha dan cari ilmu buat bekal nanti. Bahagia, selesa, duit dan ilmu tidak datang bergolek. 

Mulakan langkah anda hari ini. Usaha, yakin, istiqomah, Insyaallah berjaya!!!

Salam Sayang..

Mariatul Qiptiyah

******************************************************************
350 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas. Alhamdulillah. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah melalui mana-mana kategori berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my 
4. Kelas penulisan kreatif

5. Kelas akaun bisnes wahm/soho, pendaftaran sudah dibuka,komen atau emel untuk keterangan lanjut.


Sunday 22 December 2013

Pakej Kelas Asas Blog

Teks : Mariatul Qiptiyah
Sumber Rujukan : Blog Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah



Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.

Anda ingin mempunyai blog sendiri namun tidak tahu caranya?
Anda ingin mempunyai perniagaan anda sendiri tanpa perlu buka kedai fizikal?
Anda ingin berniaga namun tidak punya modal dan produk?
Anda mempunyai blog sendiri namun ingin menukarkannya menjadi pendapatan sampingan?
 Atau anda minat menulis dan berkarya tetapi tidak tahu cara menyalurkannya?

Insyaallah jawapan yang anda cari ada di sini.
Ini juga salah satu usaha untuk memajukan diri dan keluarga. Tetapkan niat, kuatkan hati, mulakan langkah anda hari ini. 

Pilih salah satu pakej pilihan anda dan hubungi saya jika sudah bersedia. Mudah saja tanpa perlu keluar rumah dan tinggalkan keluarga. Kelas dijalankan secara atas talian/online mengikut kesesuaian masa anda sendiri

"Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"











Istimewa Sehingga 31 Disember 2013



Hubungi saya dengan tinggalkan komen anda di bawah atau
Emel : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com

untuk tempahan kelas atau maklumat lanjut.

Terima kasih.
Salam Sayang.


Thursday 19 December 2013

Pakej Promosi Ebook

Teks : Mariatul Qiptiyah
Rujukan : Blog Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Dapatkan segera Pakej Ebook dengan potongan harga istimewa sekarang.  



 PAKEJ PROMOSI A


EBOOK BELAJAR ASAS BLOG (RM50)
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog

Bab 2: Langkah Demi Langkah

Bab 3: Blog Bisnes

Bab 4: Rancang Penulisan

Bab 5: Jenis Entri Penulisan

Bab 6: Penulisan Berpengaruh

Bab 7: Tips Penulisan

Bab 8: Motivasi Menulis

Bab 9: Asas Suntingan

Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook



dan

EBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE (RM50)

Bab 1: Pengenalan bisnes

1.1 Ringkasan bisnes butik

1.2 Rangkaian industri butik

1.3 Ciri-ciri butik


Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaranBab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan



PAKEJ RPMOSI B


EBOOK BELAJAR ASAS BLOG (RM50) dan 

EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM50)

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Isi Borang tempahan sekarang untuk dapatkan Pakej Istimewa pilihan anda sekarang. 

Hubungi saya di 
email : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com

untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih

Salam Sayang,
Mariatul Qiptiyah Md Sah


Wednesday 18 December 2013

Tutorial : Riben Bebola (Upacara perasmian/potong riben)

Teks : Mariatul Qiptiyah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin kongsikan tutorial membuat riben bulat yang biasanya digunakan untuk hadiah atau upacara perasmian atau acara potong riben. Saya panggil ia Riben Bebola kerana ia berbentuk bulat setelah siap. 

Masih ingat lagi entry saya tentang Berjimat Dengan Kraf Riben Mudah? Salah satu dari kraf riben mudah yang saya maksudkan adalah Riben Bebola ini. Setelah anda mencubanya, bolehlah digunakan sebagai hiasan hadiah atau pengikat langsir di rumah. Cubalah, hadiah dan rumah anada lebih menarik dan ceria.


Tutorial Riben Bebola


1. Alat-alat diperlukan : Gunting, riben besar saiz 2inc dan riben kecil untuk ikat





2.  Mula-mula guntingkan riben kecil sepanjang kira-kira 2 jengkal.
 (tiada ukuran tepat diperlukan) Ketepikan.




3. Ambil riben besar dan gulung mengikut besar bebola riben yang diinginkan. 
Dalam tutorial ini, cuba saiz kira-kira sejengkal. 
Mula-mula lipat hujung riben sepanjang sejengkal.




4. Gulung riben seperti dalam gambar sehingga 15 kali pusingan. 
Potong hujung riben yang selebihnya.




5. Pegang dan lipat hujung gulungan riben seperti dalam gambar. 
Kemudian gunting  kedua belah sudut hujung riben. 
jangan sampai sudut bertemu dan riben terputus. 
Panjang potongan adalah kira-kira 1 inci atau 2 cm.



6. Potong hujung kedua belah riben seperti dalam gambar.




7. Dengan cermat, temukan hujung riben yang telah digunting tadi seperti ini. 
Jangan sampai gulungan riben terbuka. (Rujuk gambar di atas dan di bawah)






8. Ikat gulungan riben dengan riben kecil yang dipotong mula-mula tadi. 
Ikat ketat-ketat ditempat yang dipotong tadi. 




9. Kemudian tarik riben selapis demi selapis bermula dari bahagian dalam. 



10. Tarik dan keluarkan semua lapisan seperti dalam gambar. Tarik dan kembangkan sehingga menjadi bebola. Sekiranya kelopak nampak jarang dan tidak membentuk sebiji bola bulat, buat semula dan tambah bilangan gulungan. Jenis riben atau lebar riben atau besar bebola riben yang berlainan memerlukan bilangan gulungan yang berlainan. Bebola riben ini juga sesuai dibuat menggunakan riben plastik.

Selamat Mencuba!

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah


Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Mariatul Qiptiyah
Rujukan : Blog Rakan Niaga/Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah






Minggu ini kami di Akademi Bekerja Di Rumah telah membuka peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat untuk menambah pendapatan dan menjana wang tambahan dengan menjadi "Rakan Niaga" Akademi Bekerja Di Rumah.

Pendaftaran dibuka khusus buat suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah., suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa. Kami buka peluang keemasan ini hanya untuk yang benar-benar serius, fokus dan komited sahaja.

APAKAH TUGAS SEBAGAI RAKAN NIAGA?

Rakan Niaga bertugas sebagai Pengurus Online dan mempromosikan produk-produk utama Akademi Bekerja Di Rumah. Mudahnya, kerja-kerja pengurusan dan jualan hanya perlu dijalankan di rumah atau di mana saja asalkan di hadapan talian internet tanpa perlu pos produk. Semuanya di hujung jari anda.



APAKAH PRODUK DAN PERKHIDMATAN AKADEMI?

Di Akademi kami menyediakan beberapa produk digital dan service digital seperti berikut:

1. EBOOK dan Pakej Ebook
2. TAPAK IKLAN dan pakej pengiklanan
3. KELAS ONLINE dan pakej kelas 

Untuk mengetahui produk dan perkhidmatannya dari masa ke semasa, kalian akan di serap masuk ke dalam laman rakan niaga di mana info terkini akan diberikan di sana



BAGAIMANA UNTUK MENJADI RAKAN NIAGA?

1. Setiap yang berminat untuk menjadi rakan niaga perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu.

2. Kemudian perlu menyediakan blog seperti yang telah di standardkan oleh Akademi dengan tambahan pengkhususan blog masing-masing. (ia akan ditunjukkan langkah demi langkah oleh pengurus akademi secara online mngikut fleksibel masa anda sendiri)

3. Seterusnya blog yang telah mencapai standard diperlukan memasang tabs page utama yang memperkenalkan dan memperomosikan pakej akademi seperti ebook digital, kelas online, dan tapak pengiklanan alam maya di soho directory. 

4. Seterusnya langkah demi langkah akan diberikan apabila mula mendapat pelanggan



APAKAH KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA?

Dapat menambah pendapatan dengan menjual produk dan perkhidmatan digital secara online sahaja. Tidak memenatkan atau memerlukan kos lain seperti masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjalankan promosi atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana dengan menggunakan komputer, internet dan gadget pintar yang lain.



BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA?

Isikan borang ini untuk pendaftaran sebagai rakan niaga:

(BORANG PENDAFTARAN)


BERAPAKAH BAYARAN PENDAFTARAN?

RM300 sahaja

Pakej Pendaftaran Rakan Niaga :-

  1. (Bonus 4 buah Ebook - Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Wahm Sahm Soho, Ebook mula bisnes butik online/offline dan Ebook 101 idea home based bisnes)
  2. (Bonus Pakej Pengiklanan produk dan perkhidmatan masing-masing di Soho Directory http://sohodirectory.blogspot.com/)
  3. (Di serap masuk dalam laman rakan niaga dan group sokongan rakan niaga)

Untuk sertai, hubungi saya di
Email : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com
Message whatapps di : 0165534828
atau tinggalkan komen di bawah.

Untuk mereka yang berminat saya ucapkan SELAMAT DATANG dan SELAMAT MENJADI RAKAN NIAGA!




Salam sayang,

MARIATUL QIPTIYAH MD SAH


Wednesday 11 December 2013

Berjimat Dengan Kraf Riben Mudah

Teks : Mariatul Qiptiyah
Gambar : Google

Sejak mula bekerja, saya suka melibatkan diri dengan pengurusan majlis-majlis rasmi atau keramaian seperti majlis perasmian, majlis perpisahan dan pelbagai majlis lain yang dianjurkan oleh jabatan. Saya amat suka meneliti dan terlibat dengan penyedian-penyediaan rencam seperti atucara perasmian itu sendiri, hiasan pentas dan dewan, penyediaan cenderamata atau penyediaan hadiah-hadiah cabutan bertuah. Setelah diamati, rupanya saya tertarik minat dengan sesuatu yang diolah dan digubah daripada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang cantik dan menarik.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman ini, beberapa kali juga hati saya merasa terkilan. Ini kerana, sesuatu perkara yang saya kira amat mudah dan mampu dibuat sendiri telah diserahkan kepada konsultan atau ejen sehingga dikenakan bayaran yang mahal. Contohnya acara memotong riben dihiasi 'confetti' dan alunan muzik dikenakan bayaran hingga ribuan ringgit. Alangkah ruginya kata hati saya kerana saya kira modalnya amat sikit dan mampu dibuat sendiri sekiranya kita pandai.

Saya belajar membuat riben bulat yang digunakan dalam acara potong riben daripada seorang konsultan lelaki yang diberi kontrak menyiapkan simbolik perasmian satu majlis jabatan. Saya ralit meneliti tangannya pantas menggulung riben tanpa dia sedari. Apabila pulang ke rumah, saya mencuba pula sendiri berdasarkan pemerhatian saya tadi. ternyata ianya memang tidak sesusah yang disangka. Sejak itu, saya banyak mengaplikasikan kraf mudah ini dalam kehidupan harian saya.

Sejak itu, saya sering berkongsi idea ini dengan kawan-kawan dan keluarga. Saya mengajak mereka mencuba dan menggunakan kraf riben yang mudah bagi menjimatkan perbelanjaan dan menceriakan satu-satu keadaan atau ruang. Saya kongsikan beberapa idea kraf riben mudah yang kita boleh gunakan sehari-hari. Selamat Mencuba !!!

  
1. Riben sebagai langsir.







 2. Riben sebagai hiasan menggantung gambar




3. Riben digunakan sebagai pengikat langsir. Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh mengikat riben sahaja di langsir tanpa hiasan tambahan lain. 








4. Riben sebagai hiasan/tirai bilik atau parti jamuan harijadi.





5. Riben di dalam upacara perasmian jabatan atau butik. 





6. Sangat comel kan? Saya pasti ibu-ibu akan seronok bereksperimentasi dengan riben berwarna-warni dan dijadikan sebagai hiasan rambut si gadis kecil.






7. Riben sebagai hiasan di Hari Perkahwinan. Mudah saja, realisasikan iamginasi anda. Indah bukan?






 8. Riben sebagai pengikat kotak hadiah. Walau sekecil mana atau seringkas mana hadiah yang ingin diberikan, pasti akan lebih cantik jika diikatkan dengan riben comel seperti ini. Ikatkan sekotak coklat yang anda beli di 7 Eleven dengan riben dan hadiahkan kepada Si Dia. Pasti ia tampak lebih indah dan bermakna berbanding hanya memberikan sekotak coklat kosong begitu saja. 




Bermacam-macam lagi idea yang boleh digunakan dengan kraf riben yang mudah. Ikatkan rambut anak gadis anda dengan riben pink, pasti dia akan tampak manis sekali. Ikatkan riben pilihan hati di pasu lama anda yang tampak kusam. nah, ia tambah cantik bukan? Buatlah sendiri hiasan jamuan harijadi anak anda, pasti lebih murah dan memuaskan hati kerana ia adalah hasil air tangan anda sendiri berbanding membayar orang lain membuatnya.

Selamat Mencuba dan Bereksperimentasi :)

Wednesday 4 December 2013

101 Idea Home-Based Bisnes

Teks : Mariatul Qiptiyah 

Sumber rujukan : E-book 101 Idea Home-Based Bisnes





10 Idea Bisnes makanan

1. Menjual sarapan pagi


Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.

Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.

Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.

Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.

Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.




Di atas adalah salah satu cetusan idea perniagaan dari rumah yang dimuatkan dalam E-book terbaru Puan Masayu iaitu 101 Idea Home-Based Bisnes. Kandungan E-book ini ringkas tetapi padat dan sarat dengan idea-idea yang saya kira boleh memberikan inspirasi kepada anda yang masih tercari-cari produk bagi memulakan perniagaan dari rumah tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.

Saya dihujani beberapa pertanyaan dari beberapa sahabat yang ingin belajar membuat blog menerusi Kelas Asas Blog seterusnya menyertai Akademi Bekerja di Rumah tetapi masih tidak mempunyai produk untuk di pasarkan. Ternyata E-book ini dapat memberikan idea buat mereka yang masih belum ada produk sendiri atau sesiapa yang sudah mempunyai produk-produk tersebut namun tidak sedar ia boleh dijadikan sebuah perniagaan.

Siapa yang patut memiliki E-book 101 Idea Home-Based Bisnes ini?

  • Anda seorang suri rumah sepenuh masa yang sedang tercari-cari pendapatan sampingan daru rumah?
  • Anda seorang bapa sepenuh masa dan ingin memperolehi pendapatan dan mengisi masa lapang?
  • Anda seorang suri rumah yang bekerja dan ingin memulakan perniaagaan sampingan?
  • Anda yang bercita-cita untuk berhenti kerja dengan majikan dan menjalankan perniagaan secara online?
  • Anda mempunyi hobi dan ingin menukarkannya menjadi pendapatan?


Ya, andalah orangnya!

Rebutlah peluang keemasan ini. Dapatkan E-book ini segera dengan mengisi Borang Tempahan dan maklumkan pada saya. Hanya RM 50.00 sahaja. Dapatkannya segera.

Sedikit petikan lagi daru E-book 101 Idea Home-Based Bisnes :-



Bisnes kreatif

16. Kraftangan




Perkongsian pengalaman Mariah Qiptiyah menjadikan seni kraf tangan berasas riben dan kertas. Saya menyedari rupanya meminati Seni Kraf terutamanya berasaskan riben dan kertas. Semuanya bermula sejak 10 tahun yang lepas. Dengan membantu teman serumah membuat bunga telur dan menjahit labuci baju untuk majlis perkahwinannya sendiri, sedikit demi sedikit saya mula cuba membuat sendiri bunga telur untuk majlis perkahwinan adik dan sepupu-sepupu. Kadang-kadang ada juga mengambil tempahan dari kawan-kawan. Seronok juga rasanya.

2 tahun lepas, saya mula mengenali salah satu seni kertas dari internet iaitu Quilling. Sejak itu, membuat kad dan hiasan Quilling menjadi hobi saya. mengapa sekadar hobi? Kerana saya masih dalam kekangan masa bekerja di pejabat. Saya mengidamkan saya dapat mengembangkan hobi-hobi ini dengan lebih meluas seterusnya dapat membantu saya meningkatkan kualiti diri dan hidup kami sekeluarga. Dengan kraf, kita dapat mengekpresikan perasaan kita, mengembangkan daya kreativiti kita seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan kualiti hidup kita.

http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/2013_06_01_archive.html

Nama Pemilik Perniagaan : Mariatul Qiptiyah Md Sah

Nama Perniagaan : Kraf Riben dan Kertas

Alamat Perniagaan : Kuching, Sarawak

Alamat Blog Perniagaan : http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

Email : mariatulqiptiyahmdsah@gmail.com

Facebook : http://www.facebook.com/pages/Panduan-Kraf-Riben-dan-Kertas/594557030564388

Maklumat Tambahan :

Menerima tempahan kad ucapan Quilling,

Menerima tempahan produk-produk quilling,

Menerima Tempahan Bunga telur

Menerima Tempahan gubahan hantaran


Ya ini adalah petikan dari blog saya. Alhamdulillah, saya telah sampai ke tahap ini. Bermula daripada mencuba-cuba menjadi hobi mengisi masa lapang dan kini menjadi sebuah perniagaan. Sekiranya anda ingin menjadi seperti saya, apa tunggu lagi? Dapatkan E-book ini dan sertai Kelas Asas Online yang ditawarkan. Jangan bertunggu-tunggu, jika kita tak mula membuka langkah hari ini, selamanya kita hanya akan berdiri di tempat yang sama. Berusahalah!!!

Salam sayang,

Mariatul Qiptiyah


Aksesori Tambahan Tambah Seri Kad Ucapan

Teks : Mariatul Qiptiyah binti Md Sah Kad ucapan yang dditambah dengan aksesori rama-rama pre-cut, riben dan butang. sumber : kolek...